Tuesday, January 31, 2012

Sepanduk Kreatif Sempena Maulidur Rasul




Makluman kepada seluruh ahli KPIPM,

Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM akan mengadakan Pertandingan Sepanduk Kreatif sempena Sambutan Maulidur Rasul.
  1. Terbuka kepada seluruh ahli KPIPM yang menetap di Wisma Darul Ridzuan dan rumah sewa sekitar Kaherah.
  2. Setiap syaqah/rumah sewa dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 1 penyertaan.
  3. Bertemakan ‘Maulidur Rasul’.
  4. Reka bentuk sepanduk mengikut kreativiti masing-masing.
  5. Kertas mahjong disediakan (1 only)
  6. Pemenang akan ditentukan oleh juri pertandingan dan keputusan adalah muktamad.
  7. Tarikh tutup penyertaan 3/2/2012 (Jumaat) jam 12 tengahari.

Penyertaan boleh dihantar terus kepada :

·         Saudara Adil Fadzil 014-6286249
·         Saudara Ali Fathullah 014-1742708
·         Saudari Rukhaiyah 014-8458048
·         Saudari Umi Atikah 011-22528674

Hadiah menarik menanti anda.

Saturday, January 28, 2012

Bersama Membantu Memperjuangkan Agama Allah




KAHERAH, 26 Januari- Dalam usaha membentuk generasi pemuda yang berkualiti dan berintegriti, Biro Dakwah dan Tarbiah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) dengan jayanya telah mengadakan program Ehya’ Al-Jum’ah  yang merupakan salah satu aktiviti mingguan yang melibatkan seluruh ahli KPIPM dengan tujuan merapatkan hubungan sesama ahli disamping beberapa pengisian rohani.

Bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan A, program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, alunan burdah dan bacaan yasin secara beramai-ramai yang dipimpin oleh saudara Mohd Adil Bin Mohd Fadzil merangkap Ketua Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2011/2012.

Majlis diteruskan lagi dengan tazkirah yang disampaikan oleh  Saudari Saidatul Yuhanis Binti Dahwani sebagai santapan rohani kepada semua ahli yang hadir. Beliau telah berpesan mengenai  kriteria-kriteria yang perlu ada oleh seseorang pejuang yang ingin mencapai kemenangan dalam sesebuah perjuangan.


Setelah selesai solat isyak dan solat hajat berjemaah, Program Ehya’ Al-Jum’ah diserikan dengan Majlis Wada’ bersama  Saudara Hafizzul Azri Bin Azman yang merupakan Ketua Badan Ekonomi PMRAM 2011 merangkap Badan Pengurus Angkat  KPIPM. Beliau telah berkongsi sedikit sebanyak mengenai pengalaman beliau sebagai seorang pelajar serta sebagai seorang kepimpinan. Beliau juga telah berpesan kepada semua yang hadir supaya terus menjaga KPIPM dan PMRAM serta bersedia menghulurkan apa jua bantuan dalam membantu memperjuangkan Agama Islam yang mulia ini.

Program Ehya’ Al-Jum’ah  telah diteruskan pada keesokan paginya dengan solat subuh berjemaah serta pengisian tazkirah daripada pentazkirah-pentazkirah yang telah ditaklifkan dalam kalangan ahli KPIPM sendiri. Bertempat di Dewan syeikh Sya’rawi saudara Muhammad Sufi Bin Haniffah yang telah membicarakan mengenai kesyukuran kita kepada Allah S.W.T . atas segala nikmat yang diberikan kepada kehidupan manusia. Manakala di Dewan Musolla Wisma Perak B, saudara Zulfadli Hadi Bin Abdul Kadir.

Program Ehya’Al-Jum’ah ditangguhkan dengan bacaan surah Al-Waqiah dan Surah Ar-Rahman secara berjemaah.

Friday, January 27, 2012

Hubungan Dengan Allah (HDA)



" Ya Allah bantulah aku, walaupun ujian ini berat bagiku tetapi aku tahu ini adalah suatu yang terbaik yang Kau berikan kepadaku,Kau berikanlah kekuatan agar aku tidak futur dalam meneruskan           kehidupan dan terus istiqomah dalam mengabdikan diri kepadaMu.." bisik hati kecil Uwais dengan pengharapan doa kepada Rabbnya. " Sabarlah Uwais, ana tahu enta seorang yang kuat, HDA sangat penting, pelihara dan jagalah ia sebaik-sebaiknya. InsyaAllah pasti ada jalan penyelesaian terhadap ujian enta ni. Jaga HDA, jaga HDA ok!"

Begitulah, kata-kata semangat yang diulang-ulang Umar kepada Uwais. Kadang-kadang, ianya      menjadi kata-kata keramat yang membina semangat dalam sesuatu masalah dan kadang-kadang ia sebagai pengubat hati yang resah ketika kita menghadapi waktu-waktu sukar seperti final exam. Kata keramat “ jaga HDA sahabat-sahabat! ” sering terpancar dari mulut tatkala ingin memohon doa. Di sini, dengan kudrat yang Allah beri, sama-samalah kita muhasabah diri agar kita kembali sedar dan faham dengan ‘word’ mahal itu. Agar kita dapat juga sama-sama menghayatinya serta merenung kembali hakikat kehidupan kita. Benar, ianya ada kaitan dengan kehidupan kita, bahkan seluruh kehidupan kita.


Mungkin kita selalu merasai bahawa saat kita berhubung dengan Allah hanyalah tatkala ibadah-ibadah khusus seperti solat dan sebagainya. Dan kita hanya merasai Allah ada di samping kita tatkala itu sahaja. Hakikatnya tidak wahai sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah. Dimana sahaja, bila, dan dalam keadaan apa jua sekalipun, bukankah kehidupan kita ialah ibadah? Merasai kebersamaan    dengan Allah itulah yang menjadikan ”ianya” sebagai ibadah. Maksud “ianya” ialah seluruh aktiviti     kehidupan kita. Ibadah yang syumul adalah asas kepada Islam yang syumul.

Kita hubungkan segala aktiviti kita dengan Allah. Permainan kita, mesyuarat kita, majlis-majlis kita,   semasa dalam kelas, dan seluruh aktiviti, ruang lingkup hidup itu sendiri dengan HDA. Titik mula inilah yang memandu kehidupan kita dalam memahami dan merasai kehendak-kehendak Islam. Apatah lagi kehendak Allah itu sendiri.


Sebab itulah kita tidak mahu hubungan dengan Allah ini terputus setelah kita melangkah keluar dari masjid atau program-program keagamaan yang lain. Kita tidak mahu merasai bahawa memakai tudung dengan sempurna itu hanya untuk pelafar-pelajar jurusan agama atau ustazah-ustazah sahaja.     Sungguh, dalam urusan seharian kita, semuanya kerana Allah. Dalam kita membuat kerja, kita ada  Allah. Dan dalam kerehatan kita, kita ada Allah. Dalam kita meletakkan perasaan-perasaan kita seperti marah, cinta dan lain-lain, kita ada Allah. Bezanya, sedar atau tidak sedar dan inilah fungsi Iman. Iman yang berfungsi akan meribatkan hubungan hati dengan Allah lantas mengukuhkan asas terbinanya  Islam yang syamil dan kamil. Inilah hakikat menyembah Allah dalam menjalani kehidupan sebenarnya.

Sedarlah, jiwa yang sentiasa berhubung dengan Allah, itulah jiwa yang hidup. Itulah jiwa yang kuat dalam menongkah arus kehidupan. Dan sedarlah wahai sahabat-sahabat, ini hakikat iman yang kita mahu bina! Sebab itulah, jika urusan kita dengan Allah tidak settle, maka yang lain-lain juga kita tidak akan settle. Makna kata settle dalam menjadikan kehidupan kita sebagai medan ubudiah yang          sebenarnya, sebagai medan mencari bekal, untuk kembali bertemu Allah.

(HDA = Hubungan Dengan Allah) 



Pertukaran Jadual Daurah In Winter Season 2012

(Klik pada gambar untuk lebih jelas)

Sukacita dimaklumkan, bahawa jadual Daurah Musim Sejuk 2012 KPIPM telah berlaku pertukaran waktu dan jadual yang dikeluarkan pada iklan sebelum ini harap dapat diabaikan.

Sehubungan itu, seluruh ahli KPIPM diharapkan dapat mengambil perhatian terhadap perubahan yang dibuat.   

Kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan agar perubahan jadual ini dapat disebarkan.

Ayuh bersama memeriahkan majlis ilmu.



Thursday, January 26, 2012

Daurah In Winter Season 2012


(Klik pada gambar untuk lebih jelas)

Sempena cuti musim sejuk ini, Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM akan menganjurkan Daurah kitab bagi mengisi masa lapang seluruh ahli KPIPM.

Senarai kitab daurah dan pembentang boleh di rujuk pada iklan yang tertera di atas.

Kitab daurah boleh di dapati di tempat pengajian.

Ayuh, sama-sama kita menghadiri majlis ilmu sebagai bekalan untuk kita semua pada hari mendatang. InsyaAllah.
  

Wednesday, January 25, 2012

Majlis Wada' BP Angkat PMRAM Cawangan Perak


Makluman kepada seluruh ahli KPIPM,

Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM akan mengadakan MAJLIS WADA’ bersama USTAZ MOHD HAFIZZUL AZRI B.  AZMAN, (BP Angkat KPIPM 2011/2012) pada 26.1.2012 (KHAMIS) bertempat Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan ( A ) selepas Solat ‘Isyak.

Anda semua dijemput hadir.


Tahniah Pasangan Mohd Sayuti dan Nurul Izzah Dengan Kelahiran Anak Pertama

(  Muhammad Jibril bin Muhammad Sayuti)


KAHERAH -25 JAN, Tiada lafaz yang mampu diungkap melainkan kalimah syukur kepada Allah S.W.T di atas kurniaan zuriat bagi menyambung perjuangan Islam di muka bumi ini. Demikianlah yang dirasai oleh pasangan Mohd Sayuti Zawahib dan Nurul Izzah Abdullah dengan kelahiran anak pertama mereka pada Jam 3 pagi tadi.

Anak lelaki Kelahiran pasangan Mohd Sayuti Zawahib dan Nurul Izzah Abdullah selamat dilahirkan secara normal seberat 2.6 kg di Hospital Fatimah Az-Zahrah, Abbas Al-Aqqad, Madinah Nasr, Kaherah.

Wakil persatuan  saudara Mohamad Omar Bin Adam, Yang Dipertua KPIPM,  Saudari  Nurhafsah Binti Awalludin, Setiausaha Hewi , Saudara Muhammad Mujahid Bin Mohamad Fadzil , Ketua Unit Bait Muslim KPIPM serta isteri dan sahabat yang lain turut berada di Hospital bagi menyambut kelahiran anak pertama pasangan Sayuti dan Izzah.

Berdasarkan maklumat yang diterima, bayi akan dibawa pulang ke rumah pada pagi ini.

“KPIPM mengucapkan tahniah kepada  pasangan Mohd Sayuti dan Nurul Izzah dengan kelahiran seorang putera pada hari ini, 25 Januari yang penuh bermakna bagi rakyat Mesir iaitu “Hari Revolusi Mesir”. Semoga ini memberikan kekuatan kepada mereka untuk menghadapi hari yang mendatang. InsyAllah. Ujar Saudara Mohamad Omar ketika dihubungi sebentar tadi. 

Monday, January 23, 2012

Hakikat Sebenar Malu



Daripada Abdullah bin Mas'ud  r.a, beliau berkata : Sabda Nabi Muhammad s.a.w : "Malulah terhadap Allah dengan sebenar-benar malu." Kami bertanya : "Wahai Rasulullah, sesungguhnya kami pemalu Alhamdulillah." Sabda Nabi : "bukan begitu" (maksud malu sebenar). Namun malu terhadap Allah dengan sebenar-benar malu ialah : kamu menjaga kepala dan segala pancainderanya, perut dan anggotanya. Ingatlah dengan mati dan perkara yang rosak. Sesiapa yang inginkan akhirat, tinggalkanlah perhiasan dunia. Oleh itu , sesiapa yang melakukan perkara tersebut , dia telah malu   dengan Allah dengan sebenar-benar malu. (Riwayat at-Tarmizi)

Dalam hadis ini, Rasulullah telah menjelaskan kepada kita hakikat sebenar malu dalam rupa paras yang unggul dan mithali. Sifat malu ini juga  tergolong dalam beberapa ciri akhlak mulia yang sangat ditekanknan dalam  5 item bi'ah solehah iaitu pembentukan syakhsiah. Jadi, bagaimanakah pelaksanaannya??? Ayuh kita susurinya....

1.MENJAGA KEPALA & PANCAINDERA
Menjaga seluruh kepala juga bermaksud menjaga  lidah, mata dan telinga daripada perkara yang tidak halal dilakukan, juga merangkumi minda yang menerima maklumat & menghasilkan isyarat. Contohnya menjauhkan diri daripada perbuatan “lagho” sebaliknya mendengar bacaan Quran dan menghadiri majlis ilmu.

2. MENJAGA PERUT  & ANGGOTANYA
Adakalanya ia dimaksudkan dengan sistem penghadaman manusia & yang berkaitan dengannya. Muhasabah diri kita sama-sama, adakah kita komitmen dengan sunnah dalam etika makan? 1/3 untuk makanan, 1/3 untuk minumam , 1/3 untuk udara.. Juga menjaga kemaluan daripada segala jenis  perbuatan yang boleh membawa kepada maksiat & jauhkan diri dari terlalu  banyak ketawa yang boleh mematikan hati.

3. MENGINGATI MATI & JASAD YANG HANCUR
Ini dapat membantu kita lebih bertakwa kepada Allah. Dalam surah az-Zariyat : 56, (dan ingatlah aku tidak menciptakan jin & manusia melainkan untuk mereka menyembah & beribadah kepada-Ku)Antara  ibadah yang wajib dalam kehidupan seharian kita ialah solat. Ambil cakna dengan kualiti solat kita, adakah  solat kita lebih baik ataupun sebaliknya. Malah dituntut oleh Allah supaya solat di awal waktu & lebih afdhal secara berjemaah kerana  ganjarannya 27 darjat berbanding solat    sendirian. Mungkin kita tidak nampak betapa tingginya darjat tersebut, tetapi cuba kita bayangkan jika ada seseorang  yang ingin memberi  RM27 ribu, mesti ramai yang akan berebut  inginkan duit tersebut.. Semua  itu di sisi manusia, tapi 27 darjat daripada Allah jauh lebih bernilai dari itu.. Renungkan...

4. MENINGGALKAN PERHIASAN DUNIA
Ini bukan bermaksud Islam mengharamkan perhiasan dunia yang dikurniakan Allah, tetapi yang dimaksudkan di sini ialah  perhiasan yang diambil secara haram atau digunakan untuk tujuan yang haram. Oleh itu, kembali ke atas kita supaya tidak melihat kepada mereka yang kaya raya & tidak berangan-angan terhadap kemewahan yang mereka miliki. Sentiasa mengingati  di akhirat kelak, kita akan dipersoalkan  Allah tentang nikmat yang kita kecapi.

Kesimpulannya, mana mungkin sifat malu mempunyai kaitan atau mendorong kepada sifat-sifat keji. Tetapi malu kita biarlah malu bertempat seperti dalam hadis yang dinyatakan tadi. Marilah kita sama-sama hayati mutiara kata ini....

Sesungguhnya orang pemalu merupakan antara manusia yang paling kuat kekangannya, paling gagah berani membela kebenaran, dia tidak gentar terhadap cercaan orang yang mencela dalam memperjuangkan kebenaran.



Remaja Perempuan Syahid Kesan Fosforus Putih


Laporan jam 09:32 pagi, waktu Palestin
Jam 09:32 pagi, waktu Mesir

GAZA - Seorang remaja perempuan Palestin, Hanin Kamal Abu Jalalah telah syahid awal pagi ini(22/01/2012, Ahad) di hospital Hadassah Israel, BaitulMaqdis kesan daripada fosforus putih(white phosporus) sewaktu perang Gaza tiga tahun yang lalu.

Remaja yang berusia 16 tahun(17 tahun menurut sumber PALTIMES) menetap di Mukhayyam El-Buraij, Gaza Tengah menderita sejak tiga tahun yang lalu ekoran kerosakan pada paru-parunya. Baru-baru ini ketika menjalani rawatan di hospital Hadassah, keadaan mangsa terjejas teruk setelah mengalami koma. Kesakitan yang dihadapi mangsa akibat terhidu posporus putih yang digunakan oleh tentera rejim zionis semasa perang Gaza, akhir 2008 - awal 2009.
 
Bapa kepada Hanin, Kamal Abu Jalalah dalam kenyataan khasnya kepada agensi berita SAFAmenuduh pihak pengurusan hospital Israel bertindak cuai dan melengah-lengahkan merawat anaknya. Tambahan lagi, pihak pengurusan hospital enggan memberikan kepada Kamal salinanx-ray dari fail dokumen perubatan anaknya.
 
Gambar: Hospital Hadassah



"Setelah hospital El-Makassed enggan mengambil sampel ujian paru-paru Hanin ekoran bimbang berlaku yang lebih membahayakan dirinya, saya terkejut apabila rawatan di hospital Hadassah Ein Karem, pihak perubatan mahu mengambil sampel berkenaan, itupun selepas mereka menenangkan kami bahawa pembedahan yang dijalankan hanyalah biasa dan tidak membahayakan Hanin," Kata Kamal kepada agensi beritaPALTIMES.

Tambah Kamal dengan nada sedih, "Mereka dah janji pembedahan tidak akan melebihi 10 minit, namun Hanin berada dalam bilik pembedahan melebihi 3 jam setengah, sebaik sahaja peralatan perubatan dicabut dari tubuh Hanin, mangsa berada dalam keadaan koma malah terlantar di katil selama 18 hari sehinggalah syahid pada pagi ini."

Sebagaimana dimaklumkan, sebentar lagi jenazah remaja perempuan Palestin dari Gaza akan dipindahkan ke hospital Makassed Islamiah sebelum dihantar ke Semenanjung Gaza untuk dikebumikan di sana.

Tambahan lagi dari sumber
 PALTIMES, bapa remaja perempuan berkenaan mendesak Badan-badan Hak Asasi dan sesiapa yang punyai perasaan agar mendakwa tentera rejim zionis dan pihak hospital Hadassah Ein Karem. Bapa kepada remaja berkenaan turut meminta agar dijalankan siasatan terperinci sambil menyifatkan kedua-dua pihak, tentera dan hospital merupakan pihak yang bertanggungjawab secara langsung berhubung kejadian yang menimpa anaknya(syahid).

Tidak jelik jika menyebutkan, sewaktu perang Gaza, tentera rejim zionis telah mengebom Semenanjung Gaza dengan sebilangan besar peluru beracun. Paling jelas, peluru fosforus putih yang diharamkan oleh pihak antarabangsa telah menimbulkan kesan yang teramat jelas kepada penduduk Palestin di Semenanjung Gaza.
 Sumber 22/01/2012, web berita Safa.ps dan web berita Paltimes.net



 sumber : map2care


PERHATIAN : Bancian Bagi Urusan Visa



Berikutan kesulitan yang dihadapi oleh mahasiswa-mahasiswi Malaysia sewaktu berurusan di pejabat imigresen Mesir untuk memperbaharui tempoh visa belajar, Persekutuan Melayu Republik ArabMesir(PMRAM) telah melakukan perbincangan bagi mengatasi kesulitan tersebut . Oleh yang demikian, Persekutuan Melayu Republik Arab Mesir(PMRAM) akan mengadakan satu bancian di peringkat PMRAM untuk mengumpul maklumat penuh berkaitan bilangan mahasiswa dan mahasiswi yang telah tamat tempoh visa mereka.

Maklumat yang diperlukan seperti di bawah:
1. Nama penuh
2. Nombor passport
3. Tempoh tamat visa

Bancian akan dibuat melalui borang yang diedarkan selama lima hari, bermula pada hari Isnin, 23 Januari 2012 sehingga hari Jumaat, 27 Januari 2012.

Justeru itu, pihak KPIPM mengharapkan kerjasama daripada seluruh mahasiswa dan mahasiswi perak untuk memberikan maklumat yang diperlukan kepada Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadhah KPIPM melalui Saudara Amar Arif Bin Ahmad Po’aad di talian +20112-2909385 dan Saudari Nurfarhana Binti Ali di talian +20111-6421360.  

Saturday, January 21, 2012

MAKLUMAN TERKINI : Sistem Dermasiswa Online MAIPk Telah Dibuka





Adalah dengan ini pihak Jabatan Setiausaha Agung KPIPM dimaklumkan bahawa permohonan Sistem Dermasiswa Online MAIPk bagi sesi 2011/2012 telah dibuka oleh pihak jawatankuasa Dermasiswa MAIPk.


1.      Bagi yang pernah mendaftar, ikuti arahan seperti yang tertera di    laman web http://www.maiamp.gov.my/dermasiswa//iaitu terdapat link untuk semakan no kad pengenalan, sistem akan menghasilkan nombor permohonan baru bagi tahun 2012 .


2.     Pemohon perlu mengemaskini sebarang maklumat, terutama sekali di bahagian E di mana perlu menambah tahun pengajian.


3.     Mengemaskini bahagian F, sejarah pengajian terkini.


4.     Pemohon yang pertama kali membuat permohonan, anda perlu mengisi sistem Dermasiswa Online MAIPk dengan menanda di ruangan PERTAMA KALI MENDAFTAR, mengisi segala butiran yang terdapat di dalam sistem .


Justeru itu, pihak Jabatan Setiausaha Agung KPIPM mengharapkan agar setiap pemohon dapat mengambil perhatian terhadap perkara seperti berikut :


1.      Pemohon yang pernah memohon melalui sistem Dermasiswa online MAIPk sebelum ini, sila pastikan dapat menyediakan tasdiq kuliah(pengesahan pengajian) bermula awal sesi pengajian di Mesir beserta keputusan peperiksaan terkini.


2.     Pemohon yang pertama kali membuat permohonan, boleh menyerahkan borang dan maklumat yang dikehendaki(seperti tertera pada muka hadapan borang zakat manual) kepada pihak Pejabat Hal Ehwal Pelajar (HEP) melalui Setiausaha Agung KPIPM.


3.     Sebarang maklumat akan dimaklumkan daripada masa ke semasa melalui Blog Rasmi KPIPM http://kpipm64.blogspot.com/ dan FB Pmram Cawangan Perak http://www.facebook.com/profile.php?id=100002271293873&ref=tn_tnmn.


4.     Sebarang pertanyaan boleh merujuk kepada Saudara Ahmad Shazwan Bin Khalid, Setiausaha Agung KPIPM di talian +20114-5241856 dan Saudari Nurhafsah Binti Awalluddin, Setiausaha HEWI KPIPM di talian +20111-0560554.



 .

Thursday, January 19, 2012

Syariah : Makna dan Dasarnya



بسم الله الرحمن الرحيم ، الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله ، وعلى آله ومن ولاه


Di dalam melaksanakan syariah Islam di dalam negara, terdapat aulawiyat yang perlu dipatuhi oleh mereka yang diizinkan Allah memegang tampuk kekuasaan.Berikut adalah sedikit perkongsian yang diolah kembali daripada rakaman temuramah bersama Dr Yusof al-Qardhawi di bawah tajuk “Syariah: Makna dan Dasarnya,” menerusi rancangan Syariah Dan Kehidupan, saluran al-Jazeera.

Muqaddimah

Terlebih dahulu beliau mengucapkan tahniah kepada saudara-saudara kita di Mesir yang telah berjaya menjalani pilihanraya dengan ketiga-tiga peringkat dan memilih calon-calon yang disokong oleh sebahagian besar rakyat.Tidak mungkin seluruh semuanya manusia bolehbersepakat di atas suatu perkara, ini sememangnya tabiat manusia.Maka, jika sebahagian besar manusia menyokong, sudah menandakan satu kebaikan, Insya Allah.Beliau mengucapkan tahniah dan mendoakan mereka mendapat petunjuk dalam melalui peringkat yang seterusnya.

1)      Takrif syariah:

ما شرعه الله لعباده من الأحكام

“Segala perkara yang Allah syariatkan kepada hambaNya, daripada hukum hakam.”

Ada di antaranya suruhan dan ada pula larangan. Ada di antaranya yang berkaitan dengan ( كيفية العمل ) ‘cara beramal’ dan dinamakan sebagai ( فرعية وعملية ) ‘cabang dan amalan.’ Ilmu yang berkaitan dengannya dinamakan sebagai ilmu fiqh, syariah dan hukum. Dan ada pula yang berkaitan dengan ( أصل العمل ) ‘dasar amalan’ dan dinamakan sebagai ( أصلية واعتقادية ) ‘usul dan pegangan.’ Ilmu yang berkiatan dengannya dinamakan sebagai ilmu kalam, tauhid atau aqidah

2)      Syariah dan agama:

Jika berdasarkan takrif di atas, syariah itu sendiri adalah agama.

Namun sebahagian ulama membezakan antara penggunaan kalimah syariah kepada maksud yang lebih khusus, iaitulah hukum hakam fiqh.Sebagaimana di al-Azhar dinamakan kuliah yang menumpukan pengajian fiqh sebagai kuliah syariah, dan kuliah yang mengaji akidah dinamakan kuliah usuluddin. Syeikh Mahmud Syaltut, Syeikuhul Azhar pernah mengarang sebuah kitab bertajuk “Islam itu Aqidah dan Syariah.”

3)      Kenapa Allah turunkan Syariah?

Firman Allah taala:

لقد أنزلنا رسلنا بالبينات وأنزلنا معهم الكتاب والميزان ليقوم الناس بالقسط
كتاب أنزلناه إليك لتخرج الناس من الظلمات إلى النور

Allah taala maha kaya daripada hambaNya, Dia tidak berhajat kepada sesuatu daripada hambaNya. Di dalam ayat pertama disebut: “Agar manusia menegakkan keadilan,” ayat  kedua “Mengeluarkan manusia dari kegelapan kepada cahaya.”

Secara ringkasnya, syariah adalah:

كل ما يهدى الناس في الحياة إلى الطريق القويم والتوازن

Setiap perkara yang menyusun kehidupan dan memandu kepada jalan yang lurus dan sistematik, itulah tugasan syariah, agar mereka mendapat kebaikan di dunia, dan di akhirat.

4)      Sumber-sumber syariah:

Syariah diambil daripada dalil-dali syarak. Terdapat dua jenis dalil: pertama dalil yang disepakati. Iaitulah al-Quran yang merupakan sumber yang paling utama, kemudian sunnah, ijmak dan qias. Jenis yang kedua pula dalil yang terdapat perselisihan antara ulama seperti amalan umat terdahulu, masaleh mursalah, istihsan, uruf, istishab dan sebagainya (rujuk kitab-kitab usul fiqh) Semua sumber-sumber ini sudah memadai bagi menyelesaikan setiap permasalahan manusia.

5)      Apakah perkara yang ( الثابت ) ‘tetap.”?

Perkara yang ( الثابت ) ‘tetap’ dan tidak akan berubah adalah yang berkaitan dengan akidah, ibadah yang asas, akhlak-akhlak yang utama, nilai murni dan perkara (الرذائل ) ‘yang dipandang keji’, halal dan haram, perkara-perkara yang dasar yang berkaitan dengan individu, mencari pekerjaan halal, berpakaian menutup aurat, makanan halal, hubungan antara suami isteri, kaum kerabat, hak-hak asas masyarakat, pemerintah, rakyat dan sebagainya. (Yakni perkara yang sudah diijmak dan bukan tempat ijtihad)

6)       Apakah perkara ( المتغير ) ‘boleh berubah’ dan syarat-syaratnya?

Perkara yang ‘boleh berubah’ adalah selaindaripada perkara sabit.Iaitulah yang bukannya dari masalah akidah, ibadah, akhlak-akhlak utama, bukan juga dari hukum qatie yang tidak menerima sebarang perubahan, seperti masalah pewarisan harta yang sudah disebutkan secara jelas di dalam al-Quran dan hadis, kerana sudah disepakati oleh seluruh umat.Perkara sabitini tidak menerima perubahan atau ijtihad.

Perkara mutaghayyir adalah cukup banyak iaitulah segala perkara yang boleh dimasuki ijtihad.Ia dikaji di dalam ilmu fiqh dengan perbahasan yang cukup meluas. Daripada sini timbulnya perubahan fatwa. Fatwa boleh berubah mengikut 4 perkara: masa, tempat, uruf (adat setempat) dan keadaan.

Jadi di sana terdapat perkara yang boleh berubah, dan ada perkara yang tidak berubah, Iaitulah perkara yang menjadi dasar dan asas agama.

7)      Perlaksanaan Syariah

Sebahagian manusia apabila mendengar kalimah undang-undang syariah terus rasa takut.Seolah-olah syariah tidak mampu memberikan keadilan.Sebenarnya syariah adalah amat bertepatan dengan nas dan akal manusia.Ia akan dilaksanakan sebagaimana dilaksanakan undang-undang biasa. Bukan bermakna apabila kita mahu melaksanakan syariah terus kita memotong tangan pencuri. Saya berpendapat perkara ini tidak akan boleh terus dilaksanakan dalam tempoh 5 tahun yang terdekat. Kita sebenarnya amat berhajat untuk mendahulukan perlaksanaan dasar, yang berkaitan dengan akidah, akhlak, ekonomi, ilmu tentang syariah.Terdapat dua juta penduduk jalanan di Mesir sekarang, yang tidak mempunyai pendidikan. Adakah apabila kita melaksanakan syariah kita terus akan memotong tangan mereka? Terlebih dahulu kita perlu mengajar mereka, memberi pemahaman, memenuhi keperluan terhadap perkerjaan, pengetahuan, dan keperluan asas.Semua ini perlu dilaksanakan sebelum dilaksanakan hudud.Bukankah Nabi memulakan dakwahnya dengan membetulkan akidah dan menanam pemahaman selama 10 tahun di Mekah.Baginda terlebih dahulu menjelaskan halal dan haram, membersihkan jiwa dan mempersiapkan manusia untuk melaksanakan syariah. Setiap pihak yang akan memegang tampuk pemerintahan amat perlu memahami perkara ini terlebih dahulu.

8)      Berperingkat  di dalam melaksanakan syariah

Hukum syariah banyak memberikan contoh kepada tadarruj.Contohnya pengharaman arak.Arak diharamkan menerusi beberapa peringkat di dalam beberapa ayat.Lihatlah bagaimana Allah mencipta segala perkara secara berperingkat-peringkat?pohon anak kecilIni adalah sunnah yang perlu diraikan. Bukan hudud sahaja syariah Islam. Tetapi banyak lagi hukum hakam syariah yang lain.

9)      Siapakah yang boleh melaksanakan syariah. Negara atau umat

Sebahagian perkara syariah boleh dilaksanakan tanpa memerlukan kuasa.Contohnya makan, sembahyang, bekerja, semua perkara ini boleh dilaksanakan mengikut syariah tanpa memerlukan kepada negara.Adakah saya perlu menunggu perintah makan, baru saya makan?Tidak.Perkara berkaitan mencari rezeki yang halal mampu saya laksanakan sendiri tanpa negara.Syariah adalah semua perkara yang berkaitan dengan mukallaf, buat atau tinggalkan.Adapun perkara besar seperti hukuman hudud, hanyalah boleh dilaksanakan oleh negara. Jadi, setiap orang melaksanakan apa yang dituntut daripadanya. Tidak boleh seseorang melakukan perkara diluar bidang kuasanya.Perintah untuk melaksanakan hudud dituju kepada seluruh umat.Tetapi yang boleh melaksanakan hanyalah pemerintah. Jika pemerintah tidak melaksanakan hudud, maka semua akan berdosa. Umat dituntut untuk memastikan pemerintah melaksanakan hudud.

10)   Bolehkan satu golongan melaksanakan hudud sendiri?

Tidak boleh.Tidak boleh sekumpulan manusia melaksanakan hudud sendiri.Mestilah negara yang melaksanakannya.  Firman Allah taala:

يأيها الذين ءامنوا أطيعوا الله وأطيعوا الرسول وأولي الأمر منكم

Ulil Amri adalah ulama dalam bidang kuasanya, dan pemerintah dalam bidang kuasanya.Pemerintah perlu ditaati di dalam perkara yang Allah taala perintahkan kepadanya untuk dilaksanakan.Merekalah yang bertanggungjawab dalam perkara tersebut.Umat pula perlu membantu mereka. Jika kita menangkap pencuri, kita perlu mengajarkan dia bahawa perkara ini salah, bagaimana cara mencari rezeki.Kita tidak boleh terus memotong tangannya sebelum asas-asas ini bertapak kemas.

11)   Khilaf antara mazhab

Kebanyakan hukum syariah mempunyai khilaf.Hanya sedikit sahaja yang tiada khilaf. Sesiapa yang mengkaji ilmu fiqh muqaran akan mendapati kebenaran kata-kata ini. Setengah orang mengatakan kita perlu berpegang kepada zahir nas.Tidak.Syariah mempunyai maqasid dan matlamatnya.Maqasid ini perlu diraikan.

Ibnu Taimiyah melarang orang menegah tentera Tartar minum arak. Arak diharamkan kepada kita kerana ia menyibukkan kita daripada mengingati Allah. Tetapi arak adalah lebih baik buat mereka, kerana arak menyibukkan mereka daripada membunuh.Ini adalah satu contoh pandangan terhadap maqasid. Seorang muslim perlu melihat dimanakah tarjih. Banyak pendapat bukan bermakna kita perlu mengambil semua pendapat.Tidak.Bahkan kita perlu meneliti yang manakah lebih rajih, dan mempunyai maslahah yang paling besar untuk manusia.

Kisah Ibnu Abbas, datang seorang bertanya kepadanya “Adakah pembunuh diterima taubatnya?” Ibnu Abbas melihat wajah penanya dan berkata “Pembunuh tidak diterima taubatnya.”Sahabat-sahabat beliau hairan dan bertanya kepadanya.Beliau menjawab “Aku melihat mukanya dipenuhi perasaan marah, dan dia ingin membunuh seorang mukmin.Maka aku ingin halang dia daripada membunuh.”Maka Ibnu Abbas telah menutup jalan orang tersebut daripada membunuh.Sedangkan sebelum itu beliau memberi fatwa bahawa taubat seorang pembunuh diterima Allah.

Daripada sini, para ulama berkata:

الفتوى قبل الابتلاء بالفعل غير الفتوى بعد الابتلاء بالفعل

“Fatwa sebelum sesuatu perbuatan dilakukan, adalah berbeza dengan fatwa selepas sesuatu perbuatan dilakukan.”



Disediakan oleh :

Mohd Kamal bin Mansor
Felo MANHAL PMRAM

Sumber : pmram.org

Kenapa Aku Tidak Najah Dalam Imtihan ??



Firman Allah s.w.t : “ Dan berdoalah kepada Ku, nescaya akan Ku perkenankan bagimu, sesungguhnya orang - orang yang menyombongkan diri dari menyembah Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina dina “
Apabila tiba musim peperiksaan, pasti akan datang satu perasaan takut, berebar - debar, bosan, kenapa wujud peperiksaan dan sebagainya lagi keluar dalam benak fikiran kita. Mungkin ianya akan terngiang - ngiang dalam fikiran kita”kenapa aku tak najah - najah ni? Bukannya aku tak belajar. Siang malam aku belajar tapi hasilnya aku tak najah-najah jugak.”
Pernahkah kita apabila melihat soalan,  kita tidak dapat menjawabnya?

Itu merupakan masalah - masalah yang dialami oleh kita semua. Sememangnya  kita mengulangkaji pelajaran siang dan malam tetapi kita tidak mengambil cakna beberapa perkara sehingga kita merasa hairan mengapa masih lagi tidak berjaya dalam imtihan.
1)Kurang harapan kita pada Allah. Memang benar kita mengulangkaji pelajaran siang dan malam bahkan sehingga tidak tidur. Tetapi kita lupa pada yang memberikan kejayaan dalam peperiksaan kita iaitu Allah taala. Apabila berjaya kita menganggap ianya adalah hasil usaha sendiri dan tidak mendapat prtolongan sesiapapun.

                                                                                  
Berkata al imam Ibnu Ataillah r.a : “Di antara tanda-tanda orang yang bersandar ( bergantung ) pada amal sendiri adalah kurang harapan kepada Allah apabila berlaku padanya kesalahan”. Kita perlu ingat dan faham apabila berlaku sesuatu perkara yang baik, itu adalah ujian dan nikmat daripada Allah dan apabila berlaku sesuatu perkara yang buruk  maka itu juga adalah ujian dan nikmat daripada Allah.

2)Kurang hubungan dengan Allah. Firman Allah taala: “ Maka ingatlah Aku (dengan berzikir kepada Ku) nescaya Aku akan mengingati kamu” (Al - Baqarah: 152).

 
                                                                             
Apabila tiba musim peperiksaan, kita memang akan mengulangkaji bersungguh sungguh. Itu adalah perbuatan yang baik tetapi berlaku satu kekurangan pada hubungan dengan seperti solat kita, doa kita, munajat kita atau ikhtiar kita dari sudut spiritual. Apabila masuk waktu solat, kita melengah - lengahkan solat sehingga kadang-kadang  ‘ terbabas ‘ untuk menunaikan solat. Bila berlaku keadaan seperti itu,agak sukar untuk Allah memberikan kejayaan kepada kita.
3)Sikap mementingkan diri sendiri. Ini adalah sikap yang perlu kita hindari kerana ini adalah sikap yang negatif lebih - lebih lagi kita sebagai mahasiswa.

Firman Allah s.w.t : “ Dan hendaklah kamu tolong - menolong dalam perkara - perkara kebaikan dan ketaqwaan dan janganlah kamu tolong - menolong dalam perkara - perkara kejahatan dan permusuhan “.  Apabila sahabat kita memerlukan pertolongan, janganlah kita memberatkan tulang kita untuk memberi pertolongan kepada sahabat kita kerana itulah peranan sahabat.

Saling bantu membantu antara satu sama lain barulah tersemai kemanisan ukhuwwah yang akan merapatkan lagi hubungan dalam bersahabat. Apabila kita memberi pertolongan kepada sahabat kita yang memerlukan walaupun hanya sedikit pertolongan yang diberikan ikhlas kerana Allah, bukan sahaja pahala yang Allah ganjarkan tetapi Allah akan tambahkan nikmat kepada kita iaitu kejayaan dalam peperiksaan, kejayaan di dunia dan kejayaan di akhirat.
Jadi janganlah kita amalkan sikap negatif ini supaya kita mendapat kejayaan dalam peperiksaan dengan keberkatan daripada Allah. Perbanyakkanlah doa kepada Allah kerana Allah sangat cinta kepada sesiapa yang meminta minta kepadaNya.


“Carilah ketenangan dapatkan bahagia.Cintakan Allah setiap masa.Bila zikrullah itu dihayati,maka barulah 'bahagia' itu kita akan temui”.



sumber : ubs-pmram


LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024 Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2023/2024 KAHERAH, 17 & 18...