Saturday, March 13, 2010

Mesra 10 Berprogram Di Dumyat Esok


13 MAC – Esok 14 Mac, Mesra 10 akan dimulakan dengan Jaulah AJKT ke Dumyat. Itulah sepertimana yang dijadulkan.

AJKT akan mula bertolak pada malam ini ke Dumyat, dan bermalam di sana.

Pada keesokan harinya, AJKT akan menziarahi rumah-rumah ahli yang terdapat di sana sehinggalah bermalam pada hari kedua di sana.

AJKT akan bertolak ke Mansurah pada pagi hari 15 Mac, Hari Isnin dari Dumyat. Manakala AJK HEWI akan bertolak dari Kaherah.

Perjumpaan bersama ahli di Mansurah secara rasmi akan bermula selepas Zohor pada hari tersebut, di Dewan Perwakilan Mahasiswa Mansurah.

Inilah beberapa jadual ringkas yang telah diberitahu kepada media tentang Mesra 10.

Ustaz Muhammad Amin bin Abdul Rahman memberitahu media bahawa beliau menyarankan kepada ahli KPIPM untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini di dalam blog KPIPM, untuk mengetahui perkembangan semasa tentang perjalanan program Mesra 10

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...