Saturday, March 20, 2010

Ustaz Imran Ramli Menjuarai Pertandingan Karaoke


20 MAC – Setelah berlalu sejam lebih pertandingan karaoke, hakim memutuskan bahawa Ustaz Imran Ramli dari Zagazig memenangi pertandingan ini.

Ia telah diumumkan oleh Ustaz Ibnu Abbas bin Azizuddin, selaku wakil hakim.

Tempat ketiga dimenangi oleh pasangan berduet Ustaz Abdul Azim dan Ustaz Nazrin Adib, kedua-duanya dari Syoubra.

Tempat kedua dimenangi oleh Ustaz Aliff Hadi bin Mohd Razi, dan tempat pertama ialah Ustaz Imran Ramli.

Setelah diumumkan pemenang, pemenang pertama diminta untuk mempersembahkan nasyid. Lagu yang dinyanyikan ialah Kasihku Abadi.

Program diceriakan lagi dengan persembahan nasyid oleh dua orang hakim, Ustaz Ibnu Abbas dan Ustaz Wan Mohd Najib. Kedua-duanya menyanyikan lagu Setanggi Syurga dan lagu Kasihku Abadi.

Selepas persembahan tersebut, peserta menjamu selera BBQ yang telah disediakan oleh Unit Makanan, sambil menonton video yang ditayangkan.

Ketika ini, Unit Pengisian, Ustaz Farez Izhar sedang membacakan pembahagian kumpulan.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...