Monday, March 26, 2018

LAPORAN AKADEMI PUSAT SUMBER TENAGA (PESAT) SIRI 2

LAPORAN AKADEMI PUSAT SUMBER TENAGA (PESAT) SIRI 2

KAHERAH - Pusat Sumber Tenaga [PESAT] dibawah seliaan Jabatan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2017/ 2018 telah berjaya melaksanakan program PESAT Siri 2 pada 20 Mac 2018 di Dewan Syeikh Sya'rawi, Baitul Rahman. Akademi PESAT pada kali ini membawakan kepada peserta pengisian yang bertajuk “Perisian Microsoft Word dan Pengendalian Mesyuarat” yang telah disampaikan oleh Ustaz Muaaz bin Ramli (Fasilitator KPIPM sesi 2017/2018).

Pembentangan dan gerak kerja berkumpulan ini berlangsung selama 2 jam 30 minit bermula pada jam 9.00 malam sehingga 11.30 malam. Majlis berakhir dengan penyampaian cenderahati kepada pengisi.

Akhir kalam, bersyukur kehadrat Ilahi kerana program PESAT siri kedua ini berjalan dalam keadaan baik dan lancar. Semoga akademi ini dapat menatijahkan aktivis KPIPM yang mempunyai ilmu pengetahuan yang luas dan penguasaan dalam pelbagai bidang. In Shaa Allah.

“Membina Generasi Beraspirasi”

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

Disediakan oleh:
Setiausaha Pusat Sumber Tenaga (PESAT) KPIPM sesi 2017/2018

Sunday, March 18, 2018

MAKLUMAN | PEMANGKUAN JAWATAN AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2017/2018

MAKLUMAN | PEMANGKUAN JAWATAN AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2017/2018
Jabatan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2017/2018

Pemangkuan jawatan adalah seperti berikut :

🔰 Ustaz Khairul Naim bin Abd Razak
(Pengerusi Badan Penasihat KPIPM sesi 2017/2018)

DIPANGKU OLEH:
📍 Ustaz Mohamad Akmal Aliff bin Salleh

🔰 Ustaz Muhammad Hanif bin Abdullah
(Ahli Jawatankuasa Penasihat KPIPM sesi 2017/2018)

DIPANGKU OLEH :
📍 Ustaz Muhammad Ainuddin bin Mohd Ishak

🔰 Ustazah Noor Atiqah binti Noor Hisham
(Ketua Biro Perumahan HEWI KPIPM sesi 2017/2018)

DIPANGKU OLEH :
📍 Ustazah Nur Amni binti Abdl Hamid
( Setiausaha HEWI KPIPM sesi 2017/2018)

#BersamaBersatuJayakanUsulYDP

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

Saturday, March 3, 2018

LAPORAN SIMPOSIUM ILMUAN MUDA 2018 (SOLUSI'18)

LAPORAN SIMPOSIUM ILMUAN MUDA 2018 (SOLUSI'18)

KAHERAH – Simposium Ilmuwan Muda 2018 (SOLUSI'18) anjuran Badan Kebajikan Anak Negeri sesi 2017/2018 telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari bermula pada 24 Februari dan 25 Februari 2018. Antara objektif program ini diadakan adalah untuk melahirkan Ilmuwan muda yang memahami keperluan masyarakat di tanah air, mengukuhkan kefahaman tentang kepentingan kesatuan umat Islam  serta memberi kesedaran kepada mahasiswa tentang kepentingan ilmu thurathi dan pengetahuan kontemporari dengan  bertemakan "Generasi Ilmuwan Pewaris Nubuwwah". Program ini telah disertai seramai 41 orang mahasiswi  dan 42 mahasiswa Perak dan mendapat sambutan yang baik daripada anak-anak Perak sendiri dan juga dari BKAN-BKAN yang lain.

       SOLUSI'18 membuka tirainya dengan Slot pertama iaitu "Eskatologi Menurut Hadis Akhir Zaman", yang disampaikan oleh Syeikh Ali Abdul Basit bin Muzid, Pensyarah Jabatan Hadis dan Ilmu Hadis, Kuliah Banat, Universiti Al-Azhar. Kemudian majlis diteruskan dengan slot kedua  iaitu slot "Siasah Syar'iyyah Dalam Pemerintahan Negara Dengan Aplikasi Maqasid Syar'iyyah"  yang telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Azhar bin Yahya, Penolong Rektor(2) Hal Ehwal Pelajar, KUIZM. Pada sebelah petangnya pula majlis diteruskan lagi dengan slot ketiga yang bertajuk "Kuasa Pemerintahan Islam" yang disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zaharudin bin Muhammad yang merupakan Penasihat Syariah Alliance Islamic Bank.

Seterusnya pada hari kedua, SOLUSI'18 diteruskan lagi dengan slot yang keempat iaitu slot "Muslimat Dan Non-Muslim Dalam Gerakan Islam : Peranan Dan Memperanankan Mereka Dalam Memenangkan Islam Melalui Sistem Demokrasi" pada sesi pagi yang telah disampaikan  oleh Al-Fadhil Ustaz Azhar bin Yahya kemudian diteruskan lagi dengan slot yang kelima, yang merupakan slot terakhir yang bertajuk "Sistem Ekonomi Islam", slot ini telah disampaikan oleh Al-Fadhil Ustaz Zaharudin bin Muhammad.

SOLUSI'18 melabuhkan tirainya dengan Majlis Penutupan yang telah disampaikan oleh dua orang pengisi iaitu Ustaz Azhar bin Yahya dan Ustaz Zaharuddin bin Muhammad. Menerusi SOLUSI'18 ini, banyak sisipan ilmu yang sangat bermanfaat telah disampaikan kepada peserta dan diharapkan seluruh mahasiswa/wi Perak yang berpeluang menyertai Progran SOLUSI'18 ini dapat membuka minda dan memainkan peranan kita selaku agen pengubah masyarakat pada masa akan datang.

"Generasi Ilmuwan Pewaris Nubuwwah"

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN MELESTARIKAN KESATUAN"

Friday, March 2, 2018

LAPORAN PROGRAM PEMANTAPAN DU'AT (PEMANDU) SIRI 1

LAPORAN PROGRAM PEMANTAPAN DU'AT (PEMANDU) SIRI 1

KAHERAH - Program Pemantapan Du’at (PEMANDU) dibawah seliaan Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2017/2018 dan Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2017/2018 telah berjaya menganjurkan Malam Perasmian dan program PEMANDU siri pertama pada 22 Februari 2018 di Dewan Syeikh Sya’rawi, Baitul Rahman. PEMANDU sesi kali ini yang bertemakan “Memperkasa Dakwah, Menyatu Ummah” melibatkan seluruh ahli KPIPM selari dengan objektif yang digaris pada program kali ini iaitu untuk membentuk pemikiran Islam yang syumul dalam kalangan mahasiswa/wi di Mesir.

Program siri pertama bertajuk “Musuh Islam dan Ideologi Mereka” ini diadakan bagi memperkenalkan PEMANDU, memberikan pendedahan berkenaan kepentingan dakwah dan bahayanya serangan pemikiran di zaman sekarang serta memberi penerangan tentang tiga aspek yang perlu dititikberatkan iaitu Fikrah, Sahsiah dan Thaqafah.

Program ini diadakan pada 22 Februari 2018 bersamaan 7 Jamadilakhir 1439H pada hari Khamis selepas Ehya’ al-Jum’ah pada jam 7.30 malam. Program dimulakan dengan pendaftaran peserta dalam kalangan ahli KPIPM daripada ikhwah dan akhawat, peserta juga turut disediakan kertas kerja dengan harga LE 3. Seterusnya dimulakan dengan taklimat disiplin, nyanyian lagu Asma’ul Husna, lagu PMRAM dan lagu tema iaitu “Pemuda Harapan Ummah" dari kumpulan Nasyid Hijjaz pada jam 7.45 malam.

Program diteruskan lagi dengan ucapan Pengarah PEMANDU sesi 2017/2018, Ustaz Mohamad Azri Rusydi bin Mat Zaki dan ucapan perasmian yang disempurnakan oleh Ustaz Mohamad Bukhari Ridha bin Mohd Bakri, Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2017/2018. Seterusnya gimik pelancaran disempurnakan bagi merasmikan pada PEMANDU sesi kali ini.

Selepas itu, program PEMANDU siri pertama ini diteruskan dengan diskusi isu semasa bertajuk “Musuh Islam dan Ideologi Mereka”. Diskusi ini didatangkan dengan dua orang panel yang hebat dalam kalangan ahli KPIPM sendiri iaitu Ustaz Mohamad Nur Hafiz bin Musri merupakan Pengarah Unit Kebajikan BTKKR KPIPM sesi 2017/2018, dan panel kedua ialah Ustazah Hurin Nuur binti Yahya merupakan Ketua Biro Pelajaran dan Ilmiah HEWI KPIPM sesi 2017/2018. Moderator program ini ialah Ustaz Ahmad Azri Fauzan bin Zoolcaphly. Diskusi ini berlangsung selama 2 jam bermula jam 8.30 malam sehingga 10.30 malam. Selepas itu, program diteruskan dengan penyampaian cenderahati kepada ahli panel dan moderator.

Akhir kalam, bersyukur kehadrat Ilahi kerana program PEMANDU siri pertama ini berjalan dalam keadaan baik dan lancar. Pelbagai input-input yang baik dan berguna dapat diterapkan dalam kehidupan setiap ahli KPIPM sekaligus mencapai objektif yang diketengahkan pada siri pertama ini. Sekalung penghargaan diucapkan kepada pihak yang terlibat bagi menjayakan program PEMANDU siri pertama dan diharapkan agar dipermudahkan urusan oleh Allah SWT untuk siri akan datang. In sha allah.

Memperkasa Dakwah, Menyatu Ummah”

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

Disediakan oleh:
Setiausaha PEMANDU BDT KPIPM sesi 2017/2018

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...