Home » » Jangan Mencipta Alasan

Jangan Mencipta Alasan


Oleh :
Ustaz Ahmad Ariffin bin Zakariya
Ijazah Sarjana Muda,
Syariah Islamiah
Universiti al Azhar
ex-KPIPM

Kita perlu bersyukur kepada Allah SWT di atas nikmat hidup di dalam persatuan. Walaupun kita tidak sehebat seperti jamaah yang di bentuk oleh Rasulullah SAW, mudahan-mudahan dengan penubuhan persatuan ini dapat memberi kesan kepada perkembangan dunia dakwah pada masa akan datang. Setiap matlamat yang besar tidak dapat di capai dengan sempurna tanpa dilakukan secara berkumpulan.

Sikap tidak mempedulikan persatuan akan menyebabkan diri kita futur dan jauh dari perjuangan Islam, takut-takut akan di tarik oleh musuh pulak untuk di peralatkan demi menghancurkan Islam. Seseorang yang terlibat dengan persatuan dapat membentuk diri menjadi lebih berdisplin di dalam medan masyarakat. Ini kerana, setiap tindakan yang diambil berlandaskan kepada arahan pemimpin dan tidak mengikut idea fikiran sendiri.

Realiti Malaysia pada hari ini cukup membimbangkan. Pelbagai idea yang di cipta oleh yahudi cuba di serapkan kedalam minda umat Islam khususnya. Isu baru-baru ini cuba di letupkan bertujuan memecahkan perpaduan diantara kaum iaitu isu kalimah Allah SWT. Masyarakat hidup sejahtera tetapi tidak aman.

Negara hanya di war-warkan dengan Islam (sejahtera) tetapi tidak diisi dengan roh Iman (aman). Pemisahan politik dan agama sudah lama yang melanda pemikiran anak muda hari ini, kesannya mereka menganggap politik tidak kena mengena dengan mereka. Usah hendak berjuang mengundi pun tak mau.

Maka dengan itu mau tak mau kita perlu melibatkan diri di dalam medan dakwah. Perasaan takut boleh tapi jangan terlalu takut sampai tak keluar bekerja untuk Islam. Malaysia hanya di canang dengan syiarnya yang Islam tetapi tidak melaksanakan syariat Islam. Pemimpinnya sanggup melakukan pelbagai strategi kotor walaupun tergadai prinsip demi terus menongkat dunia.

Marilah sama-sama kita menyumbangkan tenaga demi perjuangan Islam. Walaupun ilmu dan pengalaman tidak sehebat mereka-mereka terdahulu tetapi bukan menjadi alasan tidak terlibat dalam kerja dakwah. Artikel ini di tulis untuk memperingati diri ini dan sahabat-sahabat sekalian. SIIRU A'LA BARAKATILLAH
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger