Thursday, December 14, 2017

BANTAHAN PENGISYTIHARAN BAITULMAQDIS SEBAGAI IBU NEGARA ISRAEL

BANTAHAN PENGISYTIHARAN BAITULMAQDIS SEBAGAI IBU NEGARA ISRAEL

Pengumuman Donald Trump terhadap Al-Quds sebagai ibu negara Israel merupakan suatu ujian ke atas orang-orang beriman. Namun sebaliknya, ia adalah ujian dan badai hebat bagi mereka yang lemah imannya, bahkan mereka akan tunduk menyerah.

Sebelum ini, mereka mengamalkan politik neutral terhadap negara rejim tersebut, malahan ada yang mengikut jejak langkah rejim sedikit demi sedikit. Tindakan itu diibaratkan jika rejim memasuki lubang biawak dhab, mereka juga akan turut sama memasukinya. Hakikatnya, kita sendiri menyedari siapakah yang rela mengikut telunjuk negara haram itu.

Kini sudah tiba masanya menghentikan tangan-tangan mereka yang tidak berperikemanusiaan, menzalimi anak-anak, para wanita dan fakir miskin di khemah-khemah daif. Mereka adalah golongan yang terpaksa berhadapan dengan rejim Zionis dan sekutunya. Bahkan kita melihat orang-orang yang mendiami istana-istana megah serta menara-menara pencakar langit tidak mampu menjadi pemimpin kepada ummah ini.

Justeru, mereka membawa ummah menuju azab dunia, seterusnya menuju azab neraka di akhirat nanti. Pada waktu itu, tiada gunanya penyesalan orang-orang yang berkata: “Wahai Tuhan kami, kami mentaati pemimpin kami lantas mereka menyesatkan kami.”

“Dengan perisytiharan ini, sebenarnya Amerika Syarikat sengaja ingin memporak-perandakan tanah air Palestin dan memberi kuasa lebih meluas kepada Zionis,” katanya.

Baitul Maqdis dan kawasan sekitarnya adalah tanah suci yang tidak boleh dibiarkan kerana ia merupakan sebahagian daripada iman umat Islam.

Semasa pemerintahan Sayyidina Umar al Khattab R.A, beliau telah mengisytiharkan Baitul Maqdis yang melengkari Masjid Al-Aqsa dan kawasan sekitarnya adalah tanah wakaf umat Islam yang wajib dipertahankan sepanjang zaman.

Seluruh umat Islam diseru untuk berdoa dan bermunajat khusus kepada kesejahteraan Al-Quds daripada dinodai oleh musuh Islam.

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

Disediakan oleh : Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2017/2018

Wednesday, December 6, 2017

PENANGGUHAN PROGRAM FASA 1

[PEMAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM FASA 1]

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang

Firman Allah S.W.T yang bermaksud :

“Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu dan orang-orang yang diberikan ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) beberapa darjat
( Surah Al-Mujadilah : ayat 11 )

Alhamulillah, segala puji bagi Allah yang telah mengurniakan kepada kita nikmat Iman dan Islam serta menjadikan kita sentiasa dalam naungan-Nya. Badan Kebajikan Anak Negeri (BKAN) adalah salah satu kesatuan yang telah dibina sekian lama yang berperanan mempersiapkan mahasiswa-mahasiswa Islam yang bersifat siap saga dalam menghadapi tanggungjawab di Malaysia kelak termasuk dalam aspek pendidikan.

Sedia maklum, peringkat pengajian Al-Azhar sesi 2017/2018 akan menghampiri satu fatrah peperiksaan yang bakal berlangsung tidak lama lagi. Mahasiswa/wi juga dalam proses bertungkus lumus dan berusaha menghadiri kuliah, mengulangkaji pelajaran, menghadiri kelas tutorial dan sebagainya bagi memperoleh kejayaan yang cemerlang di dalam peperiksaan.

Sehubungan dengan itu, KPIPM telah memutuskan tarikh 6 Disember 2017 sebagai tarikh penangguhan bagi semua aktiviti dan program di peringkat KPIPM dengan pengecualian program yang berbentuk ilmiah, motivasi dan tarbiah. Hal ini bagi memberi peluang kepada seluruh anak Perak di Mesir melakukan persiapan dan persediaan dalam menghadapi peperiksaan yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Disamping itu, peringkat Kami berharap agar mahasiswa/wi sentiasa menguatkan hubungan dengan Allah S.W.T dan memperbanyakkan doa yang menjadi kunci-kunci kejayaan bagi seorang individu muslim. Peringkat Kami juga berharap anak-anak Perak dapat menjaga kesihatan dan keselamatan sepanjang tempoh menghadapi peperiksaan yang bakal tiba.

Tuntasnya, Kami mendoakan seluruh anak Perak meraih kejayaan yang cemerlang serta dapat memanfaatkan ilmu yang dimiliki kepada masyarakat. Semoga kejayaan yang diperoleh menjadikan kita bertambah ketaqwaan kepada Allah S.W.T.  Siiru ala barakatillah

“Memurnikan pemikiran, Melestarikan kesatuan”

Mohamad Bukhari Ridha bin Mohd Bakri
Yang Dipertua
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir
Sesi 2017/2018

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024 Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2023/2024 KAHERAH, 17 & 18...