13 MAC – Unit Bait Muslim hari ini mengumumkan bahawa bilangan pasangan yang berkahwin setakat ini seramai 28 pasangan.
Iaitu seramai 10 pasangan berada di Kaherah, 5 pasangan di Mansurah, 11 pasangan di Iskandariah, dan 2 pasangan di Zagazig.
Namun, di sana masih lagi terdapat pasangan yang sudah berkahwin, tetapi tidak tinggal serumah. Antaranya disebabkan isteri atau suami berada di Malaysia dan sebagainya.
Ustaz Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil, Pengerusi Unit Bait Muslim dan Hisbah KPIPM, memberitahu media bahawa bilangan ini akan meningkat dengan mendadak pada akhir sesi ini.
Ia adalah susulan daripada beberapa pasangan lagi yang akan mendirikan rumahtangga dalam masa yang terdekat.
Beliau menambah lagi bahawa perkahwinan ketika dalam tempoh pembelajaran bukanlah satu masalah, bahkan ia mengurangkan lebih banyak masalah. Justeru, beliau menyarankan kepada ahli KPIPM khususnya, dan PMRAM umumnya untuk menggunakan Unit Bait Muslim, bagi memudahkan urusan perkahwinan mereka.

No comments:
Post a Comment