Friday, December 31, 2010

PMRAM Kecewa Dengan Isu Yang Menimpa BKAN Melaka



KAHERAH 30 Disember - Presiden PMRAM Saudara Shahrizan bin Mohd Hazime melahirkan rasa kekecewaan teradap isu yang menimpa Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM).

Katanya, isu yang berlaku tersebut merupakan isu kemanusiaan yang perlu diketahui umum dan perlu mendapat perhatian di semua peringkat. Bukan anya sekadar berlegar dikalangan maasiswa-mahasiswi Melaka sahaja.

Sehubungan itu, beliau menyatakan bahawa isu seumpama ini pernah terjadi pada Badan Kebajikan Anak Selangor Mesir (BKASM) dan Keluarga Penuntut-Penuntut Terengganu (KPT) suatu ketika dahulu. Akan tetapi, sifat kesatuan yang ada pada ahli negeri terbabit menyebabkan persatuan baru yang ditubuhkan oleh pihak pegawai terkubur.

Katanya lagi, memahami sejarah yang pernah menimpa mahasiswa-mahasiswi Mesir, PMRAM mahukan sifat bersatu diterapkan di dalam seluruh jiwa mahasiswa-mahasiswi.

"Apabila sifat bersatu ini wujud di dalam jiwa umat Islam, maka tidak mudah bagi pihak musuh untuk menghancurkan kesatuan serta melaksanakan agenda jahat mereka. Dan inilah peranan PMRAM serta BKAN dan DPM bagi membentuk jatidiri mahasiswa Islam di Mesir" Ujar beliau ketika memberi penjelasan isu di Rumah Kelantan Baru.

Selain itu, beliau juga melahirkan rasa terkilan dengan terhadap ucapan Ketua Menteri Melaka Dato' Seri Mohd Ali bin Rustam yang melemparkan fitnah terhadap PMRAM ketika sesi ramah mesra di rumah Melaka.

Justeru katanya, fitnah seperti yang dilemparkan oleh Ketua Menteri tersebut merupakan isu lapuk yang pernah PMRAM hadapi suatu ketika dahulu. Apa yang penting adalah PMRAM merupakan gerakan mahasiswa yang menjalankan aktiviti kebajikan, pendidikan serta meningkatkan pencapaian akademik di kalangan ahli.

Walaubagaimana pun katanya, PMRAM tetap mengambil sikap bekerjasama dengan pihak-pihak berwajib bagi memudahkan urusan mahasiswa-mahasiswi yang belajar di bumi Mesir ini. Dan beliau menegaskan bahawa PMRAM merupakan persatuan yang bersifat profesional dan bukan persatuan yang melaksanakan tindakan dengan cara 'kampung'.

Sesungguhnya fikrah dan kefahaman yang jelas di kalangan ahli mampu melahirkan jati diri dan integriti di dalam jiwa umat Islam.

sumber : pmram.org

Thursday, December 30, 2010

Permohonan Minhah Jam'iah Syar'iah Kaherah Dibuka


PERHATIAN KEPADA SEMUA WARGA KPIPM

PERMOHONAN MINHAH JAM’IYAH SYAR’IAH (KAHERAH)
KINI TELAH BUKA KEPADA

MAHASISWA PERUBATAN AL-AZHAR,
TAMHIDI AL-AZHAR (MARKAZ LUGHAH),
MURASYAHAT TAHUN 1 AL-AZHAR DAN ULUM ISLAMIAH

DOKUMEN YANG DIPERLUKAN UNTUK MEMOHON :

1) SALINAN PASPORT
2) TASDIK KULIAH 2010/2011 (ASLI)
3) SALINAN TASDIK KULIAH 2010/2011
4) BORANG YANG TELAH LENGKAP DIISI

*PERMOHONAN TERBUKA KEPADA PELAJAR KAHERAH SAHAJA
*BORANG BOLEH DIDAPATI DI PEJABAT PENTADBIRAN KPIPM
*SILA HANTAR SEGALA DOKUMEN LENGKAP SEBELUM 4 JANUARI 2011

Monday, December 27, 2010

KPIPM menziarahi saudara Mohd Hafizul Akhbar dan isteri



Kaherah,25 Disember – Baru-baru ini KPIPM telah berkunjung ke kediaman saudara Mohd Hafizul Akhbar dan isteri bagi menziarah anak lelaki pertama mereka.

Kunjungan yang diketuai oleh YDP KPIPM,saudara Khairul Ashraf Mohg Khir itu turut bersama beberapa AJKT KPIPM yang lain. Cahaya mata pertama keluarga itu dilahirkan dengan seberat 3 kilogram.



Semoga dengan kelahiran cahaya mata ini,akan lebih mewarnai kehidupan mereka sekeluarga. Dan terus mewarnai KPIPM dimasa hadapan.

Saturday, December 25, 2010

SENARAI CALON-CALON KEPIMPINAN PMRAM & AJKT HEWI 2011



Dengan ini,Suruhanjaya Pilihanraya PMRAM 2010 mengisytiharkan calon-calon kepimpinan PMRAM dan AJKT HEWI PMRAM 2011

CALON PRESIDEN PMRAM

MUHAMMAD ZUHAILI B. SAIMAN

16868

SYARIAH ISLAMIAH

SELANGOR / KAHERAH

CALON-CALON BADAN PENGURUS PMRAM

1. ZULHAFEEZ B. AHMAD ZAHIDI

18387

BAHASA ARAB

PERAK / KAHERAH

2. IBRAHIM B. ANI

17240

SYARIAH ISLAMIAH

KEDAH / DUMYAT

3. MOHD HAFIZZUL AZRI B. AZMAN

19111

AL-QURAN

SELANGOR / SHOUBRA

4. AHMAD BAIHAKI B. RASHID

18114

SYARIAH ISLAMIAH

PAHANG / KAHERAH

5. AHMAD DANIEL B. MOHMAD HASSAN

19558

BAHASA ARAB

JOHOR / KAHERAH

6. NUR AHMAD WAFIY B. NOOR AZRI

17042

AL-QURAN

KEDAH / TANTA

7. AHMAD ZAMZANI B. CHE DAUD

20611

BAHASA ARAB

KELANTAN / KAHERAH

8. NORHALIS SYAFIQ B. AHMAD

19509

SYARIAH ISLAMIAH

WILAYAH / TANTA

9. ABDUL AZIZ B. ALI

18495

BAHASA ARAB

KELANTAN / KAHERAH

:: KESEMUA CALON MENANG TANPA BERTANDING ::

CALON-CALON AJKT HEWI PMRAM 2011

1. INTAN SORAYA BTE HASHIM

20601

BAHASA ARAB

SELANGOR / KAHERAH

2. NURUL ARIFAH BTE HILMI

19383

USULUDDIN

KEDAH / KAHERAH

3. JUHAIDA BTE ABDUL HAMID

18417

BAHASA ARAB

KEDAH / KAHERAH

4. NORHASHIMA BTE MAJID

19244

USULUDDIN

PERAK / MANSURAH

5. NURUL NADIRAH BTE AW.MOHD NOR

20254

AL-QURAN

PAHANG / MANSURAH

6. NAUFAL BTE KAMARUDDIN

19470

BAHASA ARAB

TERENGGANU / KAHERAH

7. NURLIDA BTE KELIMA

18654

SYARIAH ISLAMIAH

KELANTAN / ISKANDARIAH

8. KAMILAH BTE CHE RAZALI

19431

SYARIAH ISLAMIAH

KELANTAN / KAHERAH

9. SITI SARAH BTE BUSHARI

18454

BAHASA ARAB

JOHOR / KAHERAH

10. SUHANA BTE IDRIS

17296

USULUDDIN

PERAK / ISKANDARIAH

11. SITI MAISARAH BTE YUSOF

14934

USULUDDIN

JOHOR / KAHERAH

12. SHAZAZIERA BTE SHARIF

19475

BAHASA ARAB

TERENGGANU / KAHERAH

:: KESEMUA CALON MENANG TANPA BERTANDING ::

Sumber : spr-pmram.blogspot.com

Friday, December 24, 2010

Sinar KPIPM bertambah lagi


Kaherah,24 Disember – KPIPM kini bertambah bersinar pada hari ini dengan kelahiran cahaya mata dari pasangan saudara Mohd Hafizul Akhbar bin Abdul Rahman dan saudari Nor Hidayah binti Abdul Rahman. Bayi lelaki yang seberat 3 kilogram itu selamat dilahirkan di hospital Taufiqiyyah pada jam 6 pagi tadi. Pihak hospital telah membenarkan saudari Nor Hidayah pulang pada jam 9 pagi tadi.

KPIPM mengucapkan tahniah kepada saudara Mohd Hafizul Akhbar bin Abdul Rahman serta isteri. Semoga bertambah bahagia dengan kehadiran penyeri hidup pagi tadi.

Ehya Jumaah : Wada' saudara Khairul Jamal


Kaherah,23 Disember – Ehya’ Jumaah diteruskan lagi pada minggu ini. Ehya’ Jumaah kali ini dijalankan dengan selepas solat Maghrib secara berjemaah dan disusuli bacaan Yasin dan tahlil.

Tahlil tersebut dibuat khusus bagi datuk kepada Yang Dipertua,saudara Khairul Ashraf bin Mohd Khir yang telah kembali ke rahmatullah pada Isnin lalu. Juga diniatkan juga kepada nenek saudara Ahmad Huwaidy bin Ahmad Azizi yang telah kembali ke rahmatullah pada petang semalam.

Setelah itu,majlis diteruskan dengan solat Isya’ berjemaah dan diikuti dengan solay sunat Hifzi. Dan majlis malam tersebut diakhiri dengan jamuan.

Kemudian disambung pula dengan solat Subuh berjemaah pagi tadi. Tazkirah yang pada asalnya diberikan selepas solat Subuh ditukarkan kepada majlis Wada’ bagi saudara Mohd Khairul Jamal bin Kadir.

Di dalam ucapan beliau,banyak menceritakan tentang pengalaman beliau selama berada di Mesir. Beliau juga menyebutkan kaitan perkataan Mesir dalam bahasa Arab (Mim,Sad,Raa) dengan kehidupan di Mesir. Banyak pesanan yang diberikan oleh beliau bagi mereka yang sedang menuntut di bumi Anbiya ini.

Beliau telah menamatkan pengajian di kuliah Syariah Islamiah,Dumyat. Dan akan pulang ke tanah air pada malam ini. Majlis tersebut diakhiri dengan gulungan daripada pengerusi majlis.

Monday, December 20, 2010

Jelajah Sinai : Terhad. Daftar segera!!


Pada tahun ini,sekali lagi Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah KPIPM akan menganjurkan Jelajah Sinai. Terdapat banyak tempat-tempat menarik yang akan dijelajahi. Antaranya, Hamam Firaun, Batu 12 Mata Air, Jabal Musa, Kubu Salahuddin, Pantai Dahab dan banyak lagi tempat-tempat yang menarik dan pasti akan menjadi pengalaman yang menyeronokkan.

Bagi sesiapa yang berminat,sila berdaftar sebelum 31 Januari 2011 dengan bayaran pendahuluan yang hanya LE 100.00 sahaja. Cepat!! Pendaftaran adalah TERHAD. Serahkan nama dan pendahuluan anda kepada saudara Mohd Amilrol Anua bin Osman di talian 011-6301647 atau saudara Muhamad Amin bin Yahya di talian 011-7376363.

Marilah menyertai Jelajah Sinai pada tahun ini. Jangan lepaskan peluang ini kerana disamping kita menjelajah,kita akan berpeluang menambahkan lagi thaqafah dan pengalaman berada di bumi Mesir ini.

Friday, December 17, 2010

KPIPM menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1432H anjuran WAAG



Kaherah,14 Disember - Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir telah menghadiri Majlis Sambutan Maal Hijrah 1432H anjuran The World Association For Al-Azhar Graduates (WAAG) yang bertempat di Azhar Conference Center (ACC). Yang Dipertua,saudara Khairul Ashraf Mohd Khir yang diiringi Ketua Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah,saudara Amilrol Anua Osman telah hadir bagi mewakili KPIPM di dalam majlis tersebut.

Turut hadir dalam majlis tersebut, Presiden PMRAM,saudara Shahrizan Mohd Hazime, beberapa wakil Badan Pengurus PMRAM dan wakil-wakil bagi Badan Kebajikan Anak Negeri yang lain. Antara yang hadir dalam majlis berkenaan kebanyakannya merupakan pelajar dan lepasan al-Azhar yang berasal dari Malaysia, Indonesia, Thailand, Kemboja dan Bangladesh. Juga turut hadir bersama wakil-wakil kedutaan Malaysia Kaherah.



Majlis bermula dengan alunan bacaan al-Quran yang disampaikan oleh pelajar Bangladesh, kemudian bacaan doa oleh Syeikh Dr.Jamal Farouq. Di dalam majlis tersebut turut hadir bersama Syeikh Muhammad Ibrahim Al-Kattani dan Syeikh Dr. Umar Abdullah Kamil bagi menyampaikan ucapan.

Majlis seterusnya diserikan dengan persembahan pidato oleh pelajar yang kebanyakan berasal dari Malaysia. Majlis turut dihidangkan dengan persembahan syair, qasidah, burdah dan beberapa persembahan nasyid. PMRAM turut menghantar kumpulan nasyid al-Wadi bagi membuat persembahan nasyid secara langsung menaikkan nama PMRAM di peringkat al-Azhar. Nasyid tersebut menjadi penutup tirai majlis pada malam tersebut

ZIKRAYAT 5 : "Melestari Ukhuwah Suburkan Kesatuan"



Sila klik gambar untuk muat turun

Perhatian kepada seluruh warga KPIPM,

Pada tahun ini,KPIPM akan menerbitkan ZIKRAYAT 5 dengan bertemakan "Melestari Ukhuwah Suburkan Kesatuan".
Oleh itu,sila dapatkan borang maklumat peribadi Zikarayat 5 daripada mandub/ah di setiap cawangan masing-masing dengan segera. Atau layari blog rasmi KPIPM www.kpipm64.blogspot.com
Cepat!!! Jangan lepaskan peluang ini. Pastikan kenangan anda di Mesir tercatat dan menjadi sejarah.

Makluman : Permohonan Minhah Jam'iyah Syar'iyah sesi 1432H Telah Dibuka



Berikut merupakan syarat dan terma kelayakan menerima bantuan Jami’iyyah Syar’iah :
1-Satu Salinan Muka Depan Pasport
2-Tasdiq Asal Kuliah (Pengesahan Kuliah)
3-Satu salinan tasdiq
* Bantuan hanya layak bagi mahasiswa Universiti Al Azhar peringkat Ijazah Sarjana Muda sahaja.
Maahad Qiraat, Maahad Buuth Islamiah Azhar,
Perubatan Azhar, Pergigian Azhar, Ulum Islamiyah Azhar, dan
Matrikulasi Azhar tidak terlibat sebagai penerima.
*Bantuan ini untuk Mahasiswa Al Azhar Kaherah sahaja.
Boleh dapatkan borang permohonan melalui Biro Tabung Kebajikan Kesenian Dan Riadhah KPIPM.

Saudara Mohamad Amirul Fahmi Bin Zulkefli – 014-6570949
Saudari Nurhafsah Binti Awalluddin – 011-0560554

Borang permohonan yang lengkap boleh terus dihantar sebelum 23 Disember 2010.

Thursday, December 16, 2010

Makluman : Lanjutan tarikh penghantaran borang permohonan zakat


Assalamualaikum semua warga KPIPM,

Makluman kepada seluruh warga KPIPM,tarikh penghantaran borang permohonan zakat akan dilanjutkan sehingga 24 Disember 2010. Sila hantar borang permohonan zakat anda sebelum tarikh tersebut bagi memudahkan segala urusan penghantaran. Sebarang masalah sila hubungi saudara Ibnu Abbas Azizuddin,011-0313027. atau saudari Nursyuhada Hashifuddin,011-9842074.

Monday, December 13, 2010

Dua aktivis KPIPM pulang ke tanah air



Kaherah,12 Disember – KPIPM terasa kehilangan setelah dua orang pejuang hebat pulang ke Malaysia semalam. Mereka ialah saudara Azizuddin Aznan dan saudara Abdul Hadi Ab. Rahman.

Kedua-dua mereka adalah merupakan graduan Al-Azhar di kuliah Syariah Islamiah,Kaherah. Kecemerlangan mereka perlu dicontohi oleh semua kerana mereka bukan sahaja cemerlang di dalam bidang akademik malah boleh dinobatkan sebagai tenaga penggerak di Mesir.

Mereka juga aktif di dalam membantu PMRAM dan KPIPM. Ini dibuktikan dengan penglibatan mereka di dalam tampuk kepimpinan di sini. Saudara Azizuddin Aznan adalah merupakan mantan Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa PMRAM sesi 2008,mantan Ketua Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2007-2008 dan mantan Ketua Biro Tabung Kebajikan,Kesenian dan Riadhah KPIPM sesi 2008-2009.



Manakala saudara Abudl Hadi Ab. Rahman merupakan mantan Ketua Biro Tabung Kebajikan,Kesenian dan Riadhah KPIPM sesi 2007-2008,mantan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2008-2009 dan juga mantan Timbalan Pengarah PESAT(Pusat Tenaga PMRAM) 2010.

Sebelum pulang,mereka sempat bersama dengan AJKT KPIPM di dalam majlis Wada’ Jumaat lalu.

“Sebagai kepimpinan,kita perlu sentiasa berfikir langkah dan cara bagi orang tertarik dengan Islam yang KPIPM cuba bawa”. Rangsang saudara Azizuddin ketika memberikan kata-kata semangat.


“Kita sebagai pimpinan perlu berasa beruntung kerana kita terpilih oleh Allah S.W.T untuk menimba pengalaman yang bukan semua orang rasai”. Kata saudara Hadi ketika berucap.

Semoga kepulangan dua pejuang Mesir ini bukanlah menjadi satu kehilangan tapi ia menjadi titk permulaan kepada generasi baru dalam mengambilalih tempat mereka bagi meneruskan rantai-rantai perjuangan di Mesir ini.

Friday, December 10, 2010

Motivasi Kecemerlangan : "Kita perlu menjadi seperti Super Market"


Kaherah,9 Disember – Yang patah tumbuh,yang hilang berganti. Begitulah perumpamaan yang digunakan setelah mendengar Motivasi Kecemerlangan oleh Al-Fadhil Ustaz Abu Nashar Bukhari bin Ahmad Aidin Tamim.

Beliau yang berasal daripada Jawa Barat,Indonesia telah menamatkan pengajian di dalam kuliah Usuluddin di jabatan Hadith dan sedang menunggu keputusan bagi melanjutkan pelajaran ke peringkat Master Al-Azhar.

Sebelum majlis motivasi bermula,majlis dimulakan dengan majlis bacaan Yasin,disusuli dengan solat Isya’ dan solat sunat Hifzi berjemaah. Sejurus 15 minit kemudian, Motivasi Kecemerlangan diteruskan dengan ucapan alu-aluan pengerusi majlis.

Seterusnya,tibalah masa bagi Ustaz Abu Nashar Bukhari mengambil alih majlis dalam memberikan kalam-kalam semangat dan motivasi kepada para pendengar yang hadir.

“Dalam kita berusaha untuk menuju kejayaan di dalam akademik,jangan kita lupa bagi mendoakan kejayaan sahabat-sahabat kita. Ini sangat penting sekali bagi kita sebagai penuntut ilmu di Bumi Anbiya’ ini”. Ujar beliau ketika berkongsi resepi kejayaannya selama ini.

Setelah hampir satu jam setengah bercerita,berkongsi pengalaman dan memberikan tunjuk ajar,majlis berpindah kepada sesi soal jawab bersama hadirin.

“Kita perlu bijak di dalam membahagikan masa,samada masa berpesatuan dan masa belajar. Kedua-duanya sama penting. Ibarat satu duit syiling yang mempunyai dua bahagian,satu bahagian belajar dan satu bahagian lagi persatuan. Dua perkara yang tidak boleh dipisahkan sama sekali”. Jawab beliau ketika ditanya mengenai masalah pembahagian masa belajar dan berpesatuan.

Malam tersebut menyaksikan interaksi yang baik diantara para hadirin dan penceramah dengan pelbagai soalan yang diajukan bagi merungkai permasalahan yang timbul.

“Nasihat terbaik bagi semua penuntut ilmu di sini ialah jadilah seperti super market,kerana di dalamnya terdapat keperluan yang sentiasa di cari oleh semua pelanggan. Kita perlu menyiapkan diri dengan apa yang masyarakat inginkan. Dengan erti kata lainnya,mahir di dalam semua bidang,samada bidang Syariah,Usuluddin atau Bahasa Arab”. Nasihat beliau sebelum mengakhiri motivasi kecemerlangan malam tersebut.

Monday, December 6, 2010

MB Amali : Hadiqah Athfal menjadi saksi ukhuwah akrab


Kaherah ,3 Disember – Biro Tabung Kebajikan,Kesenian dan Riadhah HEWI ( BTKKR ) dengan kerjasama Lajnah Nuqaba’ KPIPM 10/11 telah berjaya mengumpulkan hampir 10 fasilitator dan ahli-ahlinya,yang berjumlah hampir 65 orang. Di mana pada hari ini telah diadakan “Hari Riadhah Akhawat “ yang bertempat di Hadiqah Athfal,Haiyyu Thamin.

Kira-kira pada jam 9.00 pagi, kami telah bertolak ke Hadiqah Athfal dengan menaiki bas yang telah disewakan dan kami sampai di sana pada jam 9.20 pagi.

Antara aktiviti yang diadakan di sana,senaman ringan, pertandingan bola jaring serta satu jenis sukaneka yang dinamakan sebagai ‘Sungai Beracun’.

Setelah penat beraktiviti, tepat jam 11.30 tengahari, diadakan majlis penutup. Ianya diisi dengan kesimpulan yang didapati pada hari riadhah ini dari ahli-ahli kumpulan.

“Aktiviti riadhah ini menjadi peluang bagi kita bersuai kenal dalam membina ukhuwah sesama kita”. Ujar seorang peserta ketika diminta membuat kesimpulan.

Di akhirnya, penyampaian hadiah pertandingan bola jaring serta cenderahati khas untuk semua yang hadir telah disampaikan oleh saudari Huriyyah Abdul Mokti, wakil HEWI PMRAM bersama saudari Norul Aimi Mohamad Razi, Ketua HEWI KPIPM.

Setelah selesai majlis tersebut, semua yang hadir membantu bekerjasama mengemas tempat yang digunakan. Tepat jam 1.00 petang, kami bertolak pulang ke Wisma A dengan menaiki coster yang ditempah.

Saturday, December 4, 2010

Perbincangan YDP -YDP dan Presiden PMRAM bersama TYT Duta Ke Kaherah


Mohandiseen,2 Disember – Satu kunjungan hormat oleh seluruhYDP Badan Kebajikan Anak-anak Negeri ke pejabat kedutaan bersama TYT Duta Prof Madya Dr. Fakhrudin bin Abd. Mokhti.

Kunjungan yang diketuai oleh Presiden PMRAM,saudara Shahrizan bin Mohd. Hazime tersebut,banyak membincangkan perihal masalah mahasiswa/wi Malaysia di Mesir. Perbincangan yang dipengerusikan sendiri oleh TYT Duta Prof Madya Dr. Fakhrudin bin Abd. Mokhti,antaranya membincangankan isu keselamatan mahasiswa/wi di Mesir ini yang dikira semakin membimbangkan.

Antara lain,isu pembelajaran juga menjadi perbincangan bagi memastikan matlamat PMRAM dan Kedutaan dalam melihat prestasi mahasiswa/wi meningkat terus menjadi realiti.

Soal kebajikan juga menjadi tumpuan dalm perbincangan tersebut. Ini kerana kebajikan adalah salah satu item yang cukup dititkberatkan oleh PMRAm mahupun KBMK sendiri.

“PMRAM merupakan persatuan mahasiswa yang menitikberatkan pembawakan agenda akademik dan kebajikan di kalangan mahasiswa dan mahasiswi. Mahasiswa yang ada pada masa kini merupakan pemimpin negara pada masa akan datang”. Puji beliau ketika bercakap mengenai kesungguhan PMRAM dalam soal kebajikan.

Pertemuan yang diadakan ini menjadi satu bukti bahawa BKAN juga turut menjalinkan hubungan yang kukuh dengan pihak KBMK. Semoga hubungan baik ini,dapat diteruskan. Demi melihat agama Islam tercinta dijulang.

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM