Tuesday, March 2, 2010

Ustaz Hanif Musa Menarik Diri Daripada Pencalonan Sebagai BP


2 MAC - SPR PMRAM hari ini telah mengeluarkan kenyataan berikutan penarikan diri Ustaz Hanif bin Musa, yang juga merupakan ahli KPIPM, daripada pencalonan sebagai BP.

Berita tersebut telah disiarkan di dalam web rasmi PMRAM. Wartawan blog masih lagi tidak dapat menghubungi Ustaz Hanif bin Musa yang ketika ini sedang berada di Malaysia.

Berikutan daripada penarikan diri ini, SPR PMRAM mengumumkan bahawa pencalonan BP PMRAM dibuka semula sepertimana yang tertera di dalam web rasmi PMRAM.

Ustaz Hanif Musa, pernah menjawat jawatan Setiausaha Agung KPIPM pada sesi 2006/2007 dan Timbalan Yang Dipertua pada 2008/2009. Beliau sempat memangku jawatan Yang Dipertua pada bulan Februari hingga April.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM