Home » » Rabi’ Camp Sempena Mesra 10 Sedang Berlangsung Di Mukhayyam Daim

Rabi’ Camp Sempena Mesra 10 Sedang Berlangsung Di Mukhayyam Daim






20 MAC – Pada jam 5 petang, beberapa orang adhoc kelihatan di Mukhayyam Daim, menyediakan segala persiapan yang diperlukan.

Sesi pendaftaran bermula pada jam 6 malam, dengan pendaftaran program, dan pendaftaran untuk pertandingan karaoke. 10 minit kemudian, para peserta mula mengerjakan Solat Maghrib berjemaah yang diimamkan oleh Ustaz Mohd Naim Asyraf bin Mohd.

Ia diteruskan lagi dengan tazkirah yang juga disampaikan oleh beliau, dengan dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil.

Seterusnya tazkirah kedua disampaikan oleh Ustaz Ammar, dan disusuli dengan sesi taaruf. Ia diselangi dengan taklimat disiplin yang disampaikan ole Ustaz Hanif, selaku Ketua Unit Disiplin.

Sesi taaruf diteruskan sehingga tiba waktu solat fardhu Isya’. Setelah selesai solat secara berjemaah, peserta diberi taklimat tentang Pertandingan Karaoke, yang dikendalikan oleh Ustaz Mohd Zahid bin Abu Bakar dan Ustaz Ibnu Abbas bin Azizuddin.

Taklimat karaoke telah dimulakan dengan cabutan undi untuk peserta karaoke dan disusuli dengan cabutan undi untuk perlawan bola sepak pada keesokan harinya yang dikendalikan oleh Ustaz Zool Ihsan.

Setelah selesai taklimat dan cabutan, pertandingan karaoke dimulakan pada jam 8.18 minit dengan persembahan karaoke oleh Pengarah Program, Ustaz Khairul Jamal dan Yang Dipertua sendiri secara berduet. Slot ini masih berjalan sehingga sekarang.

Program ini dihiasi dengan BBQ di bahagian penonton, yang menambahkan lagi seri slot ini.

Ustaz Mohd Faiz bin Hassan, Ketua Unit Pendaftaran merangkap Bendahari program memberitahu bahawa pendaftaran pada ketika ini sudah mencecah 71 orang.
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger