Monday, March 15, 2010

Ruang Daftar Pengunjung Dibuka Dalam Blog KPIPM


14 MAC – Sebuah ruang baru telah dibuka bagi menarik minat ahli untuk berdaftar sebagai pengunjung tetap Blog KPIPM. Ruang tersebut dinamakan sebagai kolum “daftar”, yang baru dibuka semalam.

Ustaz Muhammad Amin bin Abdul Rahman, Timbalan Yang Dipertua KPIPM, memberitahu media bahawa ruang tersebut bertujuan melihat pendapat ahli dalam bersama dengan isu semasa KPIPM.

Kalau sebelum ini, kami telah meletakkan ruangan “pengunjung” yang akan menyenaraikan bilangan pengunjung blog, dan statistic yang berkaitan. Namun, dengan ruangan “Daftar Pengunjung” ini akan lebih memberi manfaat dan kemudahan dalam proses itu, katanya.

Beliau berkata lagi, Blog KPIPM juga telah membuka ruang bagi ahli untuk menghantar artikel karangan mereka. Ia boleh dihantar melalui email blogkpipm@yahoo.com.

Alhamdulillah, setakat ini, kami telah menerima beberapa artikel untuk disiarkan, terima kasih, katanya kepada media.

Beliau ditemui ketika sedang mengadakan ziarah bersama AJKT yang lain di Dumyat.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...