Wednesday, May 15, 2019

KANTA SISWA | SEJARAH : 15 MEI 1948 ; NAKBAH PALESTIN  MASIHKAH DALAM INGATAN KITA?
Unit Penerangan dan Penerbitan, Jabatan Yang Dipertua KPIPM sesi 2018/2019

Kanta Siswa kali ini menampilkan peristiwa bersejarah yang mungkin kita sudah melupainya. Namun, malapetaka besar ini memberi kesan dan masih menghantui rakyat Palestin hingga kini.


⭕  PERISTIWA 15 MEI 1948

Merupakan satu bencana besar bagi umat Islam dan sejarah hitam buat seluruh rakyat Palestin. Iaitu Negara haram Israel ditubuhkan di tanah suci itu dan diisytiharkan secara rasminya pada 15 Mei 1948.

Idea penubuhan ini telah dibawa oleh Theodor Herzl, seorang pengasas fahaman neo-zionisme yang berasal dari Hungary. Beliau telah menubuhkan Pertubuhan Zionis Antarabangsa atau dikenali sebagai WZO dan membuat persidangan pertama di Basel, Switzerland pada 29-31 Ogos 1897.

Satu kata putus yang telah disepakati dalam persidangan tersebut iaitu penubuhan rumah orang-orang Yahudi di Palestin oleh Zionisme yang dijamin di bawah undang-undang awam.

Israel menganggap hari tersebut sebagai Hari Kemerdekaan buat mereka. Dan rakyat Palestin juga diusir, dibunuh dan dirampas hak mereka sebagai warganegara.

Sehingga menyebabkan landskap kedudukan Negara Palestin mula dilenyapkan sedikit demi sedikit dari peta dunia. Bagi memperingati penderitaan ini, rakyat Palestin mengisytihar 15 Mei (sehari selepas penubuhan Israel) sebagai hari An-Nakbah (malapetaka besar/catastrophe). Justeru, dalam kita menempuhi Ramadan yang mulia ini, banyakkan berdoa dan janganlah kita melupakan nasib saudara-saudara kita di sana.

"Memacu Legasi Berinformasi"

Disediakan oleh:
Unit Pengkajian dan Informasi,
Unit Penerangan dan Penerbitan,
Jabatan Yang Dipertua KPIPM sesi 2018/2019

#KPIPMkeluargakita
#BersamaBersatuJayakanUsulKPIPM

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

Wednesday, May 1, 2019

MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM KPIPM FASA 2

MAKLUMAN | PENANGGUHAN PROGRAM KPIPM FASA 2
Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2018/2019

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Firman Allah SWT :

وَلَنَبْلُوَنَّكُمْ حَتَّىٰ نَعْلَمَ المُجَاهِدِينَ مِنْكُمْ وَالصَّابِرِينَ وَنَبْلُو أَخْبَارَكُمْ
Maksudnya : "Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu."

[ Surah Muhammad, Ayat 31 ]

Alhamdulillah, bersyukur kita kepada Allah SWT kerana dengan limpah dan kurnia-Nya, kita semua dapat mengecapi nikmat Iman dan Islam, hasil usaha daripada perjuangan Nabi Muhammad SAW, para sahabat Baginda, Alim Ulama' dan generasi terdahulu dalam mengekalkan benih-benih iman di dalam jiwa umat Islam sehingga ke hari ini.

Berdasarkan ayat di atas, dapat kita fahami bahawa orang beriman akan sentiasa diuji oleh Allah SWT dalam kehidupan sehariannya. Antara tujuan diturunkan ujian atau bala' kepada orang beriman adalah untuk membezakan antara orang yang berjuang dan bersabar dengan mereka yang meninggalkan perjuangan dan bersikap gopoh dalam kehidupan.

Justeru itu, kita selaku mahasiswa Islam, hendaklah memastikan diri kita tergolong dalam kelompok mereka yang melaksanakan gerak kerja Islam dan sentiasa bersabar dengan setiap ujian yang mendatang serta menjauhi sikap gopoh gapah dalam melaksanakan gerak kerja dakwah Islamiah.

Maka, begitu juga diperingkat Universiti Al-Azhar As-Syarif yang bakal melaksanakan Peperiksaan Fasa 2 kepada para mahasiswa/wi pengajian Islam khususnya di Kaherah, tujuan utama peperiksaan ini dijalankan adalah untuk memastikan agar generasi yang terhasil dari acuan Al-Azhar As-Syarif adalah mereka yang benar-benar mampu mendepani masalah di bumi Malaysia kelak.

Sehubungan dengan itu, KPIPM telah memutuskan bahawa 1 Mei 2019 adalah bermulanya penangguhan semua program di peringkat KPIPM melainkan program yang berbentuk ilmiah, motivasi dan tarbiah. Hal ini bagi memberi peluang kepada seluruh anak Perak di Mesir melakukan persiapan dan persediaan dalam menghadapi peperiksaan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Disamping itu, pihak KPIPM berharap agar mahasiswa/wi sentiasa meningkatkan hubungan dengan Allah SWT dan memperbanyakkan doa yang menjadi kunci-kunci kejayaan bagi seorang individu muslim. Pihak KPIPM juga berharap agar anak-anak Perak dapat menjaga kesihatan dan keselamatan sepanjang tempoh peperiksaan berlangsung.

Tuntasnya, kami mendoakan agar seluruh anak Perak dapat meraih kejayaan yang cemerlang serta dapat memanfaatkan ilmu yang dimiliki kepada masyarakat. Semoga kejayaan yang diperoleh menjadikan kita semakin bertaqwa kepada Allah SWT.

Siiruu 'Ala Barakatillah

Muhammad Abrorr bin Mohd Ishak
Yang Dipertua
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2018/2019

#KPIPMkeluargakita
#BersamaBersatuJayakanUsulKPIPM

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"


MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...