Wednesday, June 29, 2011

MAKLUMAT TERKINI : Berhubung Permohonan Dermasiswa MAIPk

Adalah dengan ini pihak Jabatan Setiausaha Agung KPIPM dimaklumkan bahawa permohonan Dermasiswa MAIPk bagi sesi 2010/2011 telah mula diproses oleh pihak jawatankuasa Dermasiswa MAIPk.

Sehingga kini, maklumat yang diperolehi pihak MAIPk telah mula memproses permohonan pelajar Perubatan terlebih dahulu. Proses seterusnya akan terus dilakukan dari semasa ke semasa berdasarkan permohonan daripada kalangan pelajar Pengajian Islam dan Perubatan.

Sebagai maklumat kepada setiap pemohon yang telah diproses permohonannya, tiga peringkat kelulusan yang telah diletakkan oleh peringkat MAIPk :

1. Lulus sepenuhnya.

2. Lulus bersyarat atau tangguh (pihak MAIPk masih menunggu pengesahan daripada pihak lain, jika pemohon ada memohon biasiswa selain daripada pihak MAIPk dan pengesahan syarat-syarat lain seperti tempat tinggal).

3. Gagal.

Justeru itu, pihak Jabatan Setiausaha Agung KPIPM mengharapkan agar setiap pemohon dapat mengambil perhatian terhadap perkara seperti berikut :

1. Melengkapkan borang permohonan dermasiswa online jika masih tidak lengkap. Perkara ini boleh merujuk kepada status permohonan masing-masing. http://www.maiamp.gov.my/dermasiswa/

2. Menyerahkan maklumat yang dikehendaki(seperti tertera pada muka hadapan borang zakat manual) kepada pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) melalui Setiausaha Agung KPIPM.

3. Sentiasa mengambil perhatian terhadap status yang tertera di muka hadapan permohonan dermasiswa online MAIPk.

4. Sebarang permasalahan boleh merujuk kepada saudara Ibnu Abbas bin Azizuddin, Setiausaha Agung KPIPM di talian 011-0313027.

Sunday, June 26, 2011

Kepimpinan Dan Ahli Saling Memerlukan


KAHERAH, 24 Jun - Ehya’ al-Jum’ah selagi lagi mengisi ruang rohani untuk kita bersama. Biarpun imtihan sedang berjalan rancak, namun kehadiran tetap membanggakan.

Pentazkirah kali ini disampaikan oleh saudari Huzaifah binti Hassan. Penuntut tahun akhir, kuliah Syariah Islamiah, Kaherah.

Nasihat beliau pada hadirin yang hadir, antara sebab kukuhnya sesuatu persatuan itu adalah pemimpin dan ahli saling bantu membantu. Pemimpin memerlukan ahli, begitu juga ahli memerlukan kepimpinan.

“Maka fahamlah di sini, kita semua mempunyai peranan masing-masing. Kita semua ada posisi yang perlu kita gerakan. Yang paling penting tugasan itu selari dengan pandangan syara’.” Ucap beliau di dalam tazkirah tersebut.

“Dunia sekarang ini tiada masa untuk bercakap banyak tetapi banyakkan berfikir dan terus bekerja”. Sambung beliau lagi.

Pada sebelah pagi pula, tazkirah disampaikan oleh saudara Muhamad Saiful bin Mohamad Kamal. Beliau penuntut tahun satu, kuliah Lughah Arabiah, Kaherah.

Beliau menyentuh di dalam ucapannya berkenaan dengan masa. “Masa amat penting bagi kita, tambahan pula kita sebagai seorang penuntut ilmu. Maka rugilah kalau kita tidak menghargainya”.

“Masa yang lepas tidak akan kembali lagi, yang tinggal masa sekarang dan masa akan datang”. Sambung beliau sambil bermadah dan berhikmah.

“Imam an-Nawawi rahimahullah anhu semasa hidupnya, banyak masanya dihabiskan dalam belajar, mengajar dan mengarang kitab.”

“Buktinya kita boleh lihat sekarang hasil kesungguhan beliau dalam ilmu, banyak kitab-kitab mu’tabar yang menjadi rujukan ilmuan-ilmuan Islam dan masyarakat sekarang. Sehinggakan beliau terlupa untuk berkahwin semasa hidupnya kerana kesibukan dalam bidang ilmu”. Imbauan kepada sejarah di sebalik nama imam yang tersohor itu.

Oleh itu, KPIPM mengajak sahabat-sahabat merenung kembali apa yang telah kita sumbangkan untuk Islam. Moga kita menjadi mata rantai dalam memperjuangkan Islam! Semoga Ehya’ al Jum’ah kali ini mendapat kebaikan untuk kita bersama. Salam imtihan.


Adab Mendengar Azan



Kematian itu pasti menjelma. Hanya masa dan waktunya yang tidak kita ketahui. Cuba kita amati.

Mengapa kebanyakan orang yang nazak, hampir ajal tidak dapat berkata apa-apa. Lidahnya kelu, keras dan hanya mimik mukanya yang menahan kesakitan “sakaratul maut”. Diriwayatkan sebuah hadis yang bermaksud: "Hendaklah kamu mendiamkan diri ketika azan, jika tidak Allah akan kelukan lidahnya ketika maut menghampirinya”. Ini jelas menunjukkan saranan agar kita mendiamkan diri, jangan berkata apa-apa pun semasa azan berkumandang.

Sebagai orang beragama Islam,kita wajib menghormati azan. Banyak fadhilatnya. Jika lagu kebangsaan kita diajar agar berdiri tegak dan diamkan diri. Mengapa ketika azan kita tidak boleh mendiamkan diri? Lantas sesiapa yang berkata-kata ketika azan, Allah akan kelukan lidahnya ketika nazak. Kita takut dengan kelunya lidah kita semasa ajal hampir tiba maka kita tidak dapat mengucap kalimah "Lailahaillallah" yang mana sesiapa yang dapat mengucapkan kalimah ini ketika nyawanya akan dicabut oleh Allah maka dijanjikan syurga untuk mereka.

Dari itu marilah kita sama-sama menghormati azan dan mohon kepada Allah supaya lidah ini tidak kelu semasa nyawa kita sedang dicabut. "Ya Allah! Anugerahkanlah kematian kami dengan kematian yang baik lagi mulia, lancarkanlah lidah kami mengucap kalimah "Lailahaillallah" semasa sakaratul maut menghampiri kami. Amin.. amin.. amin Yarobbal a'lamin.."

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W. kepada SAIDINA ALI R.A. :

Wahai Ali, bagi orang 'ALIM itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Jujur dalam berkata-kata.
2) Menjauhi segala yang haram.
3) Merendahkan diri.

Wahai Ali, bagi orang yang JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Merahsiakan ibadahnya.
2) Merahsiakan sedekahnya.
3) Merahsiakan ujian yang menimpanya.

Wahai Ali, bagi orang yang TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya:
1) Takut berlaku dusta dan keji.
2) Menjauhi kejahatan.
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam
keharaman.

Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya:


Mengawasi dirinya.
Menghisab dirinya.
Memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T

Disediakan oleh :

UNIT PENERBITAN,PENGISIAN DAN EDARAN BIAH SOLEHAH

BIRO DAKWAH DAN TARBIAH

Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir 2010/2011



Saturday, June 18, 2011

Ilmu Tunjang Dalam Gerakan Dakwah


KAHERAH,16 Jun - Ehya’ al-Jum’ah sekali lagi mengisi ruang santapan rohani buat kita semua. Pada kali ini, tazkirah disampaikan oleh saudara Muhammad Shazni bin Mazlan. Penuntut tahun satu perubatan al-Azhar, Kaherah.

Beliau telah menyentuh mengenai asal kejadian manusia. Allah menciptakan Nabi Adam a.s daripada tanah dan manusia selepasnya daripada nutfah.

Nasihat beliau lagi pada hadirin yang hadir, “ Jiwa kita ini dekat dengan Allah, jika kita melupakan Allah maka kita telah jauh daripada Allah. Kalau kita jauh daripada Allah, maka nur illahi akan jauh daripada kita”.

Di sebelah pagi pula, tazkirah Subuh telah disampaikan oleh saudari Nor Aishah binti Zolkafli. Penuntut tahun satu matrikulasi Bahasa Arab, Universiti al-Azhar, Kaherah.

“ Kesan maksiat pada diri akan menyebabkan sukarnya untuk mempelajari ilmu dan hidup sentiasa di dalam kegelapan ”. Pesanan beliau.

“Kata imam as-Syafie, ilmu itu adalah cahaya, kerana itu ilmu tidak akan diperolehi bagi mereka yang melakukan maksiat”. Sambung beliau lagi.

Ehya’ al Jum’ah kali ini melihatkan gabungan pelajar perubatan dan pengajian Islam.

Dan ini membuktikan usaha yang dilakukan adalah untuk memastikan seluruh ahli KPIPM dapat dicorak bagi menghadapi cabaran yang luas di tanah air nanti.

Ehya’ al-Jum’ah sentiasa membuka ruang bagi sahabat-sahabat untuk berkongsi ilmu dan secara langsung dapat melatih diri untuk berani berhadapan dengan masyarakat kelak.

Medium seperti tazkirah adalah salah satu aspek penting dalam gerakan dakwah di Malaysia. Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan mendapat manfaatnya.

KPIPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat-sahabat yang sentiasa menyokong dan memberikan komitmen yang terbaik dalam setiap program yang KPIPM anjurkan. Selamat menghadapi peperiksaan.

Friday, June 17, 2011

Peluang Terbaik Bagi Mahasiswa Matrikulasi Al-Azhar


KAHERAH, 17 Jun - Mahasiswa matrikulasi Al-Azhar yang mengikuti Kursus Bahasa di Hayyu Sadis Universiti Al-Azhar akan melanjutkan pelajaran mereka di bidang yang telah mereka pohon sebelum ini.

Ini sekaligus menyangkal dakwaan bahawa mereka akan dimasukkan ke Kuliah Ulum Islamiyah,Universiti Al-Azhar yang telah ditubuhkan pada tahun 2008.

Setelah pertemuan PMRAM bersama pihak pengurusan Al-Azhar maka inilah makluman yang berjaya diperolehi.

Bagi mahasiswa yang berada di tahap pencapaian sederhana dan rendah ketika mengikuti Kursus Bahasa tersebut,mereka akan mengikuti Kelas Intensif Musim Panas.

Untuk mahasiswa yang sudah menguasai pencapaian yang tinggi dalam Kursus Bahasa ,Matrikulasi Al-Azhar akan terus melanjutkan pengjian ke peringkat Sarjana Muda,Universiti Al-Azhar mengikut bidang yang telah dipohon sebelum ini .

Begitu juga untuk mahasiswa baru sesi 2011/2012, mereka akan melanjutkan pelajaran di Universiti Al-Azhar dalam bidang dipohon dengan syarat mereka lulus dalam peperiksaan kelayakan yang diadakan.

Perkara ini telah disahkan oleh Prof. Madya Dr. Haji Suaidi bin Dato’ Haji Safei , Pengarah EME ketika pertemuan yang diadakan bersama PMRAM beberapa hari yang lepas.

"Ini merupakan peluang yang terbaik untuk mahasiswa Matrikulasi Al-Azhar bagi membuktikan kesungguhan mereka dalam mencapai cita-cita" ujar Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM 2011, Saudara Ahmad Daniel b Mohmad Hassan menasihatkan kepada semua pelajar agar tidak berputus asa di dalam perjuangan menuntut ilmu.

" Cabaran dan ujian yang dihidangkan untuk kita hari ini amatlah ringan jika dibandingkan dengan mehnah dan tribulasi yang dihadapi oleh ulama' silam" tambah beliau lagi.

Sumber : pmram.org

Wednesday, June 15, 2011

Wacana Biah Solehah : Kesan Zikir Pada Otak


KESAN ZIKIR PADA OTAK


'' Wahai anak Adam,jika kamu berzikir kepadaku di dalam hatimu nescaya aku akan mengingatimu dalam diriku,dan jika kamu berzikir di khalayak ramai nescaya aku akan mengingatimu dalam khalayak ramai yang lebih daripadanya,dan jika kamu menghampiri aku sejengkal,nescaya aku akan menghampiri kamu sehasta dan jika kamu menghampiri aku sehasta, nescaya aku akan menghampiri kamu sedepa,dan jika kamu menghampiri aku berjalan aku akan menghampiri kamu dengan cara berlari. (Hadis riwayat Imam Bukhari)"

Hakikatnya otak manusia mempunyai kesan yang luar biasa terhadap zikir yang disebut oleh manusia muslim khususnya. Sebenarnya otak manusia mengandungi bio-elektrik yang melibatkan sekumpulan saraf yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan tugasan tertentu yang berfungsi agar tugasan tersebut sempurna. Antaranya adalah :

Aliran bio-elektrik yang berlaku di kawasan saraf otak mampu mengaktifkan seluruh kawasan otak manusia.

Menambah tenaga bio-elektrik serta membantu saraf otak yang tidak aktif menjadi lebih aktif.

Dapat menguruskan segala aktiviti manusia seharian dengan lebih baik.

Menguatkan daya ingatan manusia serta kecerdasan dan membantu kemampuan seseorang inidvidu.

Zikir yang dikatakan di sini bukanlah zikir yang dilakukan selepas solat sahaja malahan zikir pada setiap masa dan ketika selagi mana Allah tidak mengambil kita untuk kembali kepadanya. Zikir boleh diamalkan adalah ketika mana kita menunggu bas, mengemas rumah, memasak dan sebagainya. Amat rugilah bagi mereka yang masih lalai dan mengambil enteng terhadap amalan zikir. Terlalu banyak fadhilat yang Allah berikan terhadap mereka yang sentiasa mengamalkan zikrullah.

" Langit yang tujuh, bumi dan segala yang ada di dalamnya bertasbih kepada Allah.Dan tidak ada suatu pun melainkan bertasbih dan memujiNya. Tetapi kamu sekelian tidak mengetahui akan tasbih mereka.Sesungguhnya Dia adalah maha penyantun dan maha pengampun." (Surah Al-Israa' 17:44)

Lihatlah bagaimana sekelian alam malahan hidupan di laut dan di darat semua berzikir dan bertasbih memuji Allah. Oleh itu sahabat-sahabat seislam, ketika saintis barat mengkaji mukjizat ini kita umat Islam telah lama mengamalkannya. ingatlah setiap apa yang Allah perintahkan pasti ada hikmah di sebalik kelebihan yang Allah kurniakan. Oleh itu sama-samalah kita mengorak langkah baru untuk kita sentiasa dijaga dan diingati oleh Allah.

Monday, June 13, 2011

Liqo’ Mahabbah Pimpinan KPIPM : Imtihan Bukan Penghalang

SHOUBRO, 10 Jun – Muhafazah Shoubro telah menjadi sasaran Liqa’ Mahabbah Pimpinan baru-baru ini.

Liqa’ tersebut telah diadakan bertempat di markaz DPM Shoubro. Majlis ringkas itu bermula sejurus selesai solat Asar.

Banyak perbincangan dan pertukaran pandangan semasa majlis berlangsung.

Disamping melawat ahli KPIPM di Shoubro, para pimpinan juga dapat melihat sendiri masalah-masalah yang berlaku di kawasan mereka.

Aspek kebajikan dan pendidikan juga tidak terlepas dari menjadi topik perbincangan.

Sebelum majlis berakhir, beberapa penjelasan berkenaan isu-isu sekitar anak-anak Perak turut diberikan agar memastikan penerimaan info-info yang penting di semua peringkat.

“ Semoga ziarah kali ini akan berterusan terutama ke muhafazah Shoubro untuk melihat sendiri masalah anak-anak Perak di sini”. Ujar saudara Amar bin Jusoff Khadidi yang juga merupakan Duta KPIPM di Shoubro.

“Terima kasih pimpinan KPIPM kerana sudi hadir menjenguk kami di sini”. Tambah beliau lagi.

Sebelum berpindah kepada majlis jamuan, KPIPM juga menyampaikan cenderahati kepada Duta KPIPM di Shoubro, saudara Amar bin Jusoff Khadidi sebagai tanda terima kasih dari pihak pimpinan yang hadir.



Sunday, June 12, 2011

Ehya' al-Jum'ah : Al-Quran Perawat Penyakit Hati

KAHERAH, 10 Jun - Program Ehya’ al-Jum’ah di bawah kelolaan Biro Dakwah dan Tarbiah sekali lagi mengisi ruang rohani.

Kali ini, KPIPM mendatangkan pentazkirah jemputan daripada pimpinan Hal Ehwal Wanita Islam PMRAM Pusat iaitu saudari Nurul Nadhirah Bt Aw. Mohd Nor.

Beliau adalah merupakan penuntut tahun dua Qiraat, Mansoura. Memegang jawatan sebagai Bendahari HEWI PMRAM 2011 merangkap HEWI angkat bagi PMRAM cawangan Perak (KPIPM).

Beliau mengingatkan kepada seluruh mahasiswa akan kepentingan berpegang dengan ajaran al-Quran sebagai salah satu cara utama untuk merawat penyakit hati.

Tambah beliau lagi, “ Setiap penyakit ada ubatnya, dan ubat untuk merawat penyakit hati adalah dengan mengingati Allah”.

Seterusnya, program Ehya’ al-Jum’ah diteruskan lagi dengan mengadakan Qiamullail Perdana bersempena peperiksaan yang sedang dijalani.

Program diakhiri dengan Tazkirah Subuh oleh saudara Mohamad Adil bin Mohamad Fadzil. Penuntut tahun satu matrikulasi Bahasa Arab Universiti al-Azhar, Kaherah.

Beliau menyatakan bahawa setiap mahasiswa Islam wajib menyatukan di antara ilmu Tasawwuf dan ilmu Fiqh, dan itu adalah yang sebenar-benarnya.

Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni beserta adab sangat penting bagi seseorang penuntut ilmu.

Perkara penting yang diperolehi daripada Ehya’ al-Jum’ah kali ini adalah perlunya kombinasi diantara kepentingan mempelajari ilmu dan berpegang dengan ajaran al-Quran sebagai panduan dalam menghadapi segala mehnah dan tribulasi yang dihadapi dalam kehidupan.

KPIPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh mahasiswa/wi Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir di atas penglibatan di dalam Program Ehya’ Jum’ah.

Semoga dengan kehadiran yang memberangsangkan ini dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT disamping memperoleh pengisian rohani.

Didoakan juga agar kita mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah S.W.T serta dipermudahkan menghadapi peperikasaan yang sedang mendatang. Selamat menghadapi peperiksaan.

Ehya' Jum'ah : Kombinasi Ilmu Teras Kejayaan

KAHERAH, 10 Jun - Program Ehya’ al-Jum’ah di bawah kelolaan Biro Dakwah dan Tarbiah sekali lagi mengisi ruang rohani.

Kali ini, KPIPM mendatangkan pentazkirah jemputan daripada pimpinan Hal Ehwal Wanita Islam PMRAM Pusat iaitu saudari Nurul Nadhirah Bt Aw. Mohd Nor.

Beliau adalah merupakan penuntut tahun dua Qiraat, Mansoura. Memegang jawatan sebagai Bendahari HEWI PMRAM 2011 merangkap HEWI angkat bagi PMRAM cawangan Perak (KPIPM).

Beliau mengingatkan kepada seluruh mahasiswa akan kepentingan berpegang dengan ajaran al-Quran sebagai salah satu cara utama untuk merawat penyakit hati.

Tambah beliau lagi, “ Setiap penyakit ada ubatnya, dan ubat untuk merawat penyakit hati adalah dengan mengingati Allah”.

Seterusnya, program Ehya’ al-Jum’ah diteruskan lagi dengan mengadakan Qiamullail Perdana bersempena peperiksaan yang sedang dijalani.

Program diakhiri dengan Tazkirah Subuh oleh saudara Mohamad Adil bin Mohamad Fadzil. Penuntut tahun satu matrikulasi Bahasa Arab Universiti al-Azhar, Kaherah.

Beliau menyatakan bahawa setiap mahasiswa Islam wajib menyatukan di antara ilmu Tasawwuf dan ilmu Fiqh, dan itu adalah yang sebenar-benarnya.

Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni beserta adab sangat penting bagi seseorang penuntut ilmu.

Perkara penting yang diperolehi daripada Ehya’ al-Jum’ah kali ini adalah perlunya kombinasi diantara kepentingan mempelajari ilmu dan berpegang dengan ajaran al-Quran sebagai panduan dalam menghadapi segala mehnah dan tribulasi yang dihadapi dalam kehidupan.

KPIPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada seluruh mahasiswa/wi Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir di atas penglibatan di dalam Program Ehya’ Jum’ah.

Semoga dengan kehadiran yang memberangsangkan ini dapat mendekatkan diri kepada Allah SWT disamping memperoleh pengisian rohani.

Didoakan juga agar kita mendapat keredhaan dan keberkatan daripada Allah S.W.T serta dipermudahkan menghadapi peperikasaan yang sedang mendatang. Selamat menghadapi peperiksaan.

Saturday, June 11, 2011

Pengambilan Minhah Syar'iah Kaherah Bulan Rejab

PENGUMUMAN

Perhatian kepada seluruh penerima Minhah Syar’iah Perak (Kaherah), minhah bulan Rejab boleh diambil pada 15 dan 16hb Jun 2011 (Rabu dan Khamis).

Bermula pada jam 10 pagi hingga 1.00 petang. Bertempat di Masjid Syarbini, Hayyu ‘Asyir.

Sila pastikan anda membawa bersama passport dan no. minhah anda.

Wednesday, June 8, 2011

Makluman : Qiamullail Perdana

Assalamualaikum kepada semua warga KPIPM,

KPIPM di bawah kelolaan Biro Dakwah dan Tarbiah akan mengadakan Qiamullail Perdana pada :

  • Hari : Jumaat
  • Tarikh : 10.06.2011
  • Masa : 2.30 pagi
  • Tempat : Dewan syeikh Sya'rawi (Wisma Darul Ridzuan A)

Marilah kita sama-sama mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Moga-moga kita diberi kejayaan di dunia dan di akhirat kelak.

Sunday, June 5, 2011

Mumtaz Akhlak, Mumtaz Imtihan

Ada apa pada mumtaz?

Andai ilmu tidak diamalkan.

Apa guna dapat mumtaz?

Andai akhlak diringan-ringankan.

Realiti

Realiti mahasiswa dan mahasiswi Islam kini kurang menitikberatkan kepentingan adab dan akhlak dalam kehidupan. Rata-rata mahasiswa lebih mengejar kejayaan sehingga terlupa bahawa akhlak perlu diutamakan.

Akhlak Punca Kejayaan

Seseorang itu tidak dikatakan berjaya sehingga dapat seiringkan dengan akhlak mulia,kerana akhlak penyempurnaan bagi ilmu yang dimiliki.

Akhlak Rasulullah S.A.W

Saidatina Aishah ketika menjawab persoalan seorang sahabat yang bertanyakan tentang akhlak Baginda Rasulullah s.a.w : “ akhlak baginda sepertimana al-Quran..”

Faktor-faktor Kerosakan Akhlak:

· Hubungan dengan Allah sangat hambar.

· Hilang niat dan tujuan asal datang ke bumi Anbia’ ini.

· Memperkecil-kecilkan amalan solat berjemaah.

· Menonton filem dan mendengar lagu-lagu yang tidak ada moral and value.

· Pergaulan tidak berlandaskan syariat Islam di antara lelaki dan wanita.

· Tidak ada sikap saling homat menghormati dan sayang menyayangi di antara yang muda dan yang tua.

· Adab dan kualiti percakapan yang tidak melambangkan yang“sesungguhnya anda seorang mahasiswa Islam!”

· Memiliki syakhsiah dan jati diri yang lemah.

Kesimpulan

Akhlak mulia jati diri peribadi seorang muslim.andai akhlak itu rosak, rosaklah peribadi muslim tersebut. Ingatlah wahai sahabat-sahabat, kejayaan sesebuah Negara pada masa akan datang. Maka lihatlah pemuda-pemudi pada hari ini!!!


Disediakan oleh :

Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM

sesi 2010/2011

Friday, June 3, 2011

Ehya al-Jum'ah : Peranan Kita

KAHERAH, 2 Jun - Ehya’ al Jum’ah sekali lagi mengisi ruang rohani kita bersama. Selesai bacaan Yaasin, disambung seperti biasa dengan tazkirah ringkas. Pentazkirah kali ini adalah saudara Muhammad Mujahid bin Mohammad Fadzil yang merupakan pemangku pengerusi penasihat KPIPM pada sesi ini. Beliau juga merupakan penuntut Universiti al-Azhar tahun akhir, syu’bah Akidah Falsafah, Kaherah.

Beliau menyebutkan berkenaan tentang kesedaran kita yang sedang menuntut di bumi Anbiya’ ini.

“Hijrah pertama oleh umat Islam adalah berhijrah ke Habsyah. Seramai empat belas orang terdiri daripada sepuluh orang lelaki dan selebihnya adalah kaum wanita. Tujuan hijrah untuk menyebarkan Islam”. Beliau cuba mengimbau sirah awal Islam.

“Hari ini kita datang Mesir bukan hanya suka-suka tetapi matlamat kita untuk menyebarkan Islam di Malaysia kelak”. Beliau akhiri dengan berpesan kepada hadirin yang hadir.

Majlis diteruskan dengan solat Sunat Hifzi yang diimamkan oleh saudara Muhammad Farid bin Safian dan saudara Mohd Alias bin Azis.

Solat Sunat Hifzi ini adalah malam ketiga dan malam terakhir pada kali ini yang dianjurkan oleh Biro Dakwah dan Tarbiah sempena musim peperiksaan semester dua.

KPIPM sentiasa menggalakkan semua agar dapat meneruskan ibadah ini sekalipun secara individu biarpun selepas peperiksaan selesai.

Di sebelah pagi pula, Tazkirah Subuh disampaikan oleh saudari Mardhiah binti Ahmad Sahim, penuntut tahun satu kuliah Usuluddin, Kaherah.

Nasihat beliau agar kita semua selalu muhasabah diri, mendisplinkan diri sebagai penuntut ilmu dan bermujahadah dalam kerja-kerja dakwah secara umumnya.

KPIPM mengucapkan jutaan terima kasih di atas sumbangan ahli-ahli KPIPM dalam menjayakan majlis ini. Ehya’ al-Jum’ah menutup tirai minggu ini mengajak sahabat-sahabat sekalian agar tidak lupa peranan kita sebagai mata rantai pembawa risalah nabi Muhammad S.A.W.

Semoga usaha ini dapat dipermudahkan oleh Allah dalam imtihan kita bersama. Selamat menghadapi peperiksaan.

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM