Friday, March 19, 2010

Perasmian Mawaddah Sempena Mesra 10



19 MAC – Mawaddah adalah program tahunan anjuran HEWI KPIPM. Pada kali ini, ia telah digabungkan dengan Mesra 10, dan program ini berjalan selama dua hari iaitu pada hari ini, dan esok 20 Mac.

Sepertimana yang telah dijadualkan, perasmian dimulakan pada jam 8.45 dengan ketibaan perasmi, Ustazah Nor Mazni binti Mohd Pauzi, Naib Pengerusi HEWI 1, merangkap Lajnah Perancang dan Panatia PMRAM.

Majlis dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al Quran oleh Ustazah Zahidah binti Abd Wafir pada 9.05 tadi. Beliau membacakan Surah al Baqarah bermula ayat 44 hingga 51.

Majlis disusuli dengan ucapan Pengarah Program, Ustazah Nurul Afifah binti Syed Ahmad Shah, dan diteruskan lagi dengan ucapan Ketua HEWI, Ustazah Siti Salamah binti Hamzah.

Seterusnya, ucapan perasmian disampaikan oleh perasmi jemputan daripada HEWI PMRAM, dan seterusnya penyampaian cenderahati kepada perasmi yang telah disampaikan oleh Ketua HEWI sendiri.

Majlis perasmian tamat pada jam 9.35 malam tadi, dan program akan diteruskan dengan diskusi kitab.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...