Monday, March 22, 2010

Majlis Penutup Mesra 10 Meriah


22 MAC – Pada jam 7.30 malam, bermulanya Majlis Penutup Mesra 10 yang diadakan di Wisma Darul Ridzuan A. Ia dimulakan dengan menyambut para tetamu, dan ketibaan perasmi, Ustaz Nik Rosdi, wakil Badan Pengurus PMRAM.

Majlis diserikan lagi dengan bacaan ayat-ayat suci al Quran oleh Ustaz Mohd Azim bin Azri, dan ucapan Timbalan Pengarah Program, Ustazah Nurul Afifah binti Syed Ahmad Shah.

Majlis diteruskan dengan ucapan Ketua HEWI KPIPM, Ustazah Siti Salamah binti Hamzah, dan seterusnya ucapan perasmian oleh Ustaz Nik Rosdi, wakil Badan Pengurus PMRAM.

Majlis diserikan lagi dengan persembahan juara karaoke, Ustaz Imran Ramli selepas majlis perasmian tersebut. Ia disusuli dengan persembahan nasyid oleh kumpulan al Muhazzirun.

Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang.

Pada 9.45 malam, majlis disambung lagi dengan Walimatul Urus Ustaz Mohd Zahid bin Abu Bakar pengantin baru KPIPM yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dengan Ustazah Yasidah binti Abu Bakar 19 Mac lalu.

Pengantin menta’arufkan diri dan menceritakan permulaan perkenalan beliau dengan Ustazah Yasidah melalui Unit Bait Muslim pada sesi lalu, yang dipengerusikan oleh Ustaz Mohd Khairi bin Abdullah.

Gimik rahsia yang telah dipaparkan ialah rakaman audio bersama Ustazah Yasidah yang menjadikan majlis penuh dengan kejutan dan kemesraan.

Ustaz Mohd Zahid memberitahu bahawa ia adalah inisiatif daripada para Adhoc untuk menghasilkannya, tanpa pengetahuan saya, katanya sambil tersenyum.

Majlis diteruskan lagi dengan pemotongan kek yang diiringi oleh Yang Dipertua sendiri, dan semua hadirin dijamu selera.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM