Tuesday, March 16, 2010

Terima Kasih Kepada Dewan Perwakilan Mahasiswa Tanta


16 MAC – Yang Dipertua, Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir mengucapkan jutaan terima kasih kepada DPMT atas kerjasama yang diberikan.

Tidak ketinggalan, ucapan terima kasih khususnya kepada mandub Tanta, Ustaz Salehuddin. Beliau antara yang terbanyak memberi sumbangan dalam menjayakan program Mesra 10 di bumi Tanta.

Ustaz Aliff Hadi, selaku mentor Tanta memberitahu bahawa ahli KPIPM Tanta antara yang banyak bergiat di dalam DPMT. Mereka juga banyak terlibat dalam menaikkan nama DPMT.

Pada malam 15 Mac, ahli KPIPM di Tanta telah menyediakan tempat penginapan bagi AJKT. Masing-masing bermalam di rumah-rumah ahli secara berasingan.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...