Tuesday, March 16, 2010

Sesi Muhasabah Sempena Mesra 10 Di Zagazig Berakhir


16 MAC – Sesi Muhasabah sempena Mesra 10 berakhir pada jam 6.40 petang tadi Di Dewan Darul Wehdah.

Ia disudahi dengan ucapan penutup yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Zulfadli bin Zainal, Penasihat KPIPM.

Sepertimana yang telah dirancang, AJKT mula bergerak ke Iskandariah pada malam ini. Manakala AJK HEWI bertolak pulang ke Kaherah.

Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir, Yang Dipertua KPIPM, mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak Dewan Perwakilan Mahasiswa Zagazig atas kerjasama yang diberikan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada mandub Zagazig, Us Mohd Anas bin Ridhwan, kerana bantuan yang diberikan oleh beliau secara khusus.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...