Sunday, September 30, 2012

Hari Taklimat & Silaturrahim ( HIKMAT '12) KPIPM




USMB KPIPM 2012

HARI TAKLIMAT & SILATURRAHIM ( HIKMAT '12)
KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR


Hari : Isnin - Rabu
Tarikh : 1 - 3 Oktober 2012
Tempat : Wisma Darul Ridzuan A
"MEMARTABAT KEILMUAN, MEMIMPIN KESATUAN"

"BERILMU, BERAMAL, IKHLAS"

Friday, September 28, 2012

Ehya’ Jum’ah: Aplikasikan Keperibadian Ulama’ kepada Masyarakat



KAHERAH, 27 September - Aktiviti kebajikan bagi anak-anak perak diteruskan lagi. Program munajat bersempena dengan imtihan qabul yang bakal diduduki oleh mahasiswa baru berjalan dengan jayanya. Bertempat di Wisma Darul Ridzuan A, majlis bacaan yasin yang diketuai oleh Saudara Muhammad Noor Helmi Bin Abdul Wahab dan disusuli dengan tazkirah yang disampaikan oleh mantan Presiden Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir sesi 2010, Al-Fadhil Ustaz Shahrizan Bin Mohd Hazime. 

Carta Organisasi Kepimpinan KPIPM sesi 2012/2013



Wednesday, September 26, 2012

Munajat Sempena Imtihan Qabul KPIPM



MUNAJAT SEMPENA IMTIHAN QABUL KPIPM 
( Bacaan Yasin | Solat Hajat )

TAZKIRAH JEMPUTAN BERSAMA: 
Al-Fadhil Ustaz Shahrizan Hazime
( Mantan Presiden PMRAM sesi 2010)

TARIKH   : 27 SEPTEMBER 2012 / 11 ZULKAEDAH 1433H
HARI        : KHAMIS
TEMPAT : DEWAN SYEIKH SYARAWI, 
WISMA DARUL RIDZUAN A 
MASA       : SELEPAS MAGHRIB 

Ayuh bersama-sama kita hadirkan diri! 

"MEMARTABAT KEILMUAN, MEMIMPIN KESATUAN" 


"BERILMU, BERAMAL, IKHLAS"

Tuesday, September 25, 2012

Kalam Rasmi Yang Dipertua KPIPM sesi 2012/2013





Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kesempatan untuk sama-sama kita terus menghirup udara di muka bumi Allah S.W.T Selawat dan salam kita panjatkan buat junjungan besar Nabi Muhammad SAW , barisan pimpinan khulafa’ Ar-Rasyidin, serta ahli keluarga dan kaum kerabat yang telah bersama-sama dalam mendaulatkan Islam sehingga pada hari ini ia diteruskan oleh generasi–generasi pelapis kepada perjuangan yang penuh suci ini.

Monday, September 24, 2012

Pimpinan Turun Padang Dekati Mahasiswa Baru



Kaherah, 22 September 2012- “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu bersaudara.” (Surah Al-hujuraat : 10). Kehadiran Pimpinan KPIPM sesi 2012/2013 ke Wisma Darul Ridzuan B memberi harapan yang menggunung kepada seluruh mahasiswa yang baru sahaja tiba di Bumi Mesir ini. Turut bersama-sama dalam perjumpaan tersebut iaitu Presiden PERUBATAN sesi 2012/2013, Saudara Wan Ahmad Hafizi bin Wan Ahmad Junaidi.


Perjumpaan tersebut adalah bertujuan untuk mengeratkan ikatan persaudaraan dikalangan pimpinan dan mahasiswa baru serta menerangkan serba sedikit mengenai peranan KPIPM di dalam menjaga kebajikan anak-anak Perak di Perlembahan Nil ini.

Saturday, September 22, 2012

PMRAM Gesa Pihak Berwajib Pertingkatkan Keselamatan Negara


22 Sept 2012 - Kebimbangan rakyat Malaysia terhadap keselamatan diri mereka semakin meruncing berikutan peningkatan kadar kes jenayah yang dilaporkan saban hari terutamanya kes bunuh, rompak, ragut dan sebagainya.

Terbaru kes yang dilaporkan akhbar Harian Metro dan Utusan Malaysia, hari ini seorang lelaki warga emas Syeikh Othaman bin Syeikh Bakar, 72 tahun,  yang juga merupakan ayah kepada Saudara Syeikh Firdaus, graduan lepasan Universiti Al-Azhar yang berasal dari negeri Pahang.

Mangsa dilaporkan diculik seminggu yang lepas dan penemuan tengkorak, gigi palsu serta kopiah semalam oleh pihak polis dipercayai mempunyai kaitan dengan kehilangan warga emas terbabit.

Program Ehya’ Jum’ah Diteruskan Lagi



KAHERAH, 20 Sept - Dalam usaha melahirkan generasi mahasiswa Islam yang berkualiti, Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013 sekali lagi meneruskan kesinambungan program Ehya’ Jumaah  dibawah kelolaan Biro Dakwah dan Tarbiah yang merupakan program mingguan yang masih dikekalkan sejak bertahun lamanya  yang melibatkan seluruh mahasisiwa anak perak yang menuntut di bumi Mesir ini.

Friday, September 21, 2012

KPIPM Menyambut Baik Ketibaan Mahasiswa Baru




Kaherah, 21 September 2012 - Ketibaan mahasiswa baru sesi 2012 disambut baik oleh Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir. Seramai 16 orang mahasiswa dan 6 orang mahasisiwi baru di kalangan mahasiswa pengajian Islam dan sains kesihatan yang selamat tiba di Perlembahan Nil ini.

Mereka bertolak dari Malaysia pada 14 September 2012 jam 10.20 pagi sebelum transit sebentar di Qatar. Mereka selamat tiba di Lapangan Terbang Kaherah, Mesir pada jam 5.15 petang (waktu Mesir) bersama pengiring daripada Majlis Agama Islam Perak (MAIPk), Ustaz Wan Abdul Halim Bin Mohd Amin.


Thursday, September 20, 2012

MAP 2 STREET: 2 syahid dalam serangan pesawat pengintip di Rafah


SEMENANJUNG GAZA - 2 orang penduduk Palestin syahid (terkorban) malam ini akibat diserang pesawat pengintip zionis tanpa juruterbang di pertengahan bandar Rafah, selatan Semenanjung Gaza.
SAFA: Jip yang musnah
Menukil dari agensi berita Palestin, SAFA dan PALTIMES menyebut 2 orang penduduk Palestin syahid, manakala seorang lagi kritikal apabila pesawat pengintip melancarkan dua serangan peluru misil ke atas sebuah jip jenis Toyota model 'HILUX' warna putih yang bergerak berhampiran stesen minyak Abu Taha di Hayyu Al-Janinah, pertengahan bandar Rafah.

Wednesday, September 19, 2012

AL-ARQAM : Di Sebalik Tabir



PENGENALAN
Al Arqam merupakan gerakan agama di Malaysia yang diasaskan oleh  Ustaz Ashaari Muhammad bersama beberapa orang sahabat beliau pada tahun 1968 di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur. Ia juga dikenali sebagai Jamaah Aurad Muhammadiah  dan telah mengembangkan pengaruhnya dikalangan berbagai lapisan masyarakat Islam di seluruh Malaysia.  Ajaran-ajaran Al-Arqam mendapat sambutan sebilangan masyarakat yang menganggapnya sebagai sebuah badan dakwah yang unggul sebelum ia dianggap sesat dan diharamkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan pada Ogos 1994. Kumpulan ini menyebarkan kegiatan dakwah Islam melalui bidang pendidikan, penerangan, penerbitan, perusahaan,perniagaan, perubatan, dan pertanian.
 Pengasasnya Ustaz Ashaari Muhammad adalah bekas seorang guru Agama yang berkelulusan Sekolah Menengah Maahad Hisyamuddin, Kelang Selangor dan meninggal dunia di Hospital Ipoh pada 13 Mei 2010 akibat jangkitan paru-paru. Jenazah beliau telah dibawa ke Rembau, Negeri Sembilan selepas solat jenazah di Ipoh.

SEJARAH
Nama Al-Arqam diambil daripada nama sahabat Nabi, Arqam bin Abi Arqam. Bermula dengan 10 hingga 12 orang ahli Al-Arqam pada tahun 1968, kemudian bertambah kepada 40 orang ahli (1976).

STATISTIK SYUHADA' YANG GUGUR AKIBAT KEKEJAMAN REJIM BASYAR DAN SEKUTUNYA DI SYRIA.



Statistik syuhada' yang gugur akibat kekejaman rejim Basyar dan sekutunya di Syria.

Dalam tempoh 546 hari, iaitu bermula hari kebangkitan sehingga tarikh 13 September 2012, lebih 31 168 orang syuhada' yang gugur dilaporkan.

Catatan syuhada' tertinggi adalah di wilayah Homs iaitu sebanyak 7797 orang dan diikuti wilayah Dimasyq iaitu sebanyak 5584 orang.

Aleppo - 2938
Alraqqah - 91
Alhasakeh - 98
Idlib - 4422
Latakia - 568 '
Hama - 2975
Dair Ezzour - 1985
Tartous - 75
Homs - 7797
Damascus - 1561
Ibu kota Damascus - 5584
Daraa - 3022
Qunajtra - 38
Alsuwaida - 14

Sumber : Statistik syuhada' yang gugur akibat kekejaman rejim Basyar dan sekutunya di Syria.

Dalam tempoh 546 hari, iaitu bermula hari kebangkitan sehingga tarikh 13 September 2012, lebih 31 168 orang syuhada' yang gugur dilaporkan.

Catatan syuhada' tertinggi adalah di wilayah Homs iaitu sebanyak 7797 orang dan diikuti wilayah Dimasyq iaitu sebanyak 5584 orang.

Aleppo - 2938
Alraqqah - 91
Alhasakeh - 98
Idlib - 4422
Latakia - 568 '
Hama - 2975
Dair Ezzour - 1985
Tartous - 75
Homs - 7797
Damascus - 1561
Ibu kota Damascus - 5584
Daraa - 3022
Qunajtra - 38
Alsuwaida - 14

Sumber : Rakyat Malaysia Bersama Revolusi Syria

Makluman Pemangkuan AJK HEWI & Badan Penasihat KPIPM sesi 2012/2013



Pemangkuan jawatan Ahli Jawatankuasa Hewi dan Anggota Badan Penasihat Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2012/2013 berikutan kepulangan ke Malaysia.

Maklumat pemangkuan adalah seperti berikut :-

1) Penyandang
SITI MUSFIRAH BINTI SHAHARI @ HJ. ABDULLAH
( KETUA BIRO PERHUBUNGAN, SAMBUTAN DAN REHLAH HEWI)

 dipangku oleh                      
NOR ATIQAH BINTI HAMDAN
( SETIAUSAHA HEWI)

2) Penyandang
Norazura Binti Rahim
( AHLI JAWATANKUASA BADAN PENASIHAT)

 dipangku oleh                      
SITI SALAMAH BINTI HAMZAH
( AHLI JAWATANKUASA BADAN PENASIHAT)

Semoga dengan makluman ini mendapat perhatian yang sewajarnya daripada semua pihak bagi melancarkan lagi agenda dan gerak kerja kita bersama.

" MEMARTABAT KEILMUAN MEMIMPIN KESATUAN "

" BERILMU BERAMAL IKHLAS”

Ahli Jawatankuasa HEWI KPIPM 2012/2013


Ahli Jawatankuasa Tadbir KPIPM 2012/2013


Sunday, September 16, 2012

Filem : Innocence of Muslims



Filem berjudul Innocence of Muslims ini telah dihasilkan sepenuhnya oleh Sam Bacile, seorang pengarah fielm berketurunan Israel Amerika. Filem tersebut menelan belanja sebanyak USD5 juta dibiayai oleh 100 orang penderma Yahudi. Trailer filem tersebut juga telah dimuat naik di dalam Youtube.

Video tersebut telah menghina Baginda Nabi s.aw. dengan mewatakkan Baginda s.aw. Sebagai seorang lelaki yang ‘gila perempuan’. Bukan itu sahaja, bahkan individu yang terlibat dalam menghasilkan video ini turut menghina al-Quran dan para sahabat. Ianya sebagai paparan menggambarkan Islam sebuah agama ‘kebencian’.
Filem yang melabel Nabi Muhammad s.aw. Dengan melakonkan watak dengan menggambarkan baginda sebagai seorang yang ‘fraud, a womanizer and a madman’ (penipuan, kasanova dan gila) telah mencetuskan kemarahan umat Islam di bkebanyakan negara timur tengah. Rakyat Mesir juga dilaporkan telah mengadakan perarakan beramai-ramai ke kedutaan US di Kaherah dengan laungan “Say it don’t fear. Their ambassador must leave”.

"Times of Israel" melaporkan filem ini juga merupakan kempen daripada pelampau anti-Muslim Egyptian Christian di United States. Ianya antara agenda-agenda musuh Islam untuk menyebarkan Islamophobia dikalangan masyarakat antarabangsa dan memicu permusuhan serta konfrantasi terhadap Islam.

"Kita dibenarkan mengekspresikan pendapat, kebebasan untuk melakukan protes secara aman yang dijamin undang-undang tanpa menyerang harta milik individu atau kerajaan, misi diplomatik atau kedutaan," kata Presiden Mursi dalam sebuah kenyataannya yang disiarkan dalam media elektronik Mesir selepas berlakunya beberapa insiden di Mesir dan Libya.

RESPON MANHAL PMRAM TERHADAP FILEM MENGHINA RASULULLAH S.A.W

1. Islam merupakan agama yang sentiasa mempromosi keamananan dan keharmonian beragama bahkan Islam mengajar umatnya tidak melakukan penghinaan bersifat keagamaan. Ini sebagaimana firman Allah : "Janganlah kamu mencela (tuhan-tuhan) yang mereka seru selain daripada Allah, lantaran itu mereka mencela Allah kerana permusuhan tanpa sebarang ilmu”. (Al-An’aam: 108)

2.  Menggambar watak Rasulullah s.a.w. adalah merupakan pembohongan kepada Baginda. Ianya dilarang dalam agama dan menyakiti hati Rasulullah S.A.W.  serta para rasul-rasul yang lain. Nabi s.a.w. pernah bersabda : “Sesiapa yang berbohong ke atasku dengan sengaja maka hendaklah dia menempati tempatnya di dalam neraka. (Bukhari & Muslim).

3. Masyarakat dunia digambarkan tentang sesuatu yang salah terhadap Islam dan penganutnya. Ianya bagi menimbulkan fenomena Islamophobia dikalangan masyarakat dunia serta mewujudkan penentangan terhadap Islam.

4. Mengalihkan pandangan masyarakat Islam dan masyarakat dunia secara umum terhadap konflik dan isu-isu semasa yang sedang berlaku sekarang seperti isu Palestin, Syria, Rohingya dan lain-lain.

Justeru, pihak MANHAL menyeru kepada semua yang beragama Islam untuk bangkit dan membantah setiap perkara yang menghina dan mengotori Islam berdasarkan rentetan isu yang berlaku ini. Bahkan isu penghinaan terhadap Rasulullah s.aw. bukanlah suatu yang baru. Ianya merupakan rancangan Yahudi dan musuh-musuh Islam untuk menyentuh sensitiviti umat Islam seluruhnya.

Apa yang penting, kita fahami isu dan sentiasa peka serta pantas bertindak dalam konteks membela Islam sebagaimana janji para sahabat ketika bersama dengan Nabi s.a.w.


"Membentuk Dengan Acuan Al-Azhar"

"Memartabat Keilmuan Memipin Kesatuan"


Disediakan oleh :
Muhammad Zuhairi bin Zainal Abidin
Ketua Badan Pengetahuan dan Penyelidikan PMRAM 2012

Wednesday, September 12, 2012

KPIPM Menyokong HEP Johor Membuat Pertemuan Dengan PMRAM



KAHERAH, 11 Sept – Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir pada hari ini melahirkan rasa dukacita ke atas tuduhan yang telah dibuat oleh Pegawai Hal Ehwal Pelajar (HEP) Johor terhadap Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM).

Pihak Pegawai HEP Johor telah mengaitkan pihak PMRAM mengadakan program di rumah Johor bersama-sama Badan Kebajikan Pelajar Johor Mesir (BKPJM) sekitar Ogos yang lalu.

Tuduhan tersebut juga telah dibuat melalui surat rasmi yang dikeluarkan oleh pihak pejabat HEP Johor, bertarikh 27 Ogos 2012 dan dihantar kepada Yang Dipertua BKPJM.

Isi kandungan surat tersebut telah menyenaraikan beberapa program BKPJM yang telah mengaitkan dengan pihak PMRAM dan pihak Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir (PMRAM) hari ini menafikan tuduhan tersebut.

Antara program yang dikaitkan penganjurannya dengan PMRAM ialah :

1- Kelas Menjahit untuk pelajar Johor
2- Diskusi Kitab
3- Badar Kubra
4- Sambutan Aidilfitri Anak-anak Johor
5- Solat Hajat BKPJM

PMRAM dengan tegas menyatakan bahawa  program-program tersebut tiada kaitan penganjurannya bersama PMRAM. Program tersebut adalah sepenuhnya di bawah penganjuran BKPJM.

Pihak KPIPM menyokong dan mendesak agar Pegawai HEP Johor mengadakan pertemuan bersama PMRAM bagi menyelesaikan masalah-masalah yang timbul.

Semoga dengan perbincangan ini dapat membuahkan hasil yang baik bagi mendapatkan keharmonian dalam meneruskan kerjasama di masa akan datang.

Thursday, September 6, 2012

Ahli Keluarga Dilarikan Ke Mesir, Mohon Bantuan Siswa Siswi

(gambar : isteri dan anak-anak Encik Zawawi Aman yang telah dilarikan)


KAHERAH, 4 Sept 2012 - Seorang mangsa yang kehilangan isteri dan empat anaknya telah tiba ke bumi Mesir bagi menjeaki ahli keluarganya yang telah dilarikan. Menurut mangsa, Encik  Zawawi bin Aman adalah  melaporkan bahawa beliau telah kehilangan keluarganya yang dilarikan oleh kumpulan Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB ) pd 8 Julai 2011. Tambah beliau lagi, isteri dan anak-anaknya disahkan telah dibawa lari ke Mesir.

Beliau berkesempatan meluahkan nasib malang yang menimpa beliau kepada Presiden PMRAM 2012, saudara Abdul Aziz Bin Ali di Rumah Terengganu, Hayyu 'Asyir pada 30 Ogos yang lalu. Beliau telah berada di Mesir sejak 25 Ogos untuk mencari ahli keluarganya yang telah dilarikan.

Menurut apa yang diceritakan, beberapa laporan telah di buat  kepada pihak polis berkenaan kes kehilangan isteri dan anak-anaknya sejak setahun lalu. Kes ini juga mendapat liputan akhbar dan media TV3 namun belum menemui sebarang hasil.

Isteri dan anak-anak beliau yang dilarikan pada awalnya dikhabarkan berada di Bait Hasanah milik GISB di Hayyu Sabi’, Kaherah. Namun malangnya setelah dua orang saudara beliau yang cuba mengesan terlebih dahulu isteri dan anak-anaknya di Bait Hasanah mendapati ahli keluarganya tidak lagi berada di sana.

Beliau menguatkan semangat pergi seorang diri ke Bait Hasanah beberapa hari kemudian, namun jawapan yang diterima tetap sama dan pihak Bait Hasanah tidak memberikan sebarang maklumat. Pada 3 September 2012, sekitar jam 3 petang sekali lagi beliau menuju ke Bait Hasanah dengan membawa dua orang kenalan Arab Mesir dengan harapan dapat mendesak pihak Bait Hasanah memberikan maklumat ke mana isteri dan anak-anaknya telah dilarikan.

Akhirnya pihak Bait Hasanah yang diwakili  Omar Zaki memberitahu kepada beliau, bahawa isteri dan anak-anak beliau kini berada di Mekah dan mereka meninggalkan Bait Hasanah sebelum menjelang Aidilfitri baru-baru ini.
  
Namun menurut beliau, "bagaimana mungkin anak isteri saya selain Qutaibah(anak lelaki sulung, 19 thn) boleh ke Mekah menjelang Aidilfitiri sedangkan visa umrah sudah ditutup sejak 15 Ramadan?"

Menurut beliau berdasarkan sumber yang dipercayai hanya Qutaibah, anak lelaki sulung beliau sahaja yang ke Mekah bersama kawan-kawannya. Justeru, dimanakan isteri dan empat orang lagi anak beliau yang dilarikan oleh pihak GISB.

PMRAM menyeru kepada seluruh mahasiswa mahasiwi yang mempunyai maklumat mengenai isteri dan anak-anak beliau yang dilarikan agar menghubungi pihak PMRAM atau terus berhubung kepada Encik Zawawi bin Haji Aman di talian  +6016-2633649 / +6013-3331120 / +20111-8878254 atau email : zawawi_aman@yahoo.com.my  atau di facebook : Zawawi Aman.

Semoga usaha Encik Zawawi Bin Hj Aman dipermudahkan oleh Allah SWT, dan isteri serta anak-anaknya kembali ke pangkuannya.

Sumber : pmram.org

Mesyuarat Agung Tahunan KPIPM 16 September Ini


Malam Pengenalan Calon




Semua Calon Menang Tanpa Bertanding

                                                     [ Calon-Calon AJKT KPIPM ]


                                              [ Calon-Calon AJK HEWI KPIPM ]

Sunday, September 2, 2012

BKPJM Dan BKPJJ Bekerjasama Dalam Isu Zakat




JOHOR, 30 Ogos 2012 - Badan Kebajikan Pelajar-Pelajar Johor di Mesir (BKPJM) telah mengadakan pertemuan bersama dengan Badan Kebajikan Pelajar Johor Jordan (BKPJJ) bertempat di Larkin. Pertemuan ini membincangkan tentang isu zakat pelajar-pelajar Johor di Mesir dan juga di Jordan.

Pihak BKPJM telah diwakili oleh saudara Syed Miftahul Ulum bin Syed Mustafa Kamal selaku Penasihat BKPJM sesi 2011/2012 bersama dua orang ahli iaitu saudara Muhammad Syuaib bin Sangkrah dan saudara Muhammad Syafie bin Musni. Manakala wakil dari BKPJJ pula ialah Yang DiPertua BKPJJ, Saudara Hanif Hamdan dan seorang ahli BKPJJ, Saudara Mohd Hafizuddin Syah.

Perjumpaan selama satu jam ini telah meghasilkan sebuah resolusi bersama iaitu BKPJJ dan BKPJM bersetuju untuk membawa perkara ini ke peringkat Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) untuk diambil perhatian. Pihak BKPJM dan BKPJJ akan bertemu dengan pihak MAIJ dalam waktu yang terdekat ini.

Kami diperingkat BKPJM mengucapkan ribuan terima kasih kepada pihak BKPJJ di atas segala kerjasama yang diberikan. Semoga segala usaha dan gerak kerja yang dibuat demi menjaga kebajikan ahli-ahli Johor dipermudahkan oleh Allah SWT.

Sumber : aljauhar-berita

BKPJM Menggesa Hep Membuka Pintu Dewan APJ Raba'ah



Assalamualaikum WBT.

Alhamdulillahi rabbil alamin, wassolatu wassalamu ala Sayyidina Muhammad, wa ala alihi wasahbihi ajmain. Amma ba’d.

Pada 28 Ogos 2012, pintu Dewan APJ Rabaah telah dikunci oleh pihak HEP. YDP BKPJM sendiri menerima panggilan daripada pembantu Pegawai HEP Johor Mesir, Saudara Firdaus Bin Omar memaklumkan perkara tersebut dengan alasan BKPJM mengadakan program tanpa kebenaran.

Semua telah sedia maklum, Asrama Pelajar Johor Rabaah ialah harta wakaf hasil kutipan Saham Wakaf Majlis Agama Islam Johor(MAIJ). Kutipan dibuat oleh MAIJ manakala urusan pencarian dan pembelian bangunan dijalankan oleh BKPJM dengan kerjasama Kedutaan Besar Malaysia Kaherah. 

Disebutkan dalam Web Rasmi e-Wakaf MAIJ bahawa “Bangunan asrama ini  lengkap dengan pelbagai kemudahan antaranya ruang belajar dan muzakarah”, tetapi ruang belajar dan bermuzakarah di Dewan APJ Rabaah telah dikunci oleh HEP, menyukarkan pelajar untuk mengadakan kelas tafaqquh. 


  
BKPJM secara tegas menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan tindakan pihak HEP mengunci Dewan APJ Rabaah seterusnya menghalang anak-anak Johor, khususnya penghuni APJ Rabaah untuk solat dan mengimarahkan harta wakaf tersebut. Tiada lagi azan berkumandang di APJ Rabaah, tiada lagi alunan ayat suci Al-Quran dialunkan dan tiada lagi kemeriahan dewan itu dengan Kelas Tafaquh yang dianjurkan BKPJM, ini semua gara-gara tindakan HEP mengunci Pintu Dewan APJ Rabaah.

Dalam menghadapi perkara ini, YDP BKPJM merancang untuk berjumpa dengan pihak Pegawai HEP Johor Mesir, Haji Muhammad Husni Tamrin Bin Md Sharif, untuk meminta beliau membuka semula pintu dewan tersebut. BKPJM mengharapkan kerjasama sebaiknya dari pihak HEP dan bukannya dolak-dalih atau mengelak dari mengadakan perbincangan.

Sekian, terima kasih.

Wassalamualaikum wbt.

Muhammad Yazid Bin Hanzir
Yang DiPertua,
Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor di Mesir
2011/2012.


Nantikan Kemunculannya


LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024 Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2023/2024 KAHERAH, 17 & 18...