Saturday, March 13, 2010

Sasaran pengerusi UBM Perak makin cerah.


13 MAC – Pihak KPIPM mengucapkan tahniah kepada Ustaz Zahid bin Abu Bakar yang bakal mendirikan rumah tangga pada 19 Mac ini. Beliau ketika ditemui, berkata bahawa Majlis Akad akan diwakilkan kepada abangnya di Malaysia.

Majlis akan dibuat di Masjid Lambor Kanan, pada 19 Mac, jam 10 pagi waktu Malaysia, bersama dengan Ustazah Yasidah binti Abu Bakar.

Beliau berkata lagi bahawa beliau telah menyerahkan sedikit sumbangan sempena perkahwinan beliau untuk digabungkan bersama Majlis Penutup Mesra 10, yang akan diadakan pada 21 Mac nanti.

Pengerusi Unit Bait Muslim dan Hisbah KPIPM, Ustaz Muhammad Mujahid bin Ir Haji Mohammad Fadzil tidak ketinggalan dalam mengucapkan tahniah kepada beliau atas kelangsungan ini. Beliau berkata bahawa semenjak beliau memegang Unit Bait Muslim pada sesi 2009/2010, sudah 9 pasang mendirikan rumah tangga dari kalangan ahli KPIPM.

Antaranya Ustaz Khidir bin Insab dan isterinya, Ustaz Shahrullizan bin Tarmizi dan Ustazah Kamariah, Ustaz Firdaus al Hassan dan Isterinya, Ustaz al Hafiz dan Dr Syarifah, Ustazah Farah Arifuddin dan suaminya dan sebagainya, yang terdiri dari kalangan ahli KPIPM, ataupun bekas.

“Insya Allah, beberapa pasang lagi akan turut mendirikan rumah tangga dalam masa yang terdekat ini” Katanya kepada media.

Beliau berkata bahawa senarai ahli KPIPM yang bakal mendirikan rumahtangga akan diumumkan apabila mendapat kebenaran dan persetujuan daripada pihak pengantin yang bakal mendirikannya.

Alhamdulillah, pada sesi ini, pasangan yang berkahwin dan bakal mendirikan rumahtangga akan meningkat berbanding sebelum ini.

Baru-baru ini, KPIPM menerima undangan ke majlis perkahwinan Ustaz Khalil Yahaya dan Ustazah Nur Masyitah Sidek, dan ia telah pun disiarkan di dalam blog sebelum ini.

Ustaz Mohd Zahid bin Abu Bakar adalah salah seorang ahli KPIPM yang banyak bergiat dalam menyumbangkan idea dalam KPIPM. Antaranya beliau memegang jawatan Ketua Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah pada sesi ini. Beliau juga telah dicalonkan sebagai Badan Pengurus PMRAM 2010. Beliau banyak bergiat sebagai tenaga utama penggerak Pusat Sumber Tenaga Manusia PMRAM (PESAT).

Manakala Ustazah Yasidah binti Abu Bakar pula banyak memegang sebagai jawatankuasa Adhoc dalam program-program KPIPM.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM