Tuesday, March 2, 2010

Maulid Nabi SAW Di Peringkat HEWI


KAHERAH 22 FEBRUARI – Muzakarah berkelompok gabungan peringkat akhawat telah diadakan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul 1431 hijrah yang bertempat di wisma (B) Darul Ridzuan.

Tujuan program ini diadakan bagi memperingati kelahiran junjungan besar nabi Muhammad SAW, menguji tahap thaqafah akhawat tentang sirah Nabi Muhammad SAW, mengasah bakat kesenian Islam dan mengeratkan ukhuwah sesama ahli.

Majlis bermula pada jam 9.00 pagi dengan ucapan pembukaan daripada Ust. Norul Aimi Bt. Mohd Razi selaku Ketua Biro dakwah & Tarbiah Hewi KPIPM. Majlis seterusnya diserikan dengan alunan asmaul Husna dan berselawat keatas junjungan besar nabi Muhammad saw beramai-ramai.
Antara aktiviti menarik yang diadakan melibatkan penyertaan daripada setiap wakil muzakarah berkelompok iaitu pertandingan injeksi Minda (kuiz), kaligrafi khat dan hafalan hadis 40.

Selain daripada pertandingan antara usrah-usrah majlis juga diserikan dengan persembahan istimewa daripada Usrah Khairatun Hisan (UKH) dan tayangan Slide show yang berkisar tentang sirah nabi Muhammad SAW.

Majlis penutup telah disempurnakan dengan ucapan daripada ketua Hewi KPIPM, Ustazah Siti Salamah binti Hamzah, yang mengingatkan kepada semua akhawat tentang pengorbanan rasullullah SAW dan mengucapkan terima kasih juga tahniah kerana menyertai program ini.

Seterusnya penganugerahan tokoh Maulidur Rasul, bagi kategori Qudwah Hasanah telah dianugerahkan kepada Ust Nurhafsah Awaluddin dan kategori Tunas Harapan kepada Dr Nasibah Abu Bakar. Majlis diakhiri dengan sedikit jamuan pada jam 1.30 tengah hari.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...