Monday, January 31, 2011

Kenyataan Rasmi Yang Dipertua KPIPM Berikutan Rusuhan Di Mesir


Segala puji-pujian ke hadrat Allah S.W.T, dengan limpah dan kurnianya kita diberikan kesempatan olehNya untuk terus menikmati nikmat Iman dan Islam sehingga ke hari ini. Lafaz syukur juga dipanjatkan ke hadrat Ilahi yang sentiasa memelihara keselamatan kita secara amnya dan seluruh anak-anak Perak di Kaherah mahupun seluruh cawangan yang lain khususnya.

Berikutan keadaan Mesir yang dilanda beberapa masalah baru-baru ini, dengan berlakunya beberapa rusuhan yang berlaku diantara warga tempatan dan pemerintah, sedikit sebanyak memberi kesan terhadap rutin harian anak-anak Perak di sini.

Walaupun begitu, pihak Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) telah menyarankan kepada seluruh ahli agar lebih berhati-hati oleh kerana terdapat banyak laporan kecurian dan rompakan berlaku di sekitar kawasan Kaherah. Namun,sehingga kini masih tiada laporan yang melibatkan pelajar Perak khususnya dan pelajar Malaysia umumnya. Segalanya masih berada di dalam keadaan baik dan terkawal.

Ketua Polis Tentera Mesir telah mengeluarkan perintah berkurung beberapa kali kepada seluruh penduduk dalam memastikan keselamatan penduduk selamat.

Sehubungan dengan itu, pihak KPIPM sentiasa berhubung dengan Persatuan Induk dan pihak Kedutaan Malaysia Kaherah dalam mendapatkan sebarang maklumat penting bagi memastikan keselamatan bersama berada di tahap yang baik.

Pimpinan KPIPM telah menubuhkan Ahli Jawatankuasa Bertindak Keselamatan susulan tindakan pihak Kedutaan Malaysia mengeluarkan arahan kepada semua Badan Kebajikan Anak-anak Negeri (BKAN) agar lebih berjaga-jaga dengan keadaan sekeliling.

Oleh itu, pihak KPIPM menasihatkan kepada seluruh anak-anak Perak di bumi Mesir serta waris dan ibu bapa agar tidak terus bertindak dalam membuat sebarang keputusan. Ini kerana segalanya masih berada di dalam keadaan yang baik dan selamat. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, sila dapatkan maklumat lanjut melalui Yang Dipertua KPIPM di talian +2011-7869112 atau +2014-5598458.

Sesungguhnya Allah S.W.T Maha berkuasa ke atas segala sesuatu dan hanya Dia sahaja yang memelihara kesejahteraan kita dari segalanya. Semoga Allah S.W.T menerima segala usaha kita untuk menuju dan mencari keredhaanNya. Marilah kita sama-sama berdoa agar seluruh warga Perak khususnya dan warga Malaysia amnya selamat daripada perkara yang tidak diingini.


BERILMU, BERAMAL, IKHLAS


KHAIRUL ASHRAF MOHD KHIR

YANG DIPERTUA

KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR

SESI 2010/2011

Pekeliling Keselamatan Tergempar KPIPM

klik gambar untuk lebih jelas

AJK Bertindak Keselamatan Ditubuhkan

KLIK UNTUK LEBIH JELAS

Kaherah, 31 Januari – Berikutan demonstrasi jalanan besar-besaran pada 25 Januari yang lalu, KPIPM telah mengambil beberapa langkah bagi memastikan keadaan seluruh warga Perak di Kaherah khususnya dan seluruh cawangan amnya berada di dalam tahap yang baik.

Diantaranya dengan menubuhkan Ahli Jawatankuasa Bertindak Keselamatan. Ini kerana melihatkan pelbagai masalah yang dijangka timbul berikutan keadaan Mesir yang tidak terkawal.

Terdapat banyak laporan mengenai kecurian dan rompakan tanpa kawalan dari pihak berkuasa. Oleh itu, KPIPM mengambil langkah ini untuk memastikan segalanya berada di dalam keadaan selamat.

Sila pastikan segala kemusykilan dirujuk terus kepada Yang Dipertua KPIPM di talian +2011-7869112 atau +2014-5598458

Monday, January 24, 2011

Minggu Thaqafah : Daurah Kitab Mengisi Masa Terluang Musim Cuti Ini


Assalamualaikum kepada semua warga KPIPM,

Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM akan mengadakan Minggu Thaqafah 2011 dengan Daurah Musim Cuti Penggal Pertama ini. Siri Pertama akan bermula pada 29 Januari hingga 3 Febuari 2011 bersama tenaga pengajar yang tersohor di bumi Anbiya' iaitu:
- As-Sayyid Syeikh Rohimuddin bin Nawawi Al-Bantani
- Al-Fadhil Ustaz Helmi bin Aris
- Al-Fadhil Ustaz Nazrul bin Nasir


Program akan berlangsung di Dewan Syeikh Sya'rawi,Wisma Darul Ridzuan A. Marilah kita bersama-sama hadir bagi mengisi masa lapang di musim cuti ini.

*Senarai kitab dan masa akan dimaklumkan kemudian.

Thursday, January 13, 2011

Alhamdulillah : Nur Hidayatina Bertemu Muhammad Taufiq




KAHERAH, 13 Januari – Malam semalam menjadi sejarah bagi pasangan kembar Muhammad Taufiq bin Muhammad Mujahid setelah Nur Hidayatina diletakkan sementara di dalam Incubator selama 10 hari.

Nur Hidayatina dibenarkan keluar setelah berat badannya meningkat seberat 1.7kg berbanding sebelum ini beratnya hanya 1.5kg.

Kos rawatan keseluruhan masih belum diketahui dan sebarang bantuan dan sumbangan boleh disalurkan kepada Ketua Biro Tabung Kebajikan,Kesenian dan Riadhah,Saudara Amirul Fahmi ditalian 014-6570949 atau Yang DiPertua KPIPM,Saudara Khairul Ashraf ditalian 011-7869112.



Nur Hidayatina juga telah selamat tiba di kediaman kira-kira jam 10.00 malam tadi. KPIPM mengucapkan selamat berbahagia kepada Saudara Mujahid dan isteri bersama cahaya mata mereka. Semoga kehadiran kembar pertama ini menjadikan hidup lebih ceria.

Monday, January 10, 2011

Kronologi Provokasi Penukaran BKKIMM Kepada IMAM


Berikut merupakan kronologi provokasi penukaran Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM) kepada suatu komuniti baru yang diberi nama Ikatan Mahasiswa Anak Melaka (IMAM).







Klik gambar untuk lebih jelas


Sunday, January 9, 2011

Kos Rawatan Kini Mencecah LE 5150.00


KAHERAH, 9 Januari – Pada 3 Januari yang lalu,kita menerima berita gembira dengan kelahiran cahaya mata kembar pasangan Saudara Muhammad Mujahid dan Saudari Shahidatul Akmal. Kedua-dua anak kembar berlainan jantina tersebut telah diberi nama Muhammad Taufiq dan Nur Hidayatina.

Muhammad Taufiq telah dilahirkan dengan seberat 3kg manakala adiknya,Nur Hidayatina pula dilahirkan dengan seberat 1.5kg. Oleh itu,doktor telah menyarankan agar Nur Hidayatina diletakkan di dalam Incubator selepas beberapa jam dilahirkan.


Kos rawatan pula kini sudah mencecah LE5150.00. Oleh itu,kepada sesiapa yang berhajat bagi membantu meringankan beban yang ditanggung oleh Saudara Muhammad Mujahid,bolehlah terus menghubungi Ketua Biro Tabung Kebajikan,Kesenian dan Riadhah,Saudara Amirul Fahmi ditalian 014-6570949 atau Yang DiPertua KPIPM,Saudara Khairul Ashraf ditalian 011-7869112.

Monday, January 3, 2011

Kelahiran Anak Kembar Saudara Mujahid dan Pasangan Menyinari Awal Tahun 2011 KPIPM



Gambar Hiasan

KAHERAH, 3 Januari – Pada pagi tadi,dua orang lagi cahaya mata selamat dilahirkan di hospital Taufiqiah,Kaherah. Menurut saudara Muhammad Mujahid Mohammad Fadzil,isterinya telah selamat bersalin pada kira-kira jam 5.30 pagi tadi.

Menurutnya juga,isterinya,saudari Shahidatul Akmal Mohd Dahalan dan kedua-dua bayi tersebut berada dalam keadaan sihat setelah melakukan pembedahan.

Kos pembedahan bagi melahirkan anak kembar berlainan jantina tersebut telah menelan belanja LE 2500.00. Oleh itu,kepada sesiapa yang ingin menghulurkan bantuan,bolehlah terus menghubungi saudara Amirul Fahmi ditalian 014-6570949.

Semoga kelahiran anak kembar ini menjadi pembuka sinar bagi KPIPM dalam menempuh tahun baru 2011 ini.

Sunday, January 2, 2011

Isu BKAN Melaka : Pertahankan Kesatuan Fokuskan Pelajaran



KAHERAH, 31 Dis - Kehadiran Ketua Menteri Melaka, Datuk Mohd Ali Rustam ke bumi Mesir untuk merasmikan bangunan baru pelajar-pelajar Melaka Mesir menimbulkan persoalan kepada seluruh penuntut Malaysia di sini apabila Ketua Menteri menyuarakan hasratnya untuk mewujudkan persatuan baru yang menaungi anak-anak melaka Mesir iaitu Ikatan Mahasiswa Anak Melaka Mesir(IMAM).

Khabar yang kurang menyenangkan ini sememangnya sedikit sebanyak telah menggangu tumpuan dan konsentrasi pelajar-pelajar Melaka terhadap pelajaran lebih-lebih lagi sekarang ini merupakan waktu terdesak untuk pelajar-pelajar membuat persediaan sempena peperiksaan semesta pertama yang bakal berlangsung beberapa hari lagi.

PMRAM melalui Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa, Saudara Abdul Aziz bin Ali, mengharapkan kepada seluruh warga Melaka Mesir supaya bersabar di atas segala masalah yang menimpa dan terus mempertahankan kesatuan ahli-ahli Melaka di bawah Badan Kebajikan Keluarga Islam Melaka Mesir (BKKIMM).

Jangan jadikan perkara tersebut sebagai sesuatu yang dapat melemahkan dan menjatuhkan semangat dan integriti kita selaku mahasiswa dan mahasiswi Islam yang menuntut di Mesir ini.

Apa yang lebih penting sekarang kepada ahli-ahli Melaka, janganlah mudah menyerah kalah dengan permasalahan yang berlaku ini. Teruskan memberi fokus dan lakukan persiapan sebaik mungkin demi mencapai keputusan yang terbaik dalam peperiksaan nanti.

Sumber : pmram.org

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024 Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2023/2024 KAHERAH, 17 & 18...