Tuesday, March 16, 2010

Semua Berhak Tinggal Di Wisma - YDP


16 MAC - Sesi muhasabah sempena Mesra 10 berjalan seperti biasa. Antara soalan yang diajukan ialah tentang syarat menghuni Wisma Darul Ridzuan.

Wisma Darul Ridzuan yang terdapat sebanyak 2 bangunan, adalah milik semua, kata Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir.

Beliau berkata lagi, Wisma Darul Ridzuan bukanlah terhad untuk ahli di Kaherah, juga tidak membezakan di antara Perubatan ataupun al Azhar.

KPIPM membuka seluas-luasnya kepada mana-mana ahli KPIPM untuk menghuni Wisma Darul Ridzuan, dan ini merupakan hak ahli, katanya.

Ustaz Aliff Hadi menambah bahawa status ahli muhafazah, juga berhak menginap Wisma Darul Ridzuan. Cuma yang membezakannya ialah di antara menumpang, dan menetap. Ahli muhafazah yang menumpang sebentar di rumah Perak berbeza bayarannya mengikut tempoh.

Manakala mereka yang menetap, dan berdaftar sebagai penghuni akan dikenakan bayaran yang tetap mengikut bulanan, dan bayaran bil yang berubah mengikut penggunaan.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...