Thursday, August 30, 2012

Hantar Borang Pendaftaran Pelajar Ke Universiti Al-Azhar Kepada Education Malaysia Egypt (EME)



Perhatian kepada para pelajar Negeri Perak yang tidak berjaya dalam Imtihan Qabul (ujian saringan) ke Universiti al-Azhar sebelum ini, anda boleh boleh dapatkan borang permohonan dan pendaftaran pelajar ke Universiti Al-Azhar  dengan membuat muat turun borang di pautan ini {borang Permohonan Dan Pendaftaran Pelajar Ke Universiti Al-Azhar }

Berdasarkan maklumat terkini yang diterima, pemohon boleh mengisi borang tersebut dan menyerahkan kepada Education Malaysia Egypt (EME) ketika tiba di Mesir. Pemohon dikehendaki tiba dan menyerahkan borang kepada Education Malaysia Egypt (EME) sebelum 10 september ini. Pemohon juga diingatkan supaya membawa bersama setiap dokumen yang tertera di dalam borang tersebut ke Mesir.


Justeru, Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) berharap kepada seluruh pemohon agar mengambil perhatian terhadap perkara diatas. Sebarang maklumat berhubung urusan penerbangan dan lain-lain boleh merujuk kepada Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) melalui wakil Us. Fadhli Baharom di talian +60195739316 dan wakil KPIPM di Mesir saudara Mohamad Ainuddin Bin Ishak. Pengarah Unit Sambutan Mahasiswa Baru (USMB) di talian +201146626390 

Monday, August 27, 2012

Kenyataan Rasmi Berkenaan Isu BKPJM



Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang

Segala puji bagi Allah yang telah memberikan kesempatan untuk sama-sama kita terus menghirup udara di muka bumi Allah S.W.T .

Perjuangan menegakkan agama Allah SWT adalah satu tugas yang mencabar, memerlukan kepada kesabaran. Pengorbanan pula adalah sangat-sangat dituntut. Dan perjuangannya penuh dengan mehnah dan tribulasi.

Maka Islam telah menetapkan jiwa-jiwa yang berjuang di dalam perjuangan yang penuh suci ini, akan diganjari pahala dan syurga yang berlipat kali ganda malah akan kekal untuk selama-lamanya.

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah,

Baru-baru ini, sekali lagi terdapat cubaan tangan-tangan kotor yang cuba untuk merosak dan merobek kesatuan yang telah terbina selama ini.

Kali ini, tangan-tangan ini cuba menguji keutuhan kesatuan Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Di Mesir.

Sejak kedatangan 2 pegawai HEP Johor ke Mesir pada 2011, bermulalah bibit-bibit penafian hak terhadap anak-anak Johor di Mesir, khususnya kepada BKPJM.

Persoalan mula timbul apabila tujuan asal penghantaran pegawai tersebut adalah untuk menjaga kebajikan dan pendidikan mahasiswa/wi Johor.

Namun, malang sekali kedatangan tersebut bukanlah bagi melahirkan mahasiswa/wi yang cemerlang dari semua aspek, malah ianya menjadi penghalang kepada usaha-usaha mendidik dan membentuk jatidiri mahasiswa/wi yang sebenar.

إِنَّمَا الْمُؤْمِنُونَ إِخْوَةٌ فَأَصْلِحُوا بَيْنَ أَخَوَيْكُمْ وَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ


Sesungguhnya orang-orang beriman itu bersaudara. Sebab itu damaikanlah (perbaikilah hubungan) antara kedua saudaramu itu dan bertakwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat.” (Al-Hujurat: 10)

Daripada firman Allah S.W.T ini, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir terpanggil di dalam isu yang melibatkan Badan Kebajikan Pelajar-pelajar Johor Di Mesir ini. Tambahan pula KPIPM adalah PMRAM Cawangan Zon C bersama-sama dengan BKPJM.


Saya selaku Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2011/2012 melahirkan perasaan dukacita di atas tindakan yang dilakukan oleh tangan-tangan kotor ini.

Diharapkan laungan “Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan” bukanlah satu laungan retorik semata-mata.

Didoakan agar seluruh pembantu agama Allah S.W.T akan diberikan pertolongan olehNya iaitu redha Allah S.W.T. Sesungguhnya Islam itu tinggi dan tiada lebih darinya (Islam).



BERILMU, BERAMAL, IKHLAS

MOHAMMAD OMAR BIN ADAM
Yang DiPertua
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2011/2012

Saturday, August 18, 2012

Mahasiswa Azhari Penyambung Perjuangan Rasulullah S.A.W




Kegemilangan Islam yang termaktub dalam helaian sirah ketika zaman baginda S.A.W adalah suatu bukti yang hebat bagi perjuangan Nabi Muhammad S.A.W dimana tercatat di lembaran sejarah Islam. Kita dapat jelajahi bagaimana ujian demi ujian yang melingkari di setiap rangkaian dakwah Baginda sehingga Baginda berjaya mengislamkan umat jahiliyah walaupun tanpa mewasiatkan kesenangan, kekayaan dan keselesaan. Masa banyak mengheret beberapa ketamadunan yang unggul tersembam ke bumi. Sebelum kebangkitan Baginda S.A.W lagi sudah banyak terbina kesan-kesan peninggalan daripada ketamadunan dahulu seperti piramid dan Taj Mahal. Bahkan semuanya adalah kesenangan sementara bagi umat dahulu hatta umat Islam di Cordova dan Istanbul.

Islam menyarankan ketamadunan itu sesuatu yang dicita-citakan tetapi semua perkara itu perlu dikuasai oleh umat Islam mengikut garis panduan dari syariat Islam sebagai wasilah untuk mencapai apa yang diinginkan. Perkara yang perlu dicita-citakan adalah redha Allah S.W.T, yang perlu diwarisi dan dicari adalah peradaban budi pekerti dan ilmu ukhrawi yang tonggaknya adalah taqwa di atas segalanya. Contohnya keselesaan, kekayaan dan kesenangan bukanlah cita-cita atau wasiat daripada Rasulullah S.A.W. Ia cuma wasilah untuk mendapat redha Allah Taala.

Sedarlah wahai saudara-saudaraku yang dikasihi, kedatangan kita ke bumi Mesir ini bukan hanya sekadar “melepaskan batok di tangga”, tetapi menggalas satu tanggungjawab yang berat untuk cuba menjadi dae’i dan murabbi yang akan merubah segala kepincangan dan meleraikan segala kekusutan yang berlaku di dalam masyarakat kita di Malaysia.

Para pejuang Allah sekalian, kita diamanahkan oleh Allah S.W.T untuk mengimarahkan bumi ini dengan menyeru perkara kebaikan, mencegah kemungkaran serta menyeru manusia beriman kepada Tuhan sekalian alam. Di samping itu, bulan Ramadhan ini kita dapat mengaplikasikan amar maaruf nahi mungkar sebagai sedekah sebagaimana mafhum daripada Rasulullah s.a.w bahawa amar maaruf adalah antara sedekah seorang muslim kepada saudaranya.

Manusia dengan sendirinya tidak mampu untuk melakukan semua perkara dalam satu masa tetapi dengan wujudnya kesatuan manusia maka setiap manusia itu boleh mendapat pelbagai manfaat dan kebaikan dalam satu masa, inilah kelebihan Islam. Justeru itu, islam menggalakkan hamba-hambanya saling nasihat-menasihati antara satu sama lain. Maka, amar maaruf nahi mungkar adalah wajib terhadap seseorang individu yang melihat kemungkaran. Marilah mengislah diri sendiri dan mengislahkan orang seperti ungkapan Imam As-syahid kita.

Oleh itu, marilah sama-sama kita menuntut ilmu dengan bersungguh-sungguh bagi memenuhi harapan masyarakat terutamanya di Malaysia yang terpundak di bahu kita sebagai seorang mahasiswa Al-Azhar. Justeru itu, gunalah segala kesempatan yang Allah S.W.T kurniakan kepada kita agar kita tidak menyesal di kemudian hari tanpa bekalan yang cukup untuk mendepani suasana masyarakat yang ada pada hari ini.


Monday, August 13, 2012

Penyerahan Memorandum Bantahan Kepada Pegawai HEP Perak



KAHERAH, 7 Ogos 2012 -Satu perjumpaan telah diadakan  antara mushrif/ah Wisma Darul Ridzuan dan kepimpinan KPIPM  bersama Encik Abdul Muhaimin Bin Abdul Majid, Pegawai Hal Ehwal Pelajar(HEP) Perak Mesir.  Pertemuan yang diadakan selepas solat zohor itu berlangsung di Pejabat HEP Perak . Perjumpaan yang bertujuan membawa suara ahli bilik masing-masing dalam isu pemasangan wireless oleh pihak Pejabat HEP.

Sebelum itu, pihak KPIPM telah menganjurkan liqa’ mahabbah diantara wakil kepimpinan KPIPM bersama penghuni setiap bilik Wisma Darul Ridzuan. Antara tujuan diadakan ialah bagi mendengar permasalahan ahli, membincangkan isu pemasangan wireless dan menerima segala cadangan.  Borang culaan dan Risalah Biah solehah turut diedarkan untuk mendapatkan respon ahli berhubung peraturan wisma dan  biah solehah.


Pihak KPIPM telah membuat penilaian hasil culaan berhubung isu yang berlaku setelah mendapatkan respon setiap penghuni Wisma Darul Ridzuan. Seramai 87 orang penghuni terkini di kedua-dua wisma dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi.

1.         Tahap  Biah Solehah dalam Wisma Darul Ridzuan

Cemerlang :           5.8 %( 5 orang )
Baik                :           48.2%( 42 orang )
Memuaskan :           23.0%( 20 orang )
Lemah                        :11.5% ( 10 orang )
Tiada respon :           11.5% ( 10 orang )

2.         Tahap Komitmen ahli terhadap usul MAT yang telah diputuskan “Membenarkan Penggunaan Komputer di Wisma Darul Ridzuan dengan syarat tertentu manakala internet di tempat yang dikhususkan”

Cemerlang :           29.9%( 26 orang )
Baik               :           39.1%( 34 orang )
Memuaskan :           10.3%( 9 orang )
Lemah                        :9.2%( 8 orang )
Tiada respon :           11.5% ( 10 orang )

3.         Membenarkan penggunaan internet dalam bilik

Ya                    :           26.4 %( 23 orang )
Tidak            :           61.1%( 54 orang)
Tiada respon             :11.5%( 10 orang)

Antara penegasan yang dibuat ketika petemuan bersama pegawai HEP  berlansung adalah menghentikan kemudahan wireless serta merta sehingga berlaku perubahan dalam keputusan Mesyuarat Agung Tahunan(MAT) akan datang.


Namun, apa yang dikesali adalah tiada sebarang pertimbangan akan dibuat oleh pegawai HEP berhubung tindakannya dan akan terus mengekalkannya. Beliau menambah, jika pihak KPIPM mahu bertegas dalam menjayakan usul, maka boleh memanjangkannya kepada pihak MAIPk dan kerajaan Negeri Perak.

Pada sudut yang lain , beliau tetap bertegas melaksanakan tindakan walaupun bertentangan dengan kehendak pelajar dan meraikan sekelompok kecil yang bersetuju  dengan tindakannya.

Antara cadangan yang diutarakan oleh mushrif ialah menghadkan penggunaan kemudahan wireless pada tempat yang dikuhususkan sahaja iaitu di aras bawah Wisma Darul Ridzuan B. Oleh itu, Pihak pejabat HEP perlu memastikan tiada sebarang capaian gelombang internet boleh masuk ke dalam bilik.

Cadangan lain daripada seorang mushrifah yang hadir pada hari tersebut  ialah mempergiatkan kebajikan yang melibatkan kepentingan semua pihak terutama anak perak yang menuntut di kuliah perubatan dalam masalah pembayaran yuran dan  pengajian islam yang tidak memperoleh zakat.


“Pihak KPIPM akan terus berusaha mempertahankan usul KPIPM ini semata-mata melaksanakan dasar yang telah disepakati bersama.” Ujar Saudara Mohamad Omar, Yang Dipertua KPIPM.

Tambahnya lagi “Kita akan terus menggerakkan segala jentera penggerak KPIPM seperti mushrif/ah, Hisbah Member’s dan sebagainya bagi membentuk biah yang baik  dalam Wisma Darul Ridzuan ini”.

Pada akhir perjumpaan KPIPM yang diwakili Saudara Mohamad Omar Bin Adam telah menyerahkan memorandum bantahan kepada pihak Pegawai HEP Perak untuk dipertimbangkan.

Nantikan Kedatangan Amal '12


KPIPM Menziarahi Keluarga Arwah Abdul Aziz Abdullah



IPOH, 11 Ogos – KPIPM baru-baru berkesempatan untuk menziarahi keluarga arwah Abdul Aziz Abdullah di tanah air. KPIPM yang diwakili oleh saudara Muhammad Firdaus Bin Aznan, Pengerusi Penasihat KPIPM dan ditemani oleh saudara Mohd Sayuti bin Zawahib, mantan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2009/2010.

Di dalam ziarah tersebut, KPIPM sempat bertemu bersama ayah arwah, Abdullah bin Husien. Pertemuan tersebut juga disertai bersama oleh beberapa ahli keluarga yang lain.

KPIPM juga menyerahkan USD 481.00 iaitu sumbangan yang telah diterima hasil daripada sumbangan seluruh mahasiswa/wi di Mesir sebelum ini. Sumbangan tersebut juga telah banyak membantu arwah Abdul Aziz dari mula beliau menerima rawatan di Mesir sehinggalah dibawa pulang ke tanah air bagi rawatan susulan.

Hasil dari pertemuan ringkas itu, keluarga arwah telah menyerahkan semula wang sumbangan tersebut bagi tujuan kebajikan khusus untuk ahli KPIPM yang memerlukan di Mesir.

Semoga roh arwah Abdul Aziz dirahmati dan ditempatkan bersama para shuhada dan solehin.

Tuesday, August 7, 2012

PEMANDU : Pembinaan Karakter Dalam kalangan Ahli KPIPM





KAHERAH, 2 Ogos 2012 - Program Pemantapan Du’at (PEMANDU) siri 4 telah berlangsung dengan jayanya di  Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan A sejurus solat sunat tarawih berjemaah. Siri kali ini telah  mengetengahkan pembentangan  kertas kerja yang bertajuk “Dakwah kita di era baru : Karakter seorang da’ie.  Kehadiran pada  malam itu amat memberangsangkan iaitu seramai  70 orang mahasiswa-mahasiswi.

Pengisi  malam tersebut iaitu Saudara Abdul Hadi bin Jusoh, Ketua Badan Penerangan Dan Penerbitan PMRAM 2012 telah membentangkan dengan baik. Corak pembentangan dua hala pada malam itu memberikan respon yang sangat memuaskan dalam kalangan mahasiswa yang hadir.

Perkara yang diberi penekanan dalam pembentangan tersebut ialah berhubung kekangan atau cabaran dakwah, persiapan dakwah, peribadi seorang pendakwah, ciri penting seorang pendakwah ,masalah pendakwah , methodologi dakwah dan kemahiran yang perlu ada pada seorang pendakwah  masa kini. Selesai pembentangan daripada pengisi,  sesi soal jawab  telah dibuka kepada para hadirin.

Program berakhir  dengan penyampaian cenderahati oleh Saudara Mohammad Omar bin Adam, Yang dipertua  KPIPM 2011/2012 kepada pengisi program Saudara Abdul Hadi bin Jusoh.  Majlis berakhir sekitar jam 12 malam.

Monday, August 6, 2012

Implikasi Buruk Penggunaan Telefon Bimbit Di Sekolah



Telefon bimbit atau telefon mudah alih merupakan alat komunikasi utama untuk masyarakat berinteraksi serta berkomunikasi sama ada dalam mahupun luar negara. Perkembangan dunia teknologi maklumat saban tahun telah menginterpretasi kehidupan individu ke arah lebih tersusun dan sistematik.

Dengan kecanggihan teknologi ini, ianya telah mengubah lanskap dan pola norma kehidupan individu ketika berhadapan dengan seribu satu kecanggihan.

Baru-baru ini kita dihebahkan dengan satu cadangan yang hangat diperbincangkan dalam draf Peraturan Pendidikan Disiplin Murid 2012 mengenai kesediaan pihak kerajaan membenarkan pelajar sekolah membawa telefon dan gajet untuk sesi 2013 atas faktor keselamatan.

Isu ini dikemukakan oleh Timbalan Menteri Pelajaran Malaysia,Dr.Wee Kah Siong yang kini sudah  berada pada peringkat akhir sebelum dibawa ke pejabat Peguam Negara untuk diluluskan.

Kita tidak melihat atas faktor keselamatan menjadi kewajaran pihak kerajaan membenarkan membawa telefon bimbit. Kebejatan suasana penggunaan telefon bimbit dalam ruang lingkup golongan yang berstatus pelajar di sekolah hari ini pada tahap yang membimbangkan. Malah pembinaan generasi pewaris negara kelak akan terbantut dan dikhuatiri negara gagal melahirkan generasi yang bakal mewarnai dunia Malaysia kelak.

PMRAM melihat isu ini merupakan virus negatif  sebagai penyumbang serta pembimbing ke lembah keburukan dalam kalangan pelajar. Hakikatnya, keburukan penggunaan telefon bimbit melebihi 80% berbanding kebaikan penggunaannya.

Mutu pendidikan dan pembelajaran akan merosot akibat penyalahgunaan di sekolah. Pelajar yang leka dengan telefon bimbit akan hilang fokus ketika sesi pembelajaran. Akibatnya keputusan peperiksaan merosot bahkan dibimbangi pelajar tersebut  tiada peluang untuk meneruskan pendidikan ke peringkat seterusnya.

Di samping itu, keruntuhan akhlak dan moral akan meningkat disebabkan penyerapan nilai-nilai yang meruntuh pembinaan generasi pembina masyarakat. Malah masalah sosial ini akan memberi tekanan kepada golongan pendidik dan menambahkan lagi bebanan. Implikasinya bukan hanya melibatkan satu pihak sahaja malah banyak pihak  yang akan terlibat sama dalam isu ini.

Justeru PMRAM sebagai sebuah persatuan induk yang menaungi mahasiswa Malaysia di Mesir mengharapkan agar pihak kerajaan mengkaji serta meneliti semula cadangan yang diketengahkan sebelum dilaksanakan di peringkat sekolah.

"Memartabat Keilmuan Memimpin Kesatuan"

Sumber : pmram.org


Program GEN-i Pemangkin Generasi Pelapis


KAHERAH, 6 ogos 2012 – baru-baru ini telah berlangsung program GEN-i  dikelolakan di bawah Jabatan Fasilitator (akhawat) KPIPM khas bagi akhawat sahaja. Bersempena bulan yang baik ini , ‘’Ramadhan Kareem’’ moga para peserta merebut peluang ini untuk membuat amal jami’e yang mana diganjarkan  kepada hamba-hamba  Allah yang melakukan amal kebaikan.

Antara objektif yang ditekankan  :

      1.       Menghubungkan ukhwah antara peserta-peserta dan ahli KPIPM.
      2.      Membina kefahaman dan fikrah yang benar tentang Islam.
      3.      Membina generasi pelapis demi kesinambungan survival KPIPM dan PMRAM.

Begitu juga tarbiah atau pendidikan, hasil usaha tarbiah  yang berterusan dapat menghasilkan generasi yang berpengetahuan, berkemahiran malah generasi yang mampu mengharungi apa sahaja denai atau onak duri yang akan dihadapinya. Generasi yang terdidik dengan al-Quran dan as-Sunnah akan menjadi generasi yang berdaya saing untuk terus meletakkan Islam di segala aspek penjuru.

Maka, menjadi tanggungjawab  kepada kita untuk merealisasikan agenda-agenda tarbiah agar generasi masa hadapan terdidik dengan berlandaskan al-Quran dan as-Sunnah serta berkemahiran dan berjiwa kemasyarakatan.

Moga  ia menjadi bekalan akhirat pada para peserta dalam melakukan amal kebajikan ini disamping bertambah pengalaman. para peserta dalam program Gen-i ini  akan dipantau dan dinilai oleh panel yang dilantik oleh Jabatan Fasilitator (akhawat). 

Solat Tarawih Di Masjid Al-Azhar Dan Masjid Ar-Rahman Ar-Rahim


Sunday, August 5, 2012

Perkhidmatan Tramco Ke Muqattam


Fahami Fiqh Syura




Salam Ramadhan buat sahabat-sahabat yang dikasihi. Sedar atau tidak, kita telah pun berada di pertengahan Ramadhan, moga sama-sama kita melipat gandakan amalan kita bagi mencari lailatul qadar yang dirindui oleh setiap abid pada setiap zaman dan ketika tibanya bulan mulia ini.

Mewujudkan Biah Solehah atau persekitaran yang baik adalah suatu yang wajib. Ia termasuk dalam amar makruf dan nahi mungkar. Bahkan menjalankan tugas amar makruf dan nahi mungkar itu adalah untuk mewujudkan Biah Solehah.

Tak kira di mana sekalipun sama ada di rumah, sekolah, universiti, tempat kerja dan di mana sahaja, di dalam bangunan atau di luar bangunan, dalam suatu kawasan atau luar kawasan, wajiblah kita mewujudkan Biah Solehah.

Amat tidak patut apabila satu pihak yang berusaha untuk mewujudkan Biah Solehah dan pada masa yang sama ada pihak yang lain yang meruntuhkan Biah Solehah yang hendak dibina. Tetapi, itulah realiti dan hakikat yang berlaku dalam kehidupan kita seharian. Begitulah pentingnya mewujudkan Biah Solehah difahami dan dipikul oleh semua pihak.

Apalah gunanya pada waktu pagi kita mencanangkan pelbagai dasar, program dan aktiviti yang positif untuk dilaksanakan demi pembangunan dan kemajuan agama, negara dan bangsa tetapi pada waktu petang dan malam kita juga yang membenarkan dan menyediakan pelbagai dasar, program dan aktiviti berbentuk negatif yang boleh meruntuhkan dan merobohkan segala kebaikan yang terbina.

Baru-baru ini, kita telah mendapati bahawa telah berlaku pencabulan ke atas hak bersuara anak-anak Perak iaitu usul Mesyuarat Agung Tahunan (MAT) kali ke 44 yang telah diputuskan. Usul yang berbunyi “ Membenarkan penggunaan komputer di Wisma Darul Ridzuan dengan syarat tertentu manakala penggunaan internet  hanya di tempat yang dikhususkan”.

Bukanlah isu penggunan internet itu halal atau haram, boleh atau tidak. Tetapi kita melihat kepada usul Mesyuarat Agung Tahunan kali ke 44 yang telah disepakati umum.
Kita seharusnya menghormati suara majoriti ahli yang telah disepakati.

Secara ilmiahnya, kita perlu juga memahami Fiqh Syura yang mana, apabila telah diputuskan dan telah disepakati sesuatu perbincangan itu dan menemui kata putus, maka perkara yang baru atau hal-hal mendatang, mestilah mendapat persetujuan mesyuarat dahulu. Hatta pemimpin negara sekalipun perlu melalui proses ini. Jika tidak, kepimpinan tersebut boleh digelarkan diktator atau kuku besi.

Sensitiviti perlu ada pada setiap yang bernama muslim mukmin. Janganlah hanya mementingkan diri tanpa memikirkan suara sahabat sahabat kita. Moga nukilan ini dapat membuka sedikit minda sahabat-sahabat di bulan yang mulia ini. 


Disediakan oleh :
Saudara Muhamad Amin Yahya
Setiausaha Badan Hisbah
KPIPM sesi 2011/2012



Friday, August 3, 2012

PMRAM Kecewa Respon Daripada Pegawai Johor




KAHERAH, 2 Ogos 2012 – PMRAM melahirkan rasa kecewa dengan respon yang telah diberikan oleh Pegawai Hal EhwalPelajar Johor di Mesir iaitu Hj Husni Tamrin berhubung permohonan PMRAM untuk mengadakan kunjung hormat ke pejabatbeliau pada 31 Julai lalu.
Pihak PMRAM saban tahun mengatur pertemuan dan perjumpaan bersama pegawai-pegawai negeri, khususnya selepasberlakunya pertukaran tampuk kepimpinan. Kunjung hormat yang dirancang ini untuk membincangkan beberapa perkarapenting berkaitan dengan hak dan aduan mahasiswa selain daripada sesi ramah mesra bersama pegawai sebagai wakil kerajaannegeri di sini.

Pada 17 Julai lalu, PMRAM telah menerima  2 borang hak aduan mahasiswa daripada AJKT Johor dan juga Yang Dipertua Badan Kebajikan PelajarJohor di Mesir (BKPJM) yang bernaung di bawah PMRAM. Isu yang dilaporkan adalah berhubung notis yang dikeluarkan oleh pejabat  pembantupegawai yang mengarahkan pejabat BKPJM untuk dikosongkan berkuatkuasa 15 Julai lalu.

Sebagai penaung kepada BKPJM, PMRAM berhasrat untuk mengadakan perjumpaan dengan pegawai yang terbabit bagi mendengar penjelasan danmeyelesaikan kekusutan yang timbul. Namun, respon yang diberikan pihak pegawai amat mendukacitakan. Alasan yang diberikan oleh pegawaiterhadap permohonan PMRAM itu tidak munasabah apabila beliau memaklumkan bahawa pihak Pentadbiran Hal Ehwal Pelajar Johor Mesir tidakdapat menerima kunjungan tersebut kerana tiada apa-apa keperluan.

Bukan itu saja, bahkan surat balas itu ditandatangani oleh kerani sebagai mewakili pihak pegawai. Sikap pegawai sudah cukup membuktikan kurangnyakredibiliti beliau sebagai wakil kerajaan negeri yang dihantar untuk menjaga kebajikan dan memudahkan urusan anak-anak Johor di Mesir ini.

PMRAM mengharapkan agar mana-mana pegawai bersikap lebih terbuka dan bersedia untuk berbincang bagi menyelesaikan sebarang masalah yangtimbul dan bukannya mengelak serta melarikan diri daripada perkara terbabit. Ini adalah untuk kebaikan semua pihak lebih-lebih lagi kepada anak-anak Johor yang sememangnya di bawah tanggungjawab pihak pegawai  Johor bagi memastikan kebajikan mereka terjamin dan dipelihara dengan baik.

Sumber : pmram.org

Ramadan Membentuk Jiwa Kehambaan



Kedatangan Ramadan saban tahun disambut dengan pelbagai aktiviti keagamaan. Sudah tentu ianya memberikan impak yang sangat berguna kepada masyarakat.

Namun begitu,andai dilihat dari satu sudut yang lain apakah hanya bulan Ramadan sahaja medan untuk meningkatkan amalan berbanding dengan bulan-bulan lain?.

Persoalan ini timbul kerana realiti kini, Ramadan dianggap satu tempoh penghormatan yang perlu diraikan tanpa melihat sudut intipati Ramdan itu sendiri.

Implikasinya kita akan dapat melihat apabila berlalunya Ramadan masyarakat akan kembali dengan aktiviti yang biasa dilakukan sebelum Ramdan.  Jika berterusan keadaan ini maka Ramadan yang kita lalui kini tidak mampu memberikan satu kesan yang cukup besar pada diri kita sendiri.

Pengisian sepanjang Ramadan ini harus dimanfaatkan sebaik mungkin bagi membentuk jiwa kehambaan yang sejati. Ini kerana pentarbiahan Ramadan cukup sempurna daripada segala aspek sama ada rohani mahupun jasmani.

Dalam Ramadan umat Islam diwajibkan selama sebulan berpuasa menahan lapar dan dahaga. Jika dihayati, kita mengetahui bahawa nafsu mampu ditundukkan apabila kita berjaya mengawal keinginan makan dan minum. Sinergi ketaatan pada Allah SWT semakin bertambah oleh kerana nafsu kita ditundukkan .

Oleh yang demikikan, jiwa kehambaan Allah SWT dirasai meresapi jiwa seterusya mengalir ke seluruh anggota lalu digerakkan untuk melakukan amal kebaikan semaksima mungkin.

Peluang dan ruang Ramadan ini seharusnya digunakan bagi mendidik seluruh anggota agar kembali mengenal siapa pencipta kita yang sebenar. Bahkan menjentik jiwa perasaan kita merasai keperitan bagaimana saudara seakidah kita yang diseksa kelaparan bukan sehari namun puluhan tahun lamanya.

Atas dasar demikian, penghayatan Ramadan bukan sekadar daripada luaran sahaja tetapi perlu diaplikasikan dalam segala bentuk sekaligus menjana naluri kehambaan kita kepada pencipta Rabbul Izzati.

Jadikan Ramadan medan untuk membaiki diri daripada tempat memuaskan segala keinginan nafsu yang selama ini memagari. Jadikanlah Ramadan lapangan terbaik mengenal pentabdir alam daripada leka dengan angan-angan semalam.

Zulhafeez Bin Ahmad Zahidi
Timbalan Presiden
( Lajnah Perancang dan Panatia )
Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir, PMRAM  2012

Sumber : pmram.org

Wednesday, August 1, 2012

Ehya' Ramadan KPIPM: Ceramah Badar Kubra



Himpunan Remaja Ramadan 2
Sempena Ehya' Ramadan KPIPM 


2 & 3 Ogos 2012
bersamaan 14 dan 15 Ramadan 1433 H
Pengisian menarik :


Iftar jamie 
Qiamullail
Sahur Jamaie


Ceramah Badar Kubra
(selepas solat subuh)
Oleh: 
Saudara Abdul Naafiq Taqiuddin Bin Roslan 
Ketua Badan Pendidikan dan Komunikasi Bahasa 
PMRAM 2012

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024 Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2023/2024 KAHERAH, 17 & 18...