Friday, March 19, 2010

Muzakarah Berkelompok Berjalan Seperti Biasa


19 MAC – Seperti biasa, Hari Jumaat adalah hari usrah, atau lebih dikenali dengan Muzakarah Berkelompok di peringkat PMRAM, BKAN dan DPM. Walaupun program mega diadakan, muzakarah berkelompok tetap dijalankan sepertimana yang telah dijadualkan.

Kesemua muzakarah berkelompok di peringkat akhawat kesemuanya diadakan pada siang hari. Manakala beberapa muzakarah berkelompok ikhwah, diadakan sehingga ke malam hari.

Ibnu Abbas bin Azizuddin memberitahu bahawa hari Jumaat telah dikosongkan daripada sebarang program walaupun program yang sedang berjalan adalah hari keluarga.

Ini disebabkan saranan daripada pihak PMRAM sendiri untuk memperkasakan tarbiah. Beliau berharap agar semua ahli dapat memberikan komitmen dalam muzakarah berkelompok ini.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM