22 MAC – Setelah seminggu berprogram, kuliah tetap tidak dilupakan. Satu kempen daripada Biro Pelajaran dan Ilmiah, yang mengajak kepada semua ahli untuk ke kuliah. Tambahan pula kuliah sudah pun bermula secara serius di Universiti al Azhar.
Ustaz Muhammad Firdaus bin Aznan, Ketua Biro Pelajaran dan Ilmiah, berkata bahawa di peringkat AJKT sudah bersetuju untuk menampal jadual kehadiran ke kuliah di papan kenyataan BPI.
Iaitu, setiap ahli yang akan ke kuliah, hendaklah mencatat namanya terlebih dahulu sebelum bertolak ke sana.
Selain itu, beliau juga berpesan supaya aktiviti bertalaqqi, berusrah dan berpersatuan juga harus diteruskan. Ini adalah kesinambungan daripada pendidikan dan tarbiah yang diajar di al Azhar sendiri.
Walaupun al Azhar mengajar kita di dalam kuliah semata-mata, tetapi para masyaikh tidak ketinggalan juga mendidik kita supaya melaksanakan dan mengamalkan ilmu tersebut, katanya.
No comments:
Post a Comment