Wednesday, March 10, 2010

Etika Hisbah PMRAM


PANDUAN ETIKA HISBAH 2008 PMRAM

ETIKA PERLAKSANAAN HISBAH PMRAM


1. Etika Hisbah merupakan suatu akta perlaksanaan gerakkerja berdasarkan “Amar Ma’ruf Nahi Mungkar” yang diperintahkan oleh Allah SWT.

2. Dengan adanya etika ini, ia memudahkan dan melincinkan lagi gerakkerja “Amar Ma’ruf Nahi Mungkar” secara menyeluruh dan berkesan.

3. Etika ini di bawah pelaksanaan dan kelolaan pihak PMRAM di bawah bidang kuasa yang di benarkan oleh perlembagaan tubuh PMRAM.

BAHAGIAN PERTAMA (PENDAHULUAN)

FASAL SATU

1.1 Pengenalan

Sesungguhnya penubuhan Hisbah ini, adalah merupakan suatu gerak kerja menegakkan kema’rufan dan mencegah kenungkaran yang di syara’kan oleh Islam. Ini di buktikan oleh Al Quran di dalam Surah Al Imran ayat 110, mafhum firmanNya:

“Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada ma’ruf dan mencegah kemungkaran dan beriman kepada Allah s.w.t. Sekiranya ahli kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka, diantara mereka ada yang beriman dan kebanyakkan mereka adalah orang-orang fasik ”

Dari sudut perbahasan ulama’ tentang pengertian Hisbah, Al Imam al Mawardi dalam kitabnya al ahkamus Sultanyyah wal Wilayatud Diniyyah yang menyebut Hisbah ialah menegakkan yang ma’ruf apabila ianya di tinggalkan secara terang-terangan dan mencegah kemungkaran apabila ianya di lakukan secara terang-terangan pula. Ini merupakan pengenalan secara ringkas mengenai Hisbah dan pensyariatannya berdasarkan dalil al Quran dan pendapat ulama’ mengenainya.

1.2 Perlaksanaan

Dilaksanakan oleh PMRAM khususnya Hisbah PMRAM.

1.3 Moto

“Amar Ma’ruf Nahi Mungkar”

1.4 Objektif

a) Bertanggungjawab dalam membenteras kegiatan maksiat yang berlaku di kalangan ahli PMRAM khususnya dan warganegara Malaysia umumnya.
b) Bertanggungjawab terhadap permasalahan sosial yang berlaku.
c) Bertanggungjawab berkaitan dengan keselamatan ahli PMRAM khususnya dan pelajar Malaysia di Mesir umumnya.
d) Memastikan hak hamba dengan Allah (kefarduan) dan hak sesama manusia terlaksana.

1.5 Sasaran

a) Ahli PMRAM
b) Semua pelajar Malaysia yang bermastautin di Mesir.
c) Warganegara Malaysia yang berada di bumi Mesir.

1.6 Sumber Rujukan

a) Al Quran
b) As Sunnah
c) Kitab-kitab Feqah
d) Undang-undang Tubuh PMRAM.
e) Etika Badan Sambutan dan Rehlah PMRAM.
f) Panduan dan Etika Bait Muslim PMRAM.
g) Etika Bait Muslim/Hisbah BKAN dan DPM.


BAHAGIAN KEDUA
IBADAT

FASAL DUA

2.1 Meninggalkan kefarduan yang di tetapkan oleh syarak secara sengaja atau lalai akan di kenakan tindakan.
2.2 Dilarang melibatkan diri dalam perkumpulan yang membawa ajaran dan amalan yang bertentangan dengan syarak.


BAHAGIAN KETIGA
LARANGAN KELUAR MALAM DAN MUSYRIF

FASAL TIGA : Had Masa

Mahasiswi hendaklah berada di rumah sebelum waktu maghrib.

FASAL EMPAT : Urusan Penting

4.1 Mahasiswi tidak dibenarkan keluar pada waktu malam kecuali mempunyai urusan yang penting.
4.2 Setiap urusan tersebut hendaklah ditemani musyrif yang dipersetujui oleh Unit Hisbah PMRAM, BKAN atau DPM.

FASAL LIMA : Khidmat Musyrif

5.1 Khidmat musyrif diwajibkan ketika urusan pada waktu malam.
5.2 Khidmat musyrif juga diwajibkan ke tempat-tempat yang dirasakan perlu.
5.3 Bilangan musyrif hendaklah ditentukan oleh Unit Hisbah PMRAM, BKAN atau DPM.
5.4 Penggunaan kereta sewa bagi Mahasiswi mestilah ditemani pasangan berkahwin atau musyrif yang dibenarkan oleh Hisbah PMRAM, BKAN, atau DPM.

FASAL ENAM : Peranan Musyrif

6.1 Musyrif hendaklah memastikan keselamatan mahasiswi dalam keadaan keadaan terjamin.
6.2 Musyrif hendaklah memastikan tidak berlaku atau timbul sebarang bentuk fitnah.
6.3 Sebarang hubungan atau muamalat ketika khidmat musyrif hendaklah berlandaskan syarak.


BAHAGIAN KEEMPAT
MUAMALAT DAN ZIARAH


FASAL TUJUH :
Larangan Berkhalwat dan Tafsirannya.

7.1 Khalwat bererti : Satu atau dua orang lelaki yang berada bersama-sama seorang wanita ajnabi dalam suatu tempat dengan ketiadaan suami kepada wanita tersebut atau mahramnya yang mukallaf.
7.2 Berkhalwat adalah dilarang sama sekali.

FASAL LAPAN:
Peraturan Menginap

8.1 Mahasiswa tidak dibenarkan menginap dirumah Mahasiswi begitu juga sebaliknya keculi mendapat kebenaran Unit Hisbah PMRAM, BKAN atau DPM.
8.2 Mahasiswa atau mahasisiwi dibenarkan menginap bersama pasangan yang telah berkahwin dengan makluman. Sekiranya melebihi tempoh 2 hari, perlu mendapat keizinan Unit Hisbah PMRAM, BKAN atau DPM.
8.3 Mahasiswa dan mahasiswi tidak dibenarkan menginap bersama-sama dirumah pasangan yang berkahwin.
8.4 Pasangan berkahwin dibenarkan menginap di rumah mahasiswa atau mahasiswi dengan syarat rumah tersebut dikosongkan.

FASAL SEMBILAN : Ziarah

9.1 Mahasiswa tidak dibenarkan sama sekali menghindari atau menziarahi rumah mahasiswi kecuali majlis yang diizinkan oleh Unit Hisbah PMRAM, BKAN atau DPM dan mesti dihadiri oleh pasangan yang telah berkahwin.
9.2 Mahasisiwi tidak digalakkan menziarahi muhafazah mahasiswa kecuali dengan sebab-sebab penting dengan mendapat keizinan Pengerusi DPM muhafazah tersebut.
9.3 Mahasisiwi dilarang menziarahi rumah warganegara Mesir kecuali dengan kebenaran Presiden PMRAM, YDP BKAN, atau Pengerusi DPM.

FASAL SEPULUH : Lawatan

10.1 Sebarang lawatan melebihi dua marhalah atau memakan masa melebihi setengah hari, hendaklah lawatan tersebut tidak bercampur di antara mahasiswa dan mahasiswi.
10.2 Sebarang lawatan mahasiswi hendaklah :

a) Ditemani oleh pasangan yang telah berkahwin atau musyrif.
b) Ditemani oleh pasangan yang telah berkhawin jika destinasi tersebut di anggap tidak selamat oleh Unit Hisbah PMRAM.

10.3 Tidak dibenarkan sebarang jaulah dibuat ke tempat-tempat yang tidak wajar dan tidak sesuai selaku mahasiswa/wi Muslim seperti : Syarm al Sheikh, Ras Muhammad, Hurgarda dan seumpamanya.
10.4 Lawatan AJKT yang melibatkan mahasiswa dan mahasisiwi hendaklah disertai sepasang suami isteri atau mendapat keizinan Hisbah PMRAM.


BAHAGIAN KELIMA
IKHTILAT

FASAL SEBELAS : Tafsiran Ikhtilat

11.1 Ikhtilat bererti : Perhimpunan yang melibatkan bilangan beberapa orang lelaki bersama-sama wanita dalam suatu tempat.

FASAL KEDUA BELAS :
Ikhtilat yang tidak dibenarkan
( Boleh membawa kepada fitnah )

12.1 Dua orang mahasiswa bersama seorang mahasiswi atau dua orang mahasiswa bersama dua orang mahasiswi adalah diistilahkan sebagai ikhtilat.
12.2 Ikhtilat yang tidak dibenarkan ialah ikhtilat yang melanggari syarak.
12.3 Pasangan yang belum berkahwin membuat perjumpaan tanpa dihadiri mahram atau wakil bait Muslim.
12.4 Mahasiswa atau mahasiswi berada dalam keadaan bercampur dan tidak ada batas pemisahan syarak antara mereka dalam sesuatu majlis atau tempat yang boleh menimbulkan fitnah.


BAHAGIAN KEENAM
AKHLAK

FASAL TIGA BELAS :
Etika Pakaian dan Penampilan

13.1 Pemakaian setiap mahasiswa dan mahasiswi hendaklah berlandaskan syarak dan sopan seperti menutup aurat dan lain-lain lagi.
13.2 Pemakaian dan penampilan mahasiswa hendaklah tidak menyerupai seperti perempuan dan begitu juga sebaliknya bagi mahasiswi.

FASAL EMPAT BELAS :
Ahlak dan Tingkahlaku

14.1 Sebarang akhlak atau tingkahlaku yang membawa kepada pertentangan dengan syarak yang boleh diistilahkan sebagai melakukan maksiat kepada Allah adalah dilarang sama sekali.
14.2 Dilarang sama sekali mahasiswa menyerupai seakan-akan tingkahlaku perempuan dan begitu juga sebaliknya bagi mahasiswi.
14.3 Sebarang tontonan atau simpanan gambar yang bertentangan dengan syarak adalah dilarang sama sekali.
14.4 Sebarang program atau majlis yang melanggar syarak adalah tidak dibenarkan sama sekali.
14.5 Sebarang perbuatan yang tidak menjaga keharmonian dan mengganggu gugat hubungan sesama manusia adalah dilarang.
14.6 Membuat hubungan antara mahasiswa mahasiswi samada dalam bentuk perbualan atau bertulis secara langsung atau tidak langsung tanpa keperluan yang diakui syarak adalah dilarang.
14.7 Hubungan diantara lelaki dan perempuan seperti budaya adik angkat, abang angkat, kakak angkat adalah bercanggah dengan syarak.


BAHAGIAN KETUJUH
TINDAKAN APABILA MELANGGARI ETIKA DAN PROSEDUR

FASAL LIMA BELAS : Tindakan

15.1 Apabila didapati mana-mana ahli PMRAM khususnya dan warganegara Malaysia yang menetap di Mesir umumnya, melanggari sebarang etika PMRAM, Bait Muslim dan Hisbah PMRAM akan dikenakan tindakan secara langsung oleh pihak Hisbah PMRAM.

FASAL ENAM BELAS:
Bentuk Tindakan

16.1 Memberi kaunseling dan nasihat.
16.2 Takzir.
16.3 Bentuk tindakan disiplin adalah tertakluk di bawah budi bicara atau keputusan pihak UBM, Hisbah dan BP PMRAM berdasarkan kesalahan yang dilakukan.


BAHAGIAN KELAPAN
PERUNTUKAN KHAS

FASAL TUJUH BELAS :
Pindaan Etika

17.1 Sebarang pindaan etika mestilah mendapat persetujuan pihak Hisbah PMRAM dan disahkan dalam mesyuarat BP PMRAM.

Disediakan oleh :
Unit Bait Muslim dan Hisbah,
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir
dengan kerjasama
Hisbah PMRAM

1 comment:

  1. Selamat hari untuk semua warga negara Indonesia dan juga semua ASIA, nama saya Ny. Nurliana Novi, tolong, saya ingin membagikan kesaksian hidup saya di sini di platform ini untuk semua warga negara Indonesia dan seluruh Asia untuk berhati-hati dengan pemberi pinjaman di internet, Allah telah sepenuhnya mendukung saya melalui ibu, Nyonya Elina yang baik

    Setelah beberapa periode mencoba untuk mendapatkan pinjaman dari lembaga keuangan, dan ditolak terus-menerus, jadi saya memutuskan untuk mendaftar melalui pinjaman online tetapi saya ditipu dan saya kehilangan Rp 15.000.000 dengan pemberi pinjaman pinjaman yang berbeda.
    Saya menjadi sangat putus asa dalam mendapatkan pinjaman, jadi saya berdiskusi dengan seorang teman saya yang kemudian memperkenalkan saya kepada Ny. Elina, yang adalah pemilik perusahaan pemberi pinjaman global, jadi teman saya meminta saya untuk melamar dari Ny. Elina, jadi saya mengumpulkan keberanian dan menghubungi Ny. Elina.

    Saya mengajukan pinjaman sejumlah Rp500.000.000 dengan tingkat bunga 2%, sehingga pinjaman itu disetujui dengan mudah tanpa stres dan semua pengaturan dilakukan pada transfer kredit, karena fakta bahwa itu tidak memerlukan jaminan dan jaminan untuk pinjaman transfer Saya hanya diberitahu untuk mendapatkan sertifikat perjanjian lisensi aplikasi Mereka untuk mentransfer kredit saya dan dalam waktu kurang dari dua jam uang pinjaman telah disetorkan ke rekening bank saya.

    Saya pikir itu lelucon sampai saya menerima telepon dari bank saya bahwa akun saya dikreditkan dengan jumlah Rp500.000.000. Saya sangat senang bahwa ALLAH akhirnya menjawab doa saya dengan memesan pinjaman saya dengan pinjaman asli saya, yang telah memberi saya keinginan hati saya.

    Mereka juga memiliki tim ahli di sana yang akan memberi tahu Anda tentang jenis bisnis yang ingin Anda investasikan dan cara menginvestasikan uang Anda, sehingga Anda tidak akan pernah mengalami kebangkrutan lagi dalam hidup Anda.

    Semoga ALLAH memberkati Bunda Elina karena membuat hidup saya mudah, jadi saya menyarankan siapa pun yang tertarik untuk mendapatkan pinjaman, silakan hubungi Mrs. Elina melalui email: elinajohnson22@gmail.com untuk pinjaman Anda

    Ada perusahaan palsu lain yang menggunakan kesaksian saya secara online untuk mencapai keinginan egois mereka, saya satu-satunya dengan kesaksian yang benar ini, ketika Anda menghubungi kemudian meminta mereka untuk bukti pembayaran di sana kepada ibu ,, harap berhati-hati terhadap orang-orang ini, oke

    Akhirnya saya ingin berterima kasih kepada Anda semua karena telah meluangkan waktu untuk membaca kesaksian hidup saya yang sebenarnya tentang kesuksesan saya dan saya berdoa Tuhan akan melakukan kehendak-Nya dalam hidup Anda. Satu lagi nama saya adalah mrs nurliana novi, Anda dapat menghubungi saya untuk informasi lebih lanjut via email saya: nurliananovi96@gmail.com

    ReplyDelete

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2024/2025

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIP...