Friday, March 19, 2010

BarakaLlah Buat Pengantin-pengantin KPIPM


19 MAC – Ustaz Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil, Pengerusi Unit Bait Muslim hari ini mengucapkan selamat pengantin baru buat penganting-pengantin KPIPM, yang baru melangsungkan majlis akad nikah dalam tempoh terdekat ini.

Beliau memberitahu bahawa antara pasangan pengantin KPIPM yang baru bernikah ialah, Ustaz Khalil bin Yahaya bersama Ustazah Nur Masyitah binti Sidek, Ustaz Ismail bin Nardin dan Nor Syuhada Hashim, Ustaz Mohd Zahid bin Abu Bakar dan Ustazah Yasidah binti Abu Bakar.

Ustaz Khalil dan isteri bernikah pada 14 Mac lalu, di Selangor. Manakala Ustaz Zahid baru sahaja mewakilkan abangnya untuk bernikah pada 10 pagi waktu Malaysia hari ini. Manakala Ustaz Ismail pada 15 Mac di Slimriver, Perak.

Beliau berkata lagi, bahawa ketiga-tiga pasangan ini menjadikan sebanyak 11 pasangan yang telah berkahwin sepanjang sesi ini, berdasarkan maklumat dan jemputan yang diberikan kepada KPIPM.

Semalam, sempena Mesra 10, Unit Bait Muslim telah mengedarkan borang kaji selidik kepada semua hadirin yang hadir. Beliau menggesa supaya borang tersebut perlu dihantar segera kepada beliau atau Ustazah Hafizah binti Shamsuddin, selaku Timbalan Pengerusi Unit Bait Muslim KPIPM.

Beliau berkata bahawa Us Mohd Zahid menjemput secara rasmi kepada semua ahli KPIPM, untuk hadir ke majlis walimah beliau yang akan diadakan di peringkat KPIPM, pada 21 Mac yang digabungkan dengan Majlis Penutup Mesra 10.

1 comment:

  1. Hello Everybody,
    My name is Mrs Sharon Sim. I live in Singapore and i am a happy woman today? and i told my self that any lender that rescue my family from our poor situation, i will refer any person that is looking for loan to him, he gave me happiness to me and my family, i was in need of a loan of S$250,000.00 to start my life all over as i am a single mother with 3 kids I met this honest and GOD fearing man loan lender that help me with a loan of S$250,000.00 SG. Dollar, he is a GOD fearing man, if you are in need of loan and you will pay back the loan please contact him tell him that is Mrs Sharon, that refer you to him. contact Dr Purva Pius,via email:(urgentloan22@gmail.com) Thank you.

    ReplyDelete

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...