18 MAC - Bermula jam 2.20 petang lagi, beberapa ahli KPIPM turun membantu proses memasak untuk malam ini. Sehingga sekarang, ia masih diteruskan.
Di atas dewan pula beberapa ahli sedang menyelenggara peralatan teknikel, dan hiasan-hiasan dewan, sempena Mesra 10.
Ustaz Ahmad Syamsul Arif bin Mat Daud, selaku tukang masak, memberitahu bahawa proses masakan ini tidak terlalu sukar kerana menu untuk malam ini agak mudah berbanding biasa.
Tidak ketinggalan, beberapa orang AJKT dan AJK HEWI turut membantu dalam membuat persiapan tersebut.
Sehingga kini, proses masakan masih diteruskan, dan persiapan dewan kelihatan hampir siap.
No comments:
Post a Comment