Monday, February 28, 2011

Perjumpaan Bersama Menteri Besar Perak Ditunda

DIMAKLUMKAN KEPADA SELURUH WARGA PERAK, BAHAWA TARIKH BAGI PERJUMPAAN YAB MENTERI BESAR BERSAMA PELAJAR-PELAJAR ANAK PERAK MESIR YANG AKAN DIADAKAN PADA 2HB MAC 2011 AKAN DITUNDA SEPERTI BERIKUT:-

TARIKH : 5HB MAC 2011

MASA : 9.00 PAGI

TEMPAT : KEDIAMAN RASMI YAB MENTERI BESAR PERAK

JALAN RAJA DIHILIR, IPOH

HARAP MAKLUM

Sunday, February 27, 2011

Al-Fatihah : Bapa Saudara Mohamad Fadhli Abdul Latif Kembali ke Rahmatullah

Kemunting,27 Februari - Setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Sekalung takziah diucapkan kepada saudara Mohamad Fadhli bin Abdul Latif serta keluarga atas kehilangan seorang ayah yang disayangi.

Bapa beliau telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Taiping sebentar tadi. Pihak keluarga dalam proses menguruskan jenazah untuk keluar dari hospital tersebut

Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas bapa beliau dan menempatkan rohnya bersama roh orang-orang yang soleh, al Fatihah..

Senarai Terbaru Sehingga 26 Februari 2011 (Sabtru)

Nama-nama berikut adalah senarai yang telah menghantarkan maklumat diri kepada pihak KPIPM sehingga 26 Februari 2011(Sabtu). Sila semak nama anda untuk kepastian.



Talian Rasmi YDP KPIPM Di Malaysia

Makluman kepada seluruh warga Perak,

akibat berlaku masalah teknikal, no. telefon rasmi Yang Dipertua KPIPM (di Malaysia) telah ditukarkan daripada +6011-19093935 kepada +6013-4212550. Sebarang urusan rasmi,sila hubungi talian tersebut.

Harap maaf di atas kesulitan.

Perjumpaan Bersama Menteri Besar Perak

Perhatian kepada seluruh warga Perak yang dikasihi,

Satu perjumpaan akan diadakan bersama Menteri Besar Perak,Dato’ Seri Dr. Zambry bin Abd Kadir. Perjumpaan tersebut adalah seperti butiran berikut :

TARIKH : 2hb MAC 2011 (RABU)

MASA : 3.00 petang

TEMPAT : Bangunan Perak Darul Ridzuan (Dewan Bankuet)


Seluruh warga Perak (pelajar dan ibu bapa) dijemput hadir bersama.

PERHATIAN : Pertukaran Talian Bagi Penghantaran Maklumat Diri

Makluman kepada seluruh warga Perak,

akibat berlaku masalah teknikal, no. telefon bagi urusan penghantaran maklumat diri kepada pihak persatuan ditukarkan daripada +6011-19093935 kepada +6013-4212550.

Harap maaf di atas kesulitan.

Friday, February 25, 2011

Senarai terbaru sehingga 24 Februari 2011 (Khamis)

Nama-nama berikut adalah senarai yang telah menghantarkan maklumat diri kepada pihak KPIPM sehingga semalam 24 Februari 2011(Khamis). Anda boleh menyemak untuk kepastian.

Klik gambar untuk lebih jelas



Thursday, February 24, 2011

Semak Nama Anda Segera

Perhatian kepada seluruh warga Perak, bagi anda yang tidak mempunyai nama di dalam senarai berikut,anda perlu memberikan maklumat diri anda kepada KPIPM melalui pesanan ringkas (sms) kepada +6011-19093935.

Butiran yang dikehendaki adalah seperti berikut :
1. NamaPenuh
2. No. Kad Pengenalan
3. No. Passport
4. No. Telefon (Malaysia)
5. Alamat Tempat Tinggal

Klik gambar untuk lebih jelas

















































Daftar Diri Kepada Yayasan Perak

PIHAK YAYASAN PERAK TELAH DILANTIK SEBAGAI SEKATERIAT BAGI PENGHANTARAN PULANG PELAJAR MESIR.

OLEH YANG DEMIKIAN, DIMINTA KEPADA SEMUA PELAJAR MESIR YANG PULANG KE MALAYSIA MENDAFTARKAN DIRI MELALUI SEKETARIAT YAYASAN PERAK.

Sila smskan:
1.Nama
2.No. Kad Pengenalan
3.No.Telefon (Malaysia)
4.Universiti
5.Bidang pengajian

Kepada : 019-4588006, 013-4046960 bagi mendaftarkan diri anda.

URUSETIA :
HOTLINE : 05-2552929
TN. JAMIL MAT KASA : 012-5241121
EN. HIDAYAT ABD HALIM : 019-4588006
EN. HAKIMI MOHD KHALIB : 013-4046960

PENDAFTARAN INI PENTING BAGI MENGURUSKAN PENGHANTARAN PULANG KE MESIR OLEH KERAJAAN NEGERI.

SEKIAN.

Wednesday, February 23, 2011

KPIPM Menghadiri Perjumpaan Bersama Y.B Dato' Mohammad Zahir

IPOH,23 Februari – Satu perjumpaan tertutup telah diadakan bersama beberapa orang anak Perak oleh Y.B Dato’ Mohammad Zahir bin Dato’ Abdul Khalid, Exco Pelajaran, Pengajian Tinggi, ICT, Sumber Manusia, Sains dan Teknologi Negeri Perak. Turut bersama Tuan Haji Abdul Jamil bin Haji Mat Kasa,Pengurus Besar Yayasan Perak.

Di dalam perjumpaan tersebut, pelbagai persoalan telah diajukan oleh mereka yang hadir. Ibu bapa yang turut bersama juga mengambil peluang ini bagi merungkai segala masalah yang dihadapi.

Diantara persoalan yang diajukan adalah mengenai proses penghantaran semula pelajar ke Mesir berikutan keputusan dalam mesyuarat Ketua-ketua Menteri dan Menteri Besar yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, semalam.

“Kami berharap agar pihak kerajaan negeri sudi menghadiahkan wang ehsan kepada para pelajar bagi meringankan beban perbelanjaan di sana”. Cadangan salah seorang wakil KPIPM di dalam perjumpaan tersebut.

“Kami akan memastikan keadaan di sana selamat sebelum melepaskan para pelajar pulang semula bagi menyambung pengajian di sana”. Ujar Dato’ Mohammad Zahir ketika ditanya mengenai keadaan di sana.

Namun segalanya bergantung kepada keputusan mesyuarat Exco Kerajaan Negeri Perak yang dijadualkan akan berlangsung pada petang nanti.

Kerajaan negeri Perak juga telah memberikan mandat kepada Yayasan Perak bagi menguruskan urusan penghantaran pelajar semula ke Mesir.

Di dalam perjumpaan ini juga,pihak KPIPM mengambil peluang untuk melahirkan rasa terima kasih kepada pihak kerajaan negeri Perak yang membantu OPS PIRAMID baru-baru ini dengan penyerahan surat penghargaan ucapan terima kasih kepada Y.B Dato’ Mohammad Zahir oleh Yang Dipertua KPIPM,saudara Khairul Ashraf Mohd Khir.


KPIPM juga melahirkan rasa terima kasih kepada Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) dengan menyerahkan surat penghargaan ucapan terima kasih kepada Dr. Syed Omar bin Syed Sharifuddin, Ketua Pegawai Eksekutif. Namun,beliau mempunyai komitmen lain dan surat tersebut diserahkan kepada setiausaha peribadi beliau.


Sebarang maklumat terkini,akan disebarkan melalui blog rasmi KPIPM di kpipm64.blogspot.com dan Yahoo Messenger kpipm64 bagi makluman seluruh ahli KPIPM.

Sebarang masalah boleh terus menghubungi wakil Yayasan Perak di talian :

Pejabat Yayasan Perak : +605-2552929 /+605-2556633

Tuan Haji Jamil : +6012-5241121

YDP KPIPM : +6011-19093935


Kenyataan Rasmi Yang Dipertua KPIPM Berikutan Keberadaan Di Malaysia

Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,

Alhamdulillah,bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T,dengan limpah kurniaNya kita dapat lagi meneruskan kehidupan kita setelah menempuhi pelbagai mihnah dan tribulasi.

Sedia maklum,hampir seluruh ahli KPIPM di bumi Mesir telah berjaya dipindahkan ke tempat yang selamat oleh pihak kerajaan Malaysia melalui OPS PIRAMID yang lalu. Oleh itu,KPIPM mengucapkan jutaan terima kasih kepada pihak kerajaan Malaysia di bawah tanggungjawap Dato' Sri Mohd. Najib Tun Abdul Razak secara khususnya dan kerajaan negeri Perak serta tenaga-tenaga yang turut membantu secara amnya.

Pihak Ahli Jawatankuasa Tadbir KPIPM telah mengadakan perbincangan dalam membincangkan perjalanan KPIPM di tanah air ini. Ini adalah bagi memastikan salah satu motif penubuhan KPIPM iaitu “Berusaha menjalinkan ikatan Ukhuwwah Islamiah di kalangan umat Islam” tidak tertumpu di bumi Mesir sahaja,malah diteruskan di tanah air tercinta.

KPIPM sentiasa berhubung dengan pihak persatuan pusat dalam membicarakan tentang soal pendidikan yang sekarang masih tertangguh buat beberapa ketika. Pihak persatuan pusat juga sentiasa berhubung dengan pihak kerajaan Malaysia bagi memastikan keadaan di Mesir stabil sebelum melepaskan warga Malaysia pulang ke sana.

Ahli KPIPM disarankan agar memusatkan sebarang masalah kepada Yang Dipertua KPIPM di talian +6011-19093935 atau Ketua Hewi KPIPM di talian +6013-4948755 atau mana-mana AJKT dan AJK HEWI di talian berikut.

Segala maklumat terbaru yang KPIPM perolehi akan disebarkan kepada seluruh ahli melalui blog rasmi KPIPM iaitu kpipm64.blogspot.com dan Yahoo Messenger iaitu kpipm64.

Wallahu ‘alam…

Berilmu,Beramal,Ikhlas

Khairul Ashraf bin Mohd Khir Al-Hafiz

Yang DiPertua

Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir,

Sesi 2010/2011

Wednesday, February 16, 2011

Direktori AJKT Dan AJK HEWI KPIPM (No. Tel. Malaysia)



Klik gambar untuk lebih jelas

Sebarang masalah,boleh terus menghubungi mana-mana AJKT dan AJK HEWI.

Sunday, February 6, 2011

Senarai Warga Perak Yang Selamat Tiba Di Bumi Jeddah

Klik gambar untuk lebih jelas



















Dan senarai pelajar yang dijadualkan ke lapangan terbang pada jam 12 tengahari nanti.



TERKINI : Trip 4,5 dan 6 Selamat di bumi Jeddah

12.24 pagi – Laporan mendapati bahawa penerbangan Trip ke-4,5 dan 6 telah selamat semuanya sampai di bumi Jeddah.

Namun begitu,terdapat beberapa warga Perak (Kaherah) sahaja yang masih belum berlepas. Dijangkakan mereka akan bertolak ke lapangan terbang pada jam 12.00 tengahari nanti.

Saturday, February 5, 2011

TERKINI : Trip ke-6 Selamat Berlepas Ke Jeddah

7.15 malam – Dilaporkan Trip ke-6 telah selamat berlepas ke Jeddah dengan menaiki pesawat Charlie sebentar tadi.

Namun, Trip ke-5 masih belum berlepas buat masa ini. Dan kami masih lagi menunggu laporan ketibaan Trip ke-4 di Jeddah.

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024 Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2023/2024 KAHERAH, 17 & 18...