Tuesday, March 2, 2010

Yob FC Berentap Di Futsal Piala Presiden


2 MAC - Futsal Piala Presiden PMRAM hari ini telah mula berlansung di Nadi Riadhi Hayyu Sadis. KPIPM tidak ketinggalan untuk menghantar dua pasukan bola sepak Yob FC.

Kedua-dua pasukan Yob FC A dan B telah melalui dua perlawanan hari ini. Yob FC A telah mengalami kekalahan sipi 0 - 1 ketika bertemu dengan Pasukan Bu'uth. Perlawanan kedua skuad Yob FC A telah menyaksikan kemenangan 1 - 0 apabila bertemu dengan Pasukan Perubatan.

Manakala Pasukan Yob FC B, juga menunjukkan taringnya apabila mengalahkan Pasukan Kuala Lumpur 2 - 0 dan seri 1 - 1 apabila bertemu dengan Johor.

Pengurus Yob FC A, Ustaz Qamadirulnur dan pengurus B, Ustaz Mohd Hafiz bin Shamsuddin. Manakala Ustaz Khusairi bin Wildan mengetuai pasukan A, dan Us Mohd Zahid bin Abu Bakar mengetuai pasukan B.

Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir, Yang Dipertua KPIPM, mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Futsal Piala Presiden kali ini, terutamanya skuad Yob FC.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM