Saturday, March 20, 2010

Pertandingan Karaoke Dan BBQ Meriah


20 MAC – Pertandingan karaoke yang dihiasi dengan BBQ mendapat sambutan meriah di kalangan peserta. Ia diadakan di bahagian luar surau yang terletak di Mukhayyam Daim.

Pertandingan ini dihiasi dengan suasana meriah, yang terpancar di wajah-wajah peserta.

Antara lagu-lagu yang mendapat pilihan tertinggi ialah Sumayyah, Setanggi Syurga, Damai Yang Hilang, Intifada dan sebagainya.

Bilangan peserta pertandingan karaoke yang tidak dihadkan, semakin meningkat dari semasa ke semasa. Ketika berita ini ditulis, pertandingan karaoke baru sahaja tamat, dan menyaksikan penyertaan seramai 9 pasangan berduet, dan 8 peserta solo.

Hakim bagi pertandingan ini ialah Ustaz Wan Muhammad Najib, dan Ibnu Abbas bin Azizuddin.

Program diteruskan lagi dengan jamuan BBQ yang sedang dalam proses hidangan ketika ini.

Pihak pendaftaran melaporkan bahawa bilangan peserta program yang telah berdaftar ketika ini sudah meningkat kepada 92 orang.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...