Wednesday, March 17, 2010

AJKT Tiba Di Bumi Damanhur Untuk Menjayakan Mesra 10




17 MAC – Pada jam 8.40 malam, AJKT tiba di bumi Damanhur dari Iskandariah. AJKT disambut oleh mandub Damanhur, Ustaz Mohd Hafiz bin Osman dan Ustaz Mohd Nuzul Hakim.

Setelah menghadapi beberapa masalah pengangkutan, AJKT telah selamat dibawa ke rumah salah seorang ahli KPIPM, Ustaz Mukhlis bin Ghazali yang terletak di Kuliah Syariah, Damanhur.

Pada jam 10 tepat, Majlis Ramah Mesra telah dimulakan dengan dipengerusikan oleh Ustaz Nuzul Hakim. Majlis dimulakan dengan ucapan oleh mandub, dan disusuli dengan ucapan oleh Pengerusi Dewan Perwakilan Mahasiswa Damanhur, Ustaz Amar bin Jamaluddin.

Seterusnya ucapan ringkas disampaikan oleh Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir, Yang Dipertua KPIPM. Setelah itu, majlis dipengerusikan oleh Yang Dipertua sendiri, dimulakan dengan sesi ta’aruf. Sehingga kini, majlis ta’aruf masih berjalan.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM