Wednesday, March 17, 2010

Anda Bosan? Anda Jemu?


Penulis :
Muhammad Zulfadli bin Zainal
mrharaki.blogspot.com

Bosan adalah antara sifat-sifat manusia yang sering dihadapi dalam segala hal. Sifat ini menjadi penghalang kepada kita untuk terus maju dalam segala aspek. Bukan perkara rutin harian sahaja yang akan alami sifat ini, malah soal ibadah juga akan berlaku jika terlalu banyak dan membebankan seseorang. Sebagai contoh amalan berpuasa tanpa berbuka.

Adakah Islam menganjurkan sedemikian? Padahal puasa ini perkara yang baik. Kita perlu jelas bahawa Islam tidak menganjurkan sedemikian. Nabi2 kita juga berpuasa dan berbuka.

Sifat ini berlaku apabila sesuatu perkara yang dilakukan tidak mengikut kehendak diri, bad mood, terlalu menekan, terlalu lama dan sebagainya.

Punca sifat ini akan menyebabkan setiap perkara yang dilakukan akan terhenti. Sebagai contoh pelajar yang bosan untuk ke sekolah. Kenapa dia bosan?apa kesan dia tidak hadir ke sekolah? Kita boleh berandaian bahawa sifat ini cukup merugikan diri. Kita koreksi diri yang kadang kala banyak perkara yang dilakukan sebelum ini terabai dan ditinggalkan kerana sikap bosan dan memandang enteng kerja-kerja mulia. Dulu tiap-tiap malam solat hajat..Sekarang kenapa tidak?Sebelum ini membaca buku sehari seratus muka surat dihabiskan .

Sekarang bagaimana? Jika dulu mampu menghabiskan seratus zikir setiap waktu solat, sekarang hanya tinggal berapa? Lebih dukacita apabila kita tidak terasa bosan apabila melakukan perkara-perkara mungkar. Bahkan apabila melakukan perkara mungkar makin ageresif untuk mencuba kali ke seterusnya. Nauzubillah.

Menyelusuri sejarah para Ulama’-ulama’ yang besar seperti Iman asy-syafie, Iman Malek, Imam Hambali, Imam Hanafi, Imam Wakie’, Imam As-Sayuti RA, Imam Hasan al-Banna, Imam Syeikh Mutawwali Sya’rawi dan ramai lagi Ulama dan para aulia Allah yang hebat dari segi ilmu, dakwah, amalan mereka kepada Allah SWT, mereka ini sepatutnya menjadi contoh tauladan yang baik. Mereka tidak mengenal erti putus asa dalam mengejar ilmu dan keredhoan Allah SWT.

Justeru, Istiqomah dalam segala hal amat perlu. Amalan yang sedikit dan berterusan itu lebih baik daripada amalan yang banyak tetapi hanya seketika. Atasi sifat bosan dengan baik. Hindari dari tinggal terus. Tak mampu buat semua jangan tinggal semua..

Firman Allah SWT (Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum, kecuali jika kaum itu berusaha mengubahnya sendiri)

Diri kita yang layak menentukan kedudukan kita..

“Bekerjalah untuk didunia seolah-olah anda hidup seribu tahun lagi. Dan beramallah untuk akhirat seolah-olah akan mati esok hari..

Anda yang mengalami sifat ini, sila hubungi www.Solat-Doa-usaha-tawakal.com

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM