Friday, March 12, 2010

Perasmian PEMANDU 10


11 MAC - PEMANDU 10 adalah nama bagi Program Pemantapan DUAT yang telah wujud di KPIPM semenjak 2007/2008 apabila ia ditukar nama daripada DUAT Gabungan yang diwujudkan pada 2006/2007.

Pada tahun ini, ia sekali lagi diwujudkan bagi melahirkan tenaga pakar dan berkemahiran dalam menjalankan aktiviti dakwah.

Semalam, Pelancaran Pemandu telah dirasmikan di Rumah Perak oleh Ustaz Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil, Pengerusi Penasihat KPIPM.

Majlis bermula pada jam 9.40 malam dengan ucapan alu-aluan dan perasmian.

Kemudian disusuli dengan persembahan pentomen dan tayangan slide show.

Ibnu Abbas bin Azizuddin, Ketua Biro Dakwah dan Tarbiah memberitahu media bahawa PEMANDU 10 akan cuba menyambung perancangan yang telah dibuat pada sesi lepas, selain daripada membuat perancangan baru untuk tahun ini.

"Kita akan cuba hasilkan kelainan, yang cuba didasarkan dengan waqie' keperluan semasa" katanya kepada media.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM