Iklaneka

Tuesday, January 31, 2012

Sepanduk Kreatif Sempena Maulidur Rasul




Makluman kepada seluruh ahli KPIPM,

Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM akan mengadakan Pertandingan Sepanduk Kreatif sempena Sambutan Maulidur Rasul.
  1. Terbuka kepada seluruh ahli KPIPM yang menetap di Wisma Darul Ridzuan dan rumah sewa sekitar Kaherah.
  2. Setiap syaqah/rumah sewa dikehendaki menghantar sekurang-kurangnya 1 penyertaan.
  3. Bertemakan ‘Maulidur Rasul’.
  4. Reka bentuk sepanduk mengikut kreativiti masing-masing.
  5. Kertas mahjong disediakan (1 only)
  6. Pemenang akan ditentukan oleh juri pertandingan dan keputusan adalah muktamad.
  7. Tarikh tutup penyertaan 3/2/2012 (Jumaat) jam 12 tengahari.

Penyertaan boleh dihantar terus kepada :

·         Saudara Adil Fadzil 014-6286249
·         Saudara Ali Fathullah 014-1742708
·         Saudari Rukhaiyah 014-8458048
·         Saudari Umi Atikah 011-22528674

Hadiah menarik menanti anda.

Saturday, January 28, 2012

Bersama Membantu Memperjuangkan Agama Allah




KAHERAH, 26 Januari- Dalam usaha membentuk generasi pemuda yang berkualiti dan berintegriti, Biro Dakwah dan Tarbiah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) dengan jayanya telah mengadakan program Ehya’ Al-Jum’ah  yang merupakan salah satu aktiviti mingguan yang melibatkan seluruh ahli KPIPM dengan tujuan merapatkan hubungan sesama ahli disamping beberapa pengisian rohani.

Bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan A, program dimulakan dengan solat Maghrib berjemaah, alunan burdah dan bacaan yasin secara beramai-ramai yang dipimpin oleh saudara Mohd Adil Bin Mohd Fadzil merangkap Ketua Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2011/2012.

Majlis diteruskan lagi dengan tazkirah yang disampaikan oleh  Saudari Saidatul Yuhanis Binti Dahwani sebagai santapan rohani kepada semua ahli yang hadir. Beliau telah berpesan mengenai  kriteria-kriteria yang perlu ada oleh seseorang pejuang yang ingin mencapai kemenangan dalam sesebuah perjuangan.


Setelah selesai solat isyak dan solat hajat berjemaah, Program Ehya’ Al-Jum’ah diserikan dengan Majlis Wada’ bersama  Saudara Hafizzul Azri Bin Azman yang merupakan Ketua Badan Ekonomi PMRAM 2011 merangkap Badan Pengurus Angkat  KPIPM. Beliau telah berkongsi sedikit sebanyak mengenai pengalaman beliau sebagai seorang pelajar serta sebagai seorang kepimpinan. Beliau juga telah berpesan kepada semua yang hadir supaya terus menjaga KPIPM dan PMRAM serta bersedia menghulurkan apa jua bantuan dalam membantu memperjuangkan Agama Islam yang mulia ini.

Program Ehya’ Al-Jum’ah  telah diteruskan pada keesokan paginya dengan solat subuh berjemaah serta pengisian tazkirah daripada pentazkirah-pentazkirah yang telah ditaklifkan dalam kalangan ahli KPIPM sendiri. Bertempat di Dewan syeikh Sya’rawi saudara Muhammad Sufi Bin Haniffah yang telah membicarakan mengenai kesyukuran kita kepada Allah S.W.T . atas segala nikmat yang diberikan kepada kehidupan manusia. Manakala di Dewan Musolla Wisma Perak B, saudara Zulfadli Hadi Bin Abdul Kadir.

Program Ehya’Al-Jum’ah ditangguhkan dengan bacaan surah Al-Waqiah dan Surah Ar-Rahman secara berjemaah.

Friday, January 27, 2012

Hubungan Dengan Allah (HDA)



" Ya Allah bantulah aku, walaupun ujian ini berat bagiku tetapi aku tahu ini adalah suatu yang terbaik yang Kau berikan kepadaku,Kau berikanlah kekuatan agar aku tidak futur dalam meneruskan           kehidupan dan terus istiqomah dalam mengabdikan diri kepadaMu.." bisik hati kecil Uwais dengan pengharapan doa kepada Rabbnya. " Sabarlah Uwais, ana tahu enta seorang yang kuat, HDA sangat penting, pelihara dan jagalah ia sebaik-sebaiknya. InsyaAllah pasti ada jalan penyelesaian terhadap ujian enta ni. Jaga HDA, jaga HDA ok!"

Begitulah, kata-kata semangat yang diulang-ulang Umar kepada Uwais. Kadang-kadang, ianya      menjadi kata-kata keramat yang membina semangat dalam sesuatu masalah dan kadang-kadang ia sebagai pengubat hati yang resah ketika kita menghadapi waktu-waktu sukar seperti final exam. Kata keramat “ jaga HDA sahabat-sahabat! ” sering terpancar dari mulut tatkala ingin memohon doa. Di sini, dengan kudrat yang Allah beri, sama-samalah kita muhasabah diri agar kita kembali sedar dan faham dengan ‘word’ mahal itu. Agar kita dapat juga sama-sama menghayatinya serta merenung kembali hakikat kehidupan kita. Benar, ianya ada kaitan dengan kehidupan kita, bahkan seluruh kehidupan kita.


Mungkin kita selalu merasai bahawa saat kita berhubung dengan Allah hanyalah tatkala ibadah-ibadah khusus seperti solat dan sebagainya. Dan kita hanya merasai Allah ada di samping kita tatkala itu sahaja. Hakikatnya tidak wahai sahabat-sahabat yang dikasihi kerana Allah. Dimana sahaja, bila, dan dalam keadaan apa jua sekalipun, bukankah kehidupan kita ialah ibadah? Merasai kebersamaan    dengan Allah itulah yang menjadikan ”ianya” sebagai ibadah. Maksud “ianya” ialah seluruh aktiviti     kehidupan kita. Ibadah yang syumul adalah asas kepada Islam yang syumul.

Kita hubungkan segala aktiviti kita dengan Allah. Permainan kita, mesyuarat kita, majlis-majlis kita,   semasa dalam kelas, dan seluruh aktiviti, ruang lingkup hidup itu sendiri dengan HDA. Titik mula inilah yang memandu kehidupan kita dalam memahami dan merasai kehendak-kehendak Islam. Apatah lagi kehendak Allah itu sendiri.


Sebab itulah kita tidak mahu hubungan dengan Allah ini terputus setelah kita melangkah keluar dari masjid atau program-program keagamaan yang lain. Kita tidak mahu merasai bahawa memakai tudung dengan sempurna itu hanya untuk pelafar-pelajar jurusan agama atau ustazah-ustazah sahaja.     Sungguh, dalam urusan seharian kita, semuanya kerana Allah. Dalam kita membuat kerja, kita ada  Allah. Dan dalam kerehatan kita, kita ada Allah. Dalam kita meletakkan perasaan-perasaan kita seperti marah, cinta dan lain-lain, kita ada Allah. Bezanya, sedar atau tidak sedar dan inilah fungsi Iman. Iman yang berfungsi akan meribatkan hubungan hati dengan Allah lantas mengukuhkan asas terbinanya  Islam yang syamil dan kamil. Inilah hakikat menyembah Allah dalam menjalani kehidupan sebenarnya.

Sedarlah, jiwa yang sentiasa berhubung dengan Allah, itulah jiwa yang hidup. Itulah jiwa yang kuat dalam menongkah arus kehidupan. Dan sedarlah wahai sahabat-sahabat, ini hakikat iman yang kita mahu bina! Sebab itulah, jika urusan kita dengan Allah tidak settle, maka yang lain-lain juga kita tidak akan settle. Makna kata settle dalam menjadikan kehidupan kita sebagai medan ubudiah yang          sebenarnya, sebagai medan mencari bekal, untuk kembali bertemu Allah.

(HDA = Hubungan Dengan Allah) 



Pertukaran Jadual Daurah In Winter Season 2012

(Klik pada gambar untuk lebih jelas)

Sukacita dimaklumkan, bahawa jadual Daurah Musim Sejuk 2012 KPIPM telah berlaku pertukaran waktu dan jadual yang dikeluarkan pada iklan sebelum ini harap dapat diabaikan.

Sehubungan itu, seluruh ahli KPIPM diharapkan dapat mengambil perhatian terhadap perubahan yang dibuat.   

Kerjasama daripada semua pihak amat diharapkan agar perubahan jadual ini dapat disebarkan.

Ayuh bersama memeriahkan majlis ilmu.



Thursday, January 26, 2012

Daurah In Winter Season 2012


(Klik pada gambar untuk lebih jelas)

Sempena cuti musim sejuk ini, Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM akan menganjurkan Daurah kitab bagi mengisi masa lapang seluruh ahli KPIPM.

Senarai kitab daurah dan pembentang boleh di rujuk pada iklan yang tertera di atas.

Kitab daurah boleh di dapati di tempat pengajian.

Ayuh, sama-sama kita menghadiri majlis ilmu sebagai bekalan untuk kita semua pada hari mendatang. InsyaAllah.
  

Wednesday, January 25, 2012

Majlis Wada' BP Angkat PMRAM Cawangan Perak


Makluman kepada seluruh ahli KPIPM,

Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM akan mengadakan MAJLIS WADA’ bersama USTAZ MOHD HAFIZZUL AZRI B.  AZMAN, (BP Angkat KPIPM 2011/2012) pada 26.1.2012 (KHAMIS) bertempat Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan ( A ) selepas Solat ‘Isyak.

Anda semua dijemput hadir.


Taqwim KPIPM

Gambar Kenangan

Sila install Google Chrome untuk dapatkan paparan yang baik bagi blog ini. Sila klik pada logo
 
KPIPM. Design by Wpthemedesigner. Converted To Blogger Template By Anshul Tested by Blogger Templates.