Home » » Ketibaan Di Bumi Iskandariah

Ketibaan Di Bumi Iskandariah


17 MAC - AJKT yang bertolak dari Zagazig semalam, akhirnya sampai di bumi Iskandariah pada jam 1.45 pagi tadi. Setibanya di sana, mereka telah disambut oleh Ustaz Azizuddin bin Abdullah, selaku wakil Unit Mutazawwijin Iskandariah (UMI).

AJKT telah bermalam di sebuah rumah tumpangan, yang terletak di Assafirah, Iskandariah.

Manakala AJK HEWI masih dalam perjalanan ke Iskandariah.

Sepertimana yang telah dijadualkan, sesi muhasabah sempena Mesra 10 akan diadakan bersama ahli KPIPM di Iskandariah pada jam 1 petang nanti di Dewan Zajlatul Abidah.

Ustazah Siti Salamah binti Hamzah selaku Ketua HEWI memberitahu bahawa persiapan sedang dibuat oleh mandubah Iskandariah, Ustazah Akmal Hafizah bin Fuad. Beliau mengucapkan ribuan terima kasih kepada DMPI atas kesudian untuk menerima kunjungan ini.
Jika Anda menyukai Artikel di blog ini, Silahkan klik disini untuk berlangganan gratis via email, dengan begitu Anda akan mendapat kiriman artikel setiap ada artikel yang terbit di Creating Website

0 comments :

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

 
Support : UPP KPIPM | PMRAM Cawangan Perak | KPIPM
Copyright © 2011. Laman KPIPM - All Rights Reserved
Template Modify by KPIPM64
Proudly powered by Blogger