Home » » Kalam YDP : Bagaimana Menjadikan Cadangan Anda Bukan Hanya Cakap Kosong

Kalam YDP : Bagaimana Menjadikan Cadangan Anda Bukan Hanya Cakap Kosong


Oleh :
Khairul Asyraf bin Mohd Khir
Yang Dipertua
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir
2009/2010

Di dalam KPIPM khususnya, kita banyak mendengar beberapa pandangan dan cadangan. Mungkin ada yang tertanya-tanya, bagaimanakah hendak menjadikan cadangan kita bukan hanya cakap kosong, idealistik atau sebagainya.

Pertama

KPIPM menyediakan ruang untuk memberi pandangan atau cadangan kepada KPIPM, khususnya AJKT. Ruang tersebut ialah dengan menghantar melalui email, atau berjumpa terus dengan Yang Dipertua.

Timbalan Yang Dipertua, Ustaz Muhammad Amin bin Abdul Rahman tidak dapat membuka ruangan di shoutbox secara terbuka, dan terpaksa menghadkan untuk “admin” sahaja disebabkan ruangan tersebut untuk pengumuman, bukan digunakan untuk sembang, atau berforum.

Sebelum ini, shoutbox KPIPM telah disalahgunakan oleh beberapa orang yang tidak dikenali. Maka ia akan menyebabkan berlakunya “perang shoutbox”, dan ia menjadikan pandangan orang luar buruk terhadap KPIPM.

KPIPM juga akan memperbanyakkan perjumpaan untuk membincangkan beberapa masalah yang dihadapi secara terbuka. Antaranya perjumpaan bersama penghuni Wisma Darul Ridzuan, perjumpaan bersama pelajar perubatan dan sebagainya. Di sinilah ruang untuk memberikan pandangan secara rasmi.

Kedua

Sebarang cadangan daripada ahli bukanlah perlu dilaksanakan kesemuanya dalam waktu yang terdekat. Sebaliknya, ia dilakukan secara berperingkat, dan beransur-ansur. Ada juga pandangan yang dirasakan kurang sesuai, terpaksa diketepikan. Manakala cadangan yang sesuai akan diketengahkan.

Terdapat juga cadangan yang sesuai, tetapi tiada kemampuan untuk dilaksanakan di peringkat KPIPM. Maka cadangan ini akan disimpan, dan dibentangkan semula apabila sudah mempunyai kemampuan tersebut.

Apabila menjelaskan tentang kemampuan, KPIPM mengalami kekurangan tenaga yang sangat teruk. Antaranya di dalam bidang desingner, blog, penulisan, penyampaian dan sebagainya. Sebelum ini, adhoc yang sama dilantik bagi mengisi kekurangan tenaga ini.

Maka, sesiapa yang mahir di dalam bidang ini di kalangan ahli KPIPM, diharap dapat menampilkan diri untuk bersedia bekerja di dalam bidang tersebut. PEMANDU yang diadakan adalah untuk melatih tenaga-tenaga pakar di dalam bidang ini.

Blog KPIPM juga membuka ruangan untuk menghantar artikel, namun sehingga kini orang yang sama sahaja, yang berbuat demikian. Ahli juga tidak perlulah menunggu untuk “dipanggil” atau dijemput. Datanglah kepada KPIPM, dan lapor diri anda untuk memberikan sumbangan tenaga dan kemahiran yang ada.

Ketiga

Ahli yang ingi memberi cadangan, digesa untuk membuat kertas kerja cadangan, atau draf berkenaan cadangan tersebut. Ini kerana banyak cadangan yang diterima, tetapi pelaksanaannya agak sukar untuk difikirkan. Maka, dengan adanya kertas kerja bagi cadangan-cadangan ini, insya Allah ia lebih merealisasikannya, bukannya idealistik semata-mata.

Contohnya, seseorang bercadang kepada KPIPM untuk membeli sebuah van. Maka, kertas kerja tersebut akan menjelaskan dari sudut sumber kewangan, sumbangan yang diperoleh, jenis van yang dicadangkan, harga semasa dan sebagainya. Ini lebih memudahkan usaha untuk merealisasikan cadangan tersebut.

Contoh yang lain, cadangan untuk membina sebuah komuniti blogger KPIPM. Ini adalah satu cadangan yang menarik. Cuma apabila diperhatikan, tidak sampai 10% ahli kita yang mempunyai blog, dan ini akan membantutkan cadangan itu, bahkan ia terpaksa ditangguhkan buat sementara waktu. Sekiranya dihasilkan sebuah kertas kerja tentang ini, ia mungkin akan memudahkan cadangan itu menjadi realistik.

Cadangan yang bersifat mudah, atau tidak rumit, maka tidak perlulah disertakan kertas kerja. Cukup sekadar memberi respon di dalam email, atau saluran-saluran yang telah disebutkan. Insya Allah, KPIPM akan membuka kotak cadangan, sepertimana yang telah dicadangkan di dalam Muhasabah Separuh Penggal sempena Mesra 10.

Penutup

KPIPM sangat berterima kasih atas keprihatinan ahli, di dalam membincangkan permasalahan yang berlaku. Daripada muhasabah separuh penggal dan jaulah AJKT, banyak perkara-perkara baru yang dibentangkan, dan ia dianggap sebagai satu perkara yang menarik. Insya Allah, cadangan-cadangan dan muhasabah sempena Mesra 10 akan diambil dan dibincangkan di peringkat KPIPM.

Terima kasih kepada semua.
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger