Monday, October 9, 2017

MAKLUMAN PEMANGKUAN JAWATAN ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2017/2018

MAKLUMAN PEMANGKUAN JAWATAN ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2017/2018

Pemangkuan jawatan adalah seperti berikut :

🔰Ustazah Nurul Izzaty binti Osman
(Ahli Jawatankuasa Badan Penasihat KPIPM sesi 2017/2018)

DIPANGKU OLEH :

🔰 Ustazah Siti 'Aisyah binti Abdullah

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"


JAULAH ILMIAH KE QAL'AH SULTAN SOLAHUDDIN AL-AYUBI

[JAULAH ILMIAH KE QAL'AH SULTAN SOLAHUDDIN AL-AYUBI]

KAHERAH - 7 Oktober 2017, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir telah mengadakan satu aktiviti yang diberi nama JAULAH ILMIAH KE QAL'AH SULTAN SOLAHUDDIN AL-AYUBI. Aktiviti ini di bawah seliaan Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah KPIPM sesi 2017/2018.

   Aktiviti ini telah bermula pada jam 8.00 pagi sebagai waktu berkumpul untuk semua peserta. Bilangan peserta yang menyertai jaulah ini adalah sebanyak 35 orang dan ianya terbuka kepada IKHWAH sahaja. Kemudian, peserta dibahagikan mengikut ketua kumpulan yang telah ditetapkan. Musyrif Penerangan pada jaulah kali ini adalah al-Fadhil Ustaz Mohd Amilrol Anua bin Osman.

   Pelbagai tempat yang menarik telah dilawati pada jaulah kali ini. Antaranya ialah Masjid Ibnu Qalaun, Muzium Tentera, Muzium Polis Negara, Muzium Penjara Istana dan Masjid Mohamad Ali Pasya. Setiap tempat yang dilawati akan diadakan sedikit penerangan dari peringkat Musyrif Penerangan sebagai maklumat tambahan bagi para peserta jaulah kali ini.

   Setelah selesai menziarahi keseluruhan tempat-tempat tersebut, semua peserta telah menjamu selera di kedai makan yang berdekatan. Jaulah ini selesai pada jam 5.00 petang dan para peserta pulang bersama ketua kumpulan masing-masing ke Wisma Darul Ridzuan.

    Akhir sekali, besarlah harapan daripada pihak kami Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2017/20178 agar aktiviti sebegini dapat menambahkan thaqafah serta mengeratkan hubungan silaturahim dan ukhuwah islamiah dalam kalangan ahli Perak di bumi Mesir. Segala kerjasama yang baik daripada semua peringkat sama ada secara langsung atau tidak langsung kami ucapkan jazakumullahu khairan kathira.

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

Disediakan oleh :
Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2017/2018

STURUKTUR ORGANISASI AHLI JAWATANKUASA TADBIR dan AHLI JAWATANKUASA HEWI KPIPM sesi 2017/2018



BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

Sunday, October 1, 2017

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024 Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2023/2024 KAHERAH, 17 & 18...