Tuesday, March 16, 2010

Mesra 10 Meninggalkan Bumi Zagazig Berpindah Ke Iskandariah


16 MAC – Jam 9.38 malam, AJKT dan AJK HEWI mula bergerak meninggalkan bumi Zagazig. Sepertimana yang telah dijadualkan, AJKT akan terus bergerak ke Iskandariah, dan AJK HEWI akan bergerak pulang ke Kaherah.

Mesra 10 akan beralih ke Iskandariah bersama mahasiswa/wi di sana.

Ustaz Muhammad Amin bin Abdul Rahman, Timbalan Yang Dipertua memberitahu bahawa segala urusan ketika di Iskandariah telah diuruskan sepenuhnya oleh Unit Mutazawwijin Iskandariah (UMI), yang diwakili oleh Ustaz Azizuddin.

Esok, slot bersama ahli KPIPM di Iskandariah bermula pada 1 petang di Dewan Perwakilan Mahasiswa Iskandariah.

Yang Dipertua, Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir memberitahu media bahawa beliau meletakkan harapan yang tinggi kepada generasi KPIPM di Zagazig.

Beliau juga mengucapkan tahniah kepada beberapa orang ahli KPIPM yang bergiat cergas dalam membina dan membentuk DPMZ.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...