Tuesday, March 2, 2010

KELAP Di Rumah Perak


25 FEB – KPIPM sekali lagi berbangga dengan kehadiran peserta Kem Latihan Penulis PMRAM (KELAP) yang menggunakan Dewan Syeikh Sya’rawi, Wisma Darul Ridzuan A.

Program yang diadakan pada 25 Februari itu bermula seawal 8 pagi lagi, yang telah dianjurkan oleh Badan Penerbitan dan Penerangan PMRAM.

Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir, berkata bahawa beliau selaku YDP berbangga dan berbesar hati kerana KPIPM dapat memberikan khidmat kepada PMRAM.

KELAP adalah satu ruang bagi peminat penulisan kreatif di kalangan ahli PMRAM. Maka, Beliau mensarankan kepada ahli KPIPM yang berminat dalam penulisan jenis ini, untuk menyertai KELAP.

Beliau juga berkata bahawa ahli KPIPM akan terus bersedia memberi khidmat kepada PMRAM dalam menyatukan mahasiswa Islam Melayu di Mesir.

No comments:

Post a Comment

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 Firman Allah SWT : { فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَ...