Wednesday, March 3, 2010

Mesra 2010 Bakal Diadakan


3 MAC – Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir memberitahu bahawa KPIPM akan mengadakan sebuah program mega pada pertengahan Mac ini.

Beliau yang ditemui di Dewan Nadi Riadhi Hayyu Sadis ketika menyaksikan Futsal Piala Presiden, mengatakan bahawa program mega ini akan menggabungkan beberapa buah program.

Antara program yang digabungkan ialah Jaulah AJKT, Mawaddah Siri 1, Rabi’ Camp, Muhasabah Separuh Penggal dan KPIPM Cup.

Beliau berkata lagi, minggu BKAN yang telah ditetapkan oleh PMRAM, iaitu pada minggu ke 3 setiap bulan, perlu dimanfaatkan sebaik mungkin, dalam menggerakkan KPIPM selaku badan kebajikan.

Beliau berkata lagi bahawa Mesra 2010 ini akan menjadi aktiviti tahunan yang utama bagi KPIPM, dalam penyusunan takwim KPIPM.

Beliau berharap agar semua ahli KPIPM dapat menjayakan program ini, bagi mengeratkan lagi sillaturrahim sesama ahli.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM