Monday, March 15, 2010

AJK HEWI Mengambil Kesempatan Menziarahi Makam Syeikh Sya’rawi


15 MAC – Perjalanan AJK HEWI ke Mansurah telah dimanfaatkan dengan persinggahan sebentar di Makam Syeikh Sya’rawi yang terletak di dalam perjalanan antara Kaherah dan Mansurah.

AJK HEWI tiba di makam tersebut pada jam 10.35 pagi, dan kesempatan ini digunakan sebaik mungkin oleh mereka untuk lebih mendekati para ulama’ dan wali Allah.

Syeikh Sya’wari yang lahir pada 1911 dan wafat pada 1998 telah banyak memberi sumbangan dan ilmu kepada masyarakat Mesir. Beliau juga adalah seorang dermawan, sepertimana yang telah diceritakan.

Bersempena dengan ketokohan beliau, KPIPM telah menamakan dewan di Wisma Darul Ridzuan A, dengan nama Dewan Syeikh Sya’rawi.

No comments:

Post a Comment

Gambar Kenangan

Taqwim KPIPM

TV PMRAM