14 MAC – Seawal pagi tadi, Ahli Jawatan Kuasa Tadbir KPIPM telah tiba di bumi Dumyat pada jam 2.15 pagi.
AJKT disambut oleh Mandub Dumyat, Nik Mohd Farid bin Zamanhuri, dan seorang ahli KPIPM, Mohd Haris bin Che Anuar, dan bermalam di rumah mereka.
Keahlian KPIPM di Dumyat seramai 28 orang. Iaitu 6 orang daripadanya adalah dari kalangan mahasiswa baru, dan selebihnya telah berdaftar pada sesi sebelum ini.
Yang Dipertua KPIPM, Ustaz Khairul Asyraf bin Mohd Khir berkata bahawa ahli KPIPM di Dumyat antara ahli yang banyak membantu dalam pergerakan DPMD. Contohnya di dalam carta organisasi Dumyat, terdapat beberapa pimpinan dari kalangan ahli KPIPM sendiri, katanya.
No comments:
Post a Comment