Saturday, March 20, 2010

Rabi’ Camp Sedang Menanti Di Mukhayyam Daim



20 MAC – Rabi’ Camp sempena Mesra 10 bakal dimulakan beberapa minit lagi. Sepertimana yang dirancang, ia akan diadakan di Mukhayyam Daim.

Beberapa persiapan awal sudah dimulakan seawal pagi lagi. Antaranya ialah unit makanan yang sudah mencari barang masakan pada jam 7 pagi lagi. Sehingga jam 2.30 petang, proses masakan dan persiapan makanan masih lagi berjalan.

Di dewan pula, unit teknikel sedang mengumpulkan beberapa peralatan teknikel untuk dibawa ke sana. Unit perhubungan pula telah menyediakan pengangkutan untuk mengangkat dan memindahkan barang-barang keperluan untuk ke sana.

Program dijangka akan bermula pada jam 4 petang nanti. Unit Pendaftaran, Ustaz Mohd Faiz bin Hassan memberitahu bahawa setakat ini sudah 51 peserta mendaftarkan diri untuk program ini.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...