Home » » Majlis Muhasabah Sempena Mesra 10 Dimulakan Dengan Ayat al Quran

Majlis Muhasabah Sempena Mesra 10 Dimulakan Dengan Ayat al Quran






18 MAC – Seawal jam 8.35 malam, Majlis Muhasabah sempena Mesra 10 dimulakan dengan bacaan ayat-ayat suci al Quran yang dibacakan oleh Ustaz Naim Asyraf.

Selepas selesai bacaan ayat-ayat suci al Quran, majlis diteruskan lagi dengan ucapan alu-aluan yang disampaikan oleh Ustaz Khairul Jamal bin Abd Kadir, selaku pengarah program Mesra 10.

Majlis disusuli dengan ucapan Yang Dipertua, Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir, dan ucapan Presiden PMRAM, Ustaz Abdul Mu’izz bin Mohamad.

Majlis diteruskan lagi dengan gimik perasmian yang disempurnakan oleh perasmi program.

Setelah selesai majlis penyempurnaan gimik perasmian, program diteruskan lagi dengan Majlis Muhasabah sempena Mesra 10.

Majlis Muhasabah telah dikendalikan oleh Yang Dipertua sendiri. Ia dimulakan dengan pembentangan laporan dan muhasabah. Sehingga kini, laporan yang telah dibentangkan ialah Jabatan Yang Dipertua dan Jabatan Setiausaha Agung.
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger