Saturday, March 20, 2010

Soalan : Zakat Untuk Penukaran Bidang Pengajian


Assalamualaikum,

Saya terlupa untuk bertanya ketika Muhasabah Separuh Penggal sebelum ini. Adakah zakat hanya diberikan kepada ijazah lanjutan sahaja? Sekiranya ingin mengambil bidang lain (Bachelor), adakah masih diberikan zakat?

oleh : ctnuur


Waalaikumsalam,

Zakat MAIAMPk akan diberikan kepada mahasiswa Bachelor dan Master, yang belajar di universiti yang diiktiraf sahaja. Bachelor akan diberikan sebanyak LE 5000, manakala Master sebanyak LE 6000. Master yang diiktiraf setakat ini ialah Universiti Cairo dan al Azhar. Darul Ifta dikira sebagai Bachelor.

Manakala mahasiswa yang ingin meneruskan di Bachelor dengan menukar kos pengajian, tetap akan diberikan zakat sebanyak LE 5000 setahun. Ia dikira mengikut tempoh pengajian.

Contoh :

Seorang mahasiswa lepasan BA Usuluddin, ingin menukar kepada Syariah. Maka beliau akan menerima paling banyak lima kali zakat (4 tahun mustajid + 1 peluang iadah).

Sekiranya menukar kos daripada Usuluddin Hadis kepada Usuluddin Tafsir, maksimum akan diberikan sebanyak 3 kali (2 tahun mustajid + 1 peluang iadah)

Jabatan Setiausaha Agung
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir
2009/2010

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...