Monday, March 15, 2010

AJKT Tiba Di Bumi Tanta


15 MAC – Setelah Mesra 10 diadakan di Mansurah, akhirnya ia berubah pula ke Tanta sepertimana yang telah dijadualkan.

AJKT bertolak dari Mansurah pada jam 4.30 petang, dan tiba di bumi Tanta pada jam 6.20 petang.

Kehadiran AJKT disambut oleh mandub Tanta, Ustaz Salehuddin, dan beberapa orang ahli yang lain.

Setelah selesai mengerjakan solat magrib berjemaah di sebuah rumah ahli, program dimulakan dengan bacaan Surah Yasin dan tahlil yang diketuai oleh Ustaz Zahidi bin Noh.

Ustaz Aliff Hadi, Ketua Biro Perumahan, merangkap mentor Tanta berkata bahawa beliau amat berharap sangat agar ahli KPIPM di Tanta dapat meluahkan sebarang masalah, keperluan, dan sebagainya bersempena Mesra 10 ini.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...