Monday, November 18, 2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024



LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36)
KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

KAHERAH:- Program Mesyuarat Agung Tahunan kali Ke-58 & Mesyuarat Tahunan HEWI (MAT-58 & MTH-36) sesi 2023/2024 anjuran Jabatan Setiausaha Agung Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2023/2024 dengan bertemakan “Syura Pemacu Wadah Kesatuan”.

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-58 dan Mesyuarat Tahunan HEWI Kali ke-36 telah berlangsung pada 19 Oktober 2024 bertempat di Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi, Wisma Perak Baitul Ridzuan. Program telah dimulakan dengan kalam ucapan daripada Pengarah MAT-58 & MTH-36 KPIPM sesi 2023/2024, Ustaz Hafizh Nurhaziq bin Husin dan diteruskan dengan ucapan perasmian yang telah dirasmikan oleh Yang Dipertua Badan Kebajikan Anak Wilayah Mesir sesi 2023/2024, Ustaz Nuril Anwar bin Ibrahim. Gimik perasmian MAT-58 & MTH-36 juga telah disempurnakan oleh perasmi.Seterusnya,majlis diteruskan dengan penyampaian anugerah daripada setiap biro KPIPM sesi 2023/2024.


Pada 21 Oktober 2024 bersamaan hari Khamis telah berlangsungnya roadshow yang bertajuk "Bual Bicara Bersama YDP". Roadshow ini telah menampilkan gandingan dua orang pimpinan yang cukup hebat iaitu Ustaz Muhammad Azib bin Azizan,Timbalan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2023/2024 sebagai moderator dan Ustaz Muhamad Naqib Ajwad bin Ismail,Yang Dipertua KPIPM sesi 2023/2024 sebagai panel.Dalam sesi roadshow,beliau telah berkongsi tentang pengalaman dalam dunia kepimpinan.KPIPM juga telah mengadakan iftar jamaie bersama anak-anak Perak sempena puasa sunat hari isnin.

Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-58 dan Mesyuarat Tahunan HEWI Kali ke-36 telah mengadakan Ribat Perdana Khas pada 25 Oktober 2024 bersamaan hari Jumaat.Pihak program telah menjemput Ustaz Muhammad Hadi bin Idris,Pengerusi Lembaga Penasihat Badan Kebajikan Anak Wilayah Mesir sesi 2023/2024 bagi menyampaikan kupasan kitab yang berjudul “Syura Antara Realistik Dan Retorik”.Majlis diakhiri dengan penyampaian cenderahati kepada pengisi sebagai tanda ucapan terima kasih.

Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-58 dan Mesyuarat Tahunan HEWI KAli ke-36 telah menjalankan “Malam Cinta Palestin” dengan kerjasama Biro Dakwah dan Tarbiah KPIPM sesi 2023/2024 pada 31 Oktober 2024 bersamaan hari Khamis.Tujuan program ini dijalankan adalah untuk memupuk rasa cinta dan prihatin kita terhadap keadaan negara Palestin.Program telah bermula dengan bacaan Surah Yaasin yang diketuai oleh Ustaz Wan Muhammad Hafiz bin Wan Saleh dan diteruskan lagi dengan alunan qasidah yang dibawa oleh Kumpulan Usrah Muhazzirun.Program diteruskan lagi dengan aktiviti menarik iaitu tayangan video,deklamasi sajak dan persembahan nasyid.Pihak program juga menyediakan jamuan ringan kepada semua hadirin sebelum pulang.

Mesyuarat Tahunan Hewi telah bermula dengan majlis perasmian Mesyuarat Tahunan HEWI kali ke-36 disebelah pagi bertempat di Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi, Wisma Perak Baitul Ridzuan.

MTH-36 kali ini telah dimulakan dengan bacaan ayat suci Al-Quran yang dialunkan oleh Ustazah Nurul Syafiqah binti Nardi dan disempurnakan dengan ucapan Ketua HEWI sesi 2023/2024, Ustazah Iffah Zulaikha binti Arif Iskandar.

Majlis diteruskan dengan perlantikan pengerusi sidang, setiausaha sidang dan pengira undi oleh Ketua HEWI serta briefing pelantikan.

Seterusnya, majlis diteruskan dengan pembentangan dan pengesahan minit mesyuarat tahunan HEWI kali ke-35, perkara-perkara berbangkit, pembentangan laporan jabatan dan biro disusuli dengan sesi muhasabah dan cadangan daripada para perwakilan dan cabutan bertuah.

Majlis bersambung dengan penyampaian hadiah anugerah Tokoh Mujahidah Mardhatilah dan Tunas Harapan yang dianugerahkan kepada Ustazah Amni 'Arifah binti Mohd Mokhlis dan Ustazah Aida Afifah binti Abdullah. Moga dengan harapan ini dapat dijadikan qudwah dan dorongan kepada semua aktivis untuk terus bersama KPIPM.

Majlis diakhiri dengan ucapan penangguhan daripada Ustaz Muhamad Naqib Ajwad bin Ismail, Yang Dipertua KPIPM sesi 2023/2024. Alhamdulillah majlis berakhir pada jam 5 petang dan berjalan dengan lancar.


Pada 3 Oktober 2024 bersamaan hari Ahad telah berlangsung Mesyuarat Agung Tahunan KPIPM Kali ke-58 bertempat di Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi,Wisma Baitul Ridzuan.Program tersebut bermula pada pukul 4.00 petang selepas menunaikan solat Asar berjemaah dan dimulakan dengan ucapan pengerusi majlis,nyanyian lagu serta perarakan masuk pimpinan.Seterusnya,program diteruskan lagi dengan ucapan aluan Yang Dipertua KPIPM sesi 2023/2024 dan pelantikkan pegerusi sidang,setiausaha sidang dan pengira undi.Kemudian, penyampaian taklimat Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-58 telah disampaikan oleh Ustaz Muhammad Nazreen Faris bin Zaini,Setiausaha Agung KPIPM sesi 2023/2024.

Agenda meyuarat diteruskan lagi dengan pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-57 serta perkara-perkara berbangkit.Seterusnya,mesyuarat diteruskan dengan pembentangan laporan aktiviti biro dan jabatan sehingga selesai.Selepas itu,majlis ditangguhkan seketika untuk berehat,solat Maghrib berjemaah dan makan.Program diteruskan lagi dengan slot muhasabah dan cadangan umum KPIPM,penyampaian ithar,Anugerah Tokoh Aktivis dan Anugerah Emas,pembentangan dan pengesahan laporan kewangan dan pelantikkan juruaudit KPIPM sesi 2024/2025.Akhir sekali,ucapan wakil badan penasihat,ucapan Ketua HEWI KPIPM sesi 2023/2024 dan ucapan penangguhan Yang Dipertua KPIPM sesi 2023/2024.

Seterusnya,majlis ditersukan dengan perarakan keluar pimpinan sesi 2023/2024 dan pengisytirahan Ahli Jawatankuasa Tadbir KPIPM sesi 2024/2025 oleh Jawatankuasa Khas Pilihanraya.Kemudian,majlis ditutup dengan ucapan Yang Dipertua KPIPM sesi 2024/2025 dan agihan makanan kepada semua hadirin.


Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan oleh kepada para perwakilan, pemerhati serta seluruh barisan kepimpinan yang bantu melancarkan perjalanan program. Tiada daya dan tiada upaya melainkan Allah SWT yang menggerakkan hati-hati kita semua agar bersatu menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan. Pihak program sangat berharap pelaksanaan mesyuarat pada kali ini dapat menuaikan hasil yang terbaik dan membuahkan natijah yang sempurna di mata sisi Islam. Di samping itu, kami juga mendoakan semoga pelayaran kapal yang akan dipimpin oleh Ahli Jawatankuasa Tadbir dan Ahli Jawatankuasa HEWI KPIPM sesi akan datang agar dapat berlayar dengan baik.

Thursday, November 7, 2024

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2024/2025

MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2024/2025
Jabatan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2024/2025

Makluman kepada seluruh ahli, berikut adalah direktori Ahli Jawatankuasa Tadbir, Ahli Jawatankuasa Hal Ehwal Wanita Islam & Anggota Badan Penasihat KPIPM sesi 2024/2025

Siruu 'Ala Barakatillah.

#60TahunSetiaBersama
#KPIPMKeluargaKita
#KeluargaKitaKitaJaga

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

Tuesday, October 15, 2024

MINDA PIMPINAN | MEMBINA GENERASI HARAPANUnit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024




MINDA PIMPINAN | MEMBINA GENERASI HARAPAN
Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 

بسم اللّٰه الرحمن الرحيم
الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وصحبه أجمعين أما بعد

Firman Allah SWT didalam kitab al-Furqan :

يٰٓاَيُّهَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا كُوْنُوْٓا اَنْصَارَ اللّٰهِ كَمَا قَالَ عِيْسَى ابْنُ مَرْيَمَ لِلْحَوَارِيّٖنَ مَنْ اَنْصَارِيْٓ اِلَى اللّٰهِۗ قَالَ الْحَوَارِيُّوْنَ نَحْنُ اَنْصَارُ اللّٰهِ فَاٰمَنَتْ طَّاۤىِٕفَةٌ مِّنْۢ بَنِيْٓ اِسْرَاۤءِيْلَ وَكَفَرَتْ طَّاۤىِٕفَةٌۚ فَاَيَّدْنَا الَّذِيْنَ اٰمَنُوْا عَلٰى عَدُوِّهِمْ فَاَصْبَحُوْا ظٰهِرِيْنَ

Maksudnya : "Wahai orang-orang yang beriman, jadilah penolong-penolong (agama) Allah sebagaimana Isa putra Maryam berkata kepada pengikut-pengikutnya yang setia, “Siapakah para penolongku menuju kepada (pertolongan) Allah?” Para pengikutnya yang setia itu berkata, “Kamilah penolong-penolong (agama) Allah.” Maka, segolongan dari Bani Israil beriman dan segolongan (yang lain) kufur. Lalu, Kami menguatkan orang-orang yang beriman menghadapi musuh-musuh mereka sehingga menjadi orang-orang yang menang". (Surah as-Saff :14)

Didalam kamus dewan bahasa dan pustaka edisi keempat menyebutkan, maksud generasi adalah kumpulan atau individu yang lahir pada waktu yang lebih kurang sama atau seangkatan manakala maksud harapan adalah sesuatu atau seseorang yang diharapkan.

Maka, maksud generasi harapan adalah generasi muda yang mampu memikul amanah dan bertanggungjawab dalam menentukan hala tuju masa depan negara mengikut garis panduan yang telah ditetapkan dalam Islam.

Tanggungjawab membawa risalah Islam adalah tanggungjawab yang berat. Maka golongan pemudalah yang bertanggungjawab untuk memikul amanah ini. 

Pemuda adalah individu atau aset dalam membina dan mencetak penerus legasi. 

Kerana apa ditekankan golongan pemuda?
Kerana para pemuda mempunyai semangat juang yang tinggi, tubuh badan yang kuat dan sihat serta akal fikiran yang tajam dan cerdas.

Firman Allah SWT:
لَهُۥ مُعَقِّبَٰتٞ مِّنۢ بَيۡنِ يَدَيۡهِ وَمِنۡ خَلۡفِهِۦ يَحۡفَظُونَهُۥ مِنۡ أَمۡرِ ٱللَّهِۗ إِنَّ ٱللَّهَ لَا يُغَيِّرُ مَا بِقَوۡمٍ حَتَّىٰ يُغَيِّرُواْ مَا بِأَنفُسِهِمۡۗ وَإِذَآ أَرَادَ ٱللَّهُ بِقَوۡمٖ سُوٓءٗا فَلَا مَرَدَّ لَهُۥۚ وَمَا لَهُم مِّن دُونِهِۦ مِن وَالٍ
Maksudnya : “Bagi manusia ada malaikat-malaikat yang selalu mengikutinya secara bergiliran, dari depan muka dan di belakangnya, mereka menjaganya atas perintah Allah. Sesungguhnya, Allah tidak akan mengubah keadaan sesuatu kaum sehingga mereka mengubah keadaan yang ada pada diri mereka sendiri. Dan apabila Allah menghendaki keburukan terhadap sesuatu kaum, maka tiada sesiapa pun yang dapat menolaknya; dan sekali-kali tiada sesiapa pun menjadi pelindung bagi mereka selain daripada-Nya". (Surah al-Ra‘d: 11)

Tidak boleh dinafikan peranan anak muda dalam melakukan perubahan terhadap sesuatu umat.

Tanggungjawab kita selaku Azhari/ah yang menjadi pemula dalam mengamalkan cara hidup Islam serta menegakkan hukum Islam dalam kalangan manusia dan seharusnya kita meyakini bahawasanya kerja agama ini adalah wajib ke atas setiap individu muslim. 

Setiap muslim mestilah bersedia untuk dilatih, banyak berkorban dan mempunyai disiplin yang tinggi. 

Mari kita telusuri sirah agung nabi SAW, bagaimana permulaan atau pentarbiahan dakwah beliau dimulai dengan golongan pemuda. 

Kita lihat juga bukti kekuatan generasi pemuda dalam sejarah Islam. Salah satunya kisah Salehuddin al-Ayyubi, beliau pernah mengharapkan bahawa dialah insan yang akan membuka dan menawan semula kota Baitul Maqdis. Akhirnya, harapan beliau terlaksana. Memang beliaulah insan terpilih yang telah ditakdirkan merebut kembali kota tersebut.

Agak-agak Islam akan sampai kepada kita sekarang tak jika Nabi Muhammad SAW tak bina pelapis? 

Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir juga tidak terlepas daripada melahirkan penerus legasi. Unit Pusat Sumber Tenaga (PESAT) merupakan satu-satunya unit berada di bawah Jabatan Setiausaha Agung KPIPM. Unit ini bertujuan melahirkan dan memperanankan tenaga pelapis bagi meneruskan kelangsungan KPIPM pada masa akan datang. Natijahnya, ramai pelapis yang dapat dilahirkan dan menjadi tulang belakang membantu pergerakan KPIPM. 

Antara kelas yang dijalankan di bawah unit pusat sumber tenaga adalah kelas Adobe Photoshop, Kelas Pengucapan Awam dan Etiket & Protokol. 

Kelas-kelas ini dipilih untuk melahirkan tenaga pelapis yang dapat membantu pergerakan di peringkat KPIPM. 

Justeru itu, marilah sama-sama kita berganding bahu dalam membina generasi harapan agar kelangsungan dan perjalanan kesatuan ini terus bergerak dengan baik. Peranan orang lama yang sarat dengan hikmah dan pengalaman di tambah pula dengan orang baru yang penuh dengan semangat dan tenaga. 

Kesimpulannya, hakikat setiap generasi memiliki kekurangan dan kelebihan masing-masing. Oleh itu, terpundak ke atas diri kita dalam membentuk generasi yang berkualiti dan cemerlang dunia akhirat.

"Membina Generasi Harapan"

#60TahunSetiaBersama
#KPIPMKeluargaKita 
#KeluargaKitaKitaJaga 
#BersamaBersatuJayakanUsulYDP #BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM   

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS 
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"   

Nukilan daripada : Ustaz Ainun Fathiah binti Ahmad Kemunchak
Setiausaha HEWI KPIPM sesi 2023/2024

Wednesday, September 18, 2024

LAPORAN | JAULAH MATRUH & SIWA AKHAWAT SEMPENA SAMBUTAN JUBLI INTAN 60 TAHUN KPIPM SESI 2023/2024



LAPORAN | JAULAH MATRUH & SIWA AKHAWAT SEMPENA SAMBUTAN JUBLI INTAN 60 TAHUN KPIPM SESI 2023/2024
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2023/2024

KAHERAH - 13, 14 & 15 Julai 2024, bersempena cuti semester penggal kedua Universiti Al-Azhar, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir telah mengadakan Jaulah Matruh & Siwa sempena Sambutan Jubli Intan 60 Tahun KPIPM khusus bagi ahli akhawat.

Sedikit laporan berkaitan tentatif perjalanan program pada hari pertama. Seawal jam 10 malam, semua peserta diminta berkumpul di Dewan Syeikh Sya'rawi, Wisma Baitul Rahman bagi semakan nama pendaftaran, beserta solat sunat Musafir secara berjemaah.Bilangan keseluruhan peserta jaulah ini seramai 32 orang termasuk penggerak, Musyrif Mutazawijin dan Musyrif AJKT.  Pada jam 12 malam, bas mula bertolak ke tempat yang dituju.

Pada jam 5 pagi, bas berhenti sebentar di perhentian R&R bagi memberi laluan kepada peserta untuk menunaikan solat fardu Subuh. Kemudian, meneruskan perjalanan dan para peserta menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. Seterusnya di sepanjang perjalanan, Unit Pengisian dan Cenderahati telah mengadakan aktiviti perasmian Jaulah Matruh & Siwa yang telah dimulai dengan ucapan Pengarah iaitu Ustazah Norhafizah binti Ahmad Zanuri dan disempurnakan dengan ucapan Perasmi oleh Ketua Hewi KPIPM , Ustazah Iffah Zulaikha binti Arif Iskandar.

Seterusnya, para peserta diberikan sarapan pagi beserta beberapa pengisian iaitu sesi taaruf peserta dari peserta dan penerangan awal berkaitan lokasi jaulah yang bakal diziarahi oleh Ustazah Humaira' binti Mohd Hatta selaku Musyrifah Pemerangan.

Alhamdulillah sejurus tiba di Marsa Matruh pada jam 9 pagi, para peserta menziarahi destinasi yang pertama iaitu Hammam Cleopatra dan mengadakan sesi tangkap gambar untuk kenangan. Sedikit penerangan berkaitan destinasi tersebut, peserta dapat melihat batu besar yang terdapat lubang dimana air laut boleh masuk dan keluar tatkala ombak datang membadai, dan dikatakan disitu antara tempat mandi puteri Cleopatra.

Kemudian, diteruskan lagi dengan bergerak ke destinasi yang kedua iaitu Pantai Ajibah. Ia dianggap sebagai pantai yang tercantik di Mesir dengan pelbagai jenis warna biru yang berbeza pada air lautnya dan pemandangan yang cantik dan memukau para pengunjung yang melihatnya. Dikatakan pantai ini mempunyai 7 warna air laut yang berbeza saat tenggelamnya matahari. Para peserta melakukan aktiviti bebas iaitu bergambar dan bersiar-siar disekitar pantai tersebut.

Seusai itu, perjalanan diteruskan lagi dengan melawat Pantai Abyadh. Para peserta diberikan pengisian yang menarik dan aktiviti ukhuwah antaranya bergambar, mandi-manda, sedikit permainan ringkas dan makan tengahari. Kemudian, para peserta menunaikan solat jama’ taakhir zohor dan asar di masjid yang berdekatan sejurus selesai aktiviti di pantai.

Kemudian, jaulah ini diteruskan lagi dengan bermusafir ke tempat yang kedua iaitu Siwa  yang mengambil masa selama 6 jam jarak dari Marsa Matruh. Alhamdulillah, seluruh peserta selamat tiba di Siwa tanpa menghadapi sebarang permasalahan. Selepas itu, peserta dibahagikan penempatan, makan malam serta menyelesaikan solat jama’ taakhir di tempat penginapan masing-masing.

Keesokan paginya, perjalanan diteruskan ke Kota Siwa Lama yang juga dikenali sebagai Kota Sarang Semut. Para peserta diberi peluang untuk menaiki kota sarang semut tersebut dan dapat melihat pemandangan dari atas sekitar Siwa. Kemudian kami meneruskan perjalanan ke Kolam Cleopatra. Jaulah diteruskan dengan bersiar-siar di kolam tersebut dan mendengar sejarah berkaitan destinasi tersebut dari Musyrifah Penerangan. Antaranya, kolam tersebut menjadi salah satu sumber air utama kepada masyarakat setempat sekitar Siwa dan pertanian di kawasan tersebut.

Seterusnya, perjalanan diteruskan lagi ke Jabal Dakrur dan bergambar di situ sebagai kenang-kenangan. Ia merupakan sebuah bukit yang besar yang mempunyai banyak sejarah tentang qabilah-qabilah disini. Sejurus selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Bahru Malah, sebuah tasik garam semulajadi yang cantik dan mempunyai keunikan tersendiri. Peserta diberi peluang untuk merasai pengalaman terapungkan diri dengan mandi-mandi disitu.  Dan kami kembali ke tempat penginapan untuk menunaikan solat jamak zohor dan asar serta makan tengahari.

Sebagai penutup pada hari yang kedua, peserta berpeluang mengikuti aktiviti Safari sejurus selesai menunaikan solat jama’ taqdim zohor dan asar. Antara aktiviti yang menarik ialah menelusuri padang pasir dengan menaiki jeep, melawat kawasan ***, minum teh serta melakukan aktiviti sandboarding. Alhamdulillah, aktiviti ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah dikalangan peserta dan melihat pemandangan semula jadi dan unik yang Allah ciptakan disini. Seusai maghrib, para peserta selamat kembali ke tempat penginapan dan makan malam yang disediakan oleh Unit Makanan. 
Pada malamnya, peserta berpeluang membeli cenderahati di sekitar Kota Siwa Lama sebelum kembali ke tempat penginapan untuk menunaikan solat dan  berehat.

Alhamdulillah pada hari ketiga,  kami meneruskan perjalanan yang terakhir iaitu pulang ke Marsa Matruh, sebelum keluar dari Siwa, kami telahpun singgah di jabal Maota untuk mengambil gambar dan diberikan sedikit penernagan dari Musyrifah penerangan. Seterusnya peserta diberikan peluang untuk membeli-belah di Souq Libya yang menjual pelbagai barangan, pakaian dan cenderahati sebagai kenangan sebelum pulang ke Kaherah. 

Dalam perjalanan pulang ke Kaherah, kami diberikan kesempatan untuk berhenti menunaikan solat jamak zohor dan asar serta makan tengahari di sebuah masjid. 

Sebelum sampai ke Kaherah, beberapa aktiviti telah dijalankan dibawah pengendalian Unit Pengisian iaitu acara tukar hadiah, dibawah pengendalian Unit Pendaftaran, Disiplin dan Keselamatan iaitu penyampaian hadiah kepada pemenang quiz, pemenang bagi aktiviti di pantai abyadh beserta cenderahati kepada Musyrif dan musyrifah Penerangan sebagai tanda penghargaan. Alhamdulillah, pada jam 12 malam, bas pun selamat tiba ke kawasan mahkamah Sabik, Kaherah. 

Akhir sekali, besarlah harapan diperingkat program agar para peserta dapat menjayakan Jaulah Matruh & Siwa, bersempena Sambutan Jubli Intan 60 Tahun KPIPM dapat mengeratkan ukhuwah sesama peserta dan memahami sejarah disebalik destinasi yang dikunjungi.

“Sejarah Dihayati, KPIPM Di Hati”

“BERILMU, BERAMAL, IKHLAS”
“MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN”

Disediakan oleh :
Amni A'rifah binti Ahmad Mokhlis
Setiausaha (Unit Cenderahati), Jaulah Matruh & Siwa, sempena Sambutan Jubli Intan 60 Tahun KPIPM sesi 2023/2024
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2023/2024

LAPORAN | JAULAH MATRUH & SIWA IKHWAH SEMPENA SAMBUTAN JUBLI INTAN 60 TAHUN KPIPM SESI 2023/2024


LAPORAN | JAULAH MATRUH & SIWA IKHWAH SEMPENA SAMBUTAN JUBLI INTAN 60 TAHUN KPIPM SESI 2023/2024
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2023/2024

KAHERAH - 15, 16 & 17 Julai 2024, bersempena cuti semester penggal kedua Universiti Al-Azhar, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir telah mengadakan Jaulah Matruh & Siwa sempena Sambutan Jubli Intan 60 Tahun KPIPM khusus bagi ahli ikhwah.

Sedikit laporan berkaitan tentatif perjalanan program pada hari pertama. Seawal jam 11 malam, semua peserta diminta berkumpul di Mahkamah bagi semakan nama pendaftaran. Bilangan keseluruhan peserta jaulah ini seramai 18 orang termasuk 8 orang penggerak. Pada jam 12 malam, bas mula bertolak ke tempat yang dituju.

Pada jam 5 pagi, bas berhenti sebentar di perhentian R&R bagi memberi laluan kepada peserta untuk menunaikan solat fardu Subuh. Kemudian, meneruskan perjalanan dan para peserta menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. Seterusnya di sepanjang perjalanan, Unit Pengisian dan Cenderahati telah mengadakan aktiviti perasmian Jaulah Matruh & Siwa yang telah dimulai dengan ucapan Pengarah iaitu Ustaz Muhammad Naqib Salam bin Ahmad Yusri dan disempurnakan dengan ucapan Perasmi oleh YDP KPIPM , Ustazah Muhamad Naqib Ajwad bin Ismail.

Seterusnya, para peserta diberikan sarapan pagi beserta beberapa pengisian iaitu sesi taaruf peserta dari peserta dan penerangan awal berkaitan lokasi jaulah yang bakal diziarahi oleh Ustaz Iz'aan bin Khairul Anuar selaku Musyrif Penerangan.

Alhamdulillah sejurus tiba di Marsa Matruh pada jam 7 pagi, para peserta menziarahi destinasi yang pertama iaitu Pantai Agibah. Ia dianggap sebagai pantai yang tercantik di Mesir dengan pelbagai jenis warna biru yang berbeza pada air lautnya dan pemandangan yang cantik dan memukau para pengunjung yang melihatnya. Dikatakan pantai ini mempunyai 7 warna air laut yang berbeza saat tenggelamnya matahari. Para peserta melakukan aktiviti bebas iaitu bergambar dan bersiar-siar disekitar pantai tersebut.

Kemudian, diteruskan lagi dengan bergerak ke destinasi yang kedua iaitu Hammam Cleopatra. Sedikit penerangan berkaitan destinasi tersebut, peserta dapat melihat batu besar yang terdapat lubang dimana air laut boleh masuk dan keluar tatkala ombak datang membadai, dan dikatakan disitu antara tempat mandi puteri Cleopatra.

Seusai itu, perjalanan diteruskan lagi dengan melawat Pantai Abyadh. Para peserta diberikan pengisian yang menarik dan aktiviti ukhuwah antaranya bergambar, mandi-manda, sedikit permainan ringkas dan makan tengahari. Kemudian, para peserta menunaikan solat jama’ taakhir zohor dan asar di masjid yang berdekatan sejurus selesai aktiviti di pantai.

Kemudian, jaulah ini diteruskan lagi dengan bermusafir ke tempat yang kedua iaitu Siwa  yang mengambil masa selama 6 jam jarak dari Marsa Matruh. Alhamdulillah, seluruh peserta selamat tiba di Siwa tanpa menghadapi sebarang permasalahan. Selepas itu, peserta dibahagikan penempatan, makan malam serta menyelesaikan solat jama’ taakhir di tempat penginapan masing-masing.

Keesokan paginya, perjalanan diteruskan ke Jabal Dakrur dan bergambar di situ sebagai kenang-kenangan. Ia merupakan sebuah bukit yang besar yang mempunyai banyak sejarah tentang qabilah-qabilah disini. Sejurus selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Tasik Garam (Bahru Malah), sebuah tasik garam semula jadi yang cantik dan mempunyai keunikan tersendiri. Peserta diberi peluang untuk merasai pengalaman terapungkan diri dengan mandi-mandi disitu. 

Selepas itu, kami meneruskan perjalanan ke Kolam Cleopatra. Jaulah diteruskan dengan bersiar-siar di kolam tersebut dan mendengar sejarah berkaitan destinasi tersebut dari Musyrif Penerangan. Antaranya, kolam tersebut menjadi salah satu sumber air utama kepada masyarakat setempat sekitar Siwa dan pertanian di kawasan tersebut.

Seterusnya, perjalanan diteruskan lagi ke Kota Siwa Lama yang juga dikenali sebagai Kota Sarang Semut. Para peserta diberi peluang untuk menaiki kota sarang semut tersebut dan dapat melihat pemandangan dari atas sekitar Siwa. Kemudian, kami menunaikan solat jamak zohor dan asar di masjid berhampiran. Sejurus selepas itu,   kami pulang ke pinginapan untuk makan tengahari.

Sebagai penutup pada hari yang kedua, peserta berpeluang mengikuti aktiviti Safari sejurus selesai menunaikan solat jama’ taqdim zohor dan asar. Antara aktiviti yang menarik ialah menelusuri padang pasir dengan menaiki jeep, melawat kawasan ***, minum teh serta melakukan aktiviti sandboarding. Alhamdulillah, aktiviti ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah dikalangan peserta dan melihat pemandangan semula jadi dan unik yang Allah ciptakan disini. Seusai maghrib, para peserta selamat kembali ke tempat penginapan dan makan malam yang disediakan oleh Unit Makanan. 
Pada malamnya, peserta berpeluang membeli cenderahati di sekitar Kota Siwa Lama sebelum kembali ke tempat penginapan untuk menunaikan solat dan  berehat.

Alhamdulillah pada hari ketiga,  kami meneruskan perjalanan yang terakhir iaitu ke Souq Libya, peserta diberikan peluang untuk membeli-belah di Souq Libya yang menjual pelbagai barangan, pakaian dan cenderahati sebagai kenangan sebelum pulang ke Kaherah serta menunaikan solat jamak zohor dan asar serta makan tengahari di sebuah masjid berhampiran. 

Dalam perjalanan pulang ke Kaherah, kami diberikan kesempatan untuk berhenti menunaikan solat jamak maghrib dan isyak serta makan malam di Omar Oasis. 

Sebelum sampai ke Kaherah, beberapa aktiviti telah dijalankan dibawah pengendalian Unit Pengisian iaitu acara tukar hadiah, di bawah pengendalian Unit Pendaftaran, Disiplin dan Keselamatan iaitu penyampaian hadiah kepada pemenang kuiz, pemenang bagi aktiviti di pantai abyad beserta cenderahati kepada Musyrif Penerangan sebagai tanda penghargaan. Alhamdulillah, pada jam 10 malam, bas pun selamat tiba ke kawasan mahkamah Sabik, Kaherah. 

Akhir sekali, besarlah harapan pada peringkat program agar para peserta dapat menjayakan Jaulah Matruh & Siwa, bersempena Sambutan Jubli Intan 60 Tahun KPIPM dapat mengeratkan ukhuwah sesama peserta dan memahami sejarah disebalik destinasi yang dikunjungi.

“Sejarah Dihayati, KPIPM Di Hati”

“BERILMU, BERAMAL, IKHLAS”
“MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN”

Disediakan oleh :
Mohamad Arshad bin Mohd Nazri
Setiausaha (Unit Cenderahati), Jaulah Matruh & Siwa, sempena Sambutan Jubli Intan 60 Tahun KPIPM sesi 2023/2024
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2023/2024

LAPORAN | PROGRAM SAMBUTAN JUBLI INTAN 60 TAHUN KPIPM




LAPORAN | PROGRAM SAMBUTAN JUBLI INTAN 60 TAHUN KPIPM 
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2023/2024

KAHERAH – Program Sambutan Jubli Intan 60 Tahun KPIPM dengan bertemakan “Sejarah Dihayati, KPIPM Di Hati” pada kali ini bermula pada 18 April 2024.

Antara objektif yang telah digariskan dalam program ini adalah untuk menghayati dan menelusuri sejarah KPIPM dan penubuhannya. Selain itu, mengeratkan ukhuwah anak Perak di Mesir. Seterusnya, Memperkasakan thaqafah anak Perak dalam penguasaan fiqh khamsah.

Program Sambutan Jubli Intan 60 Tahun KPIPM telah dibuka dengan Majlis Perasmian yang bertempat di Dewan Syeikh Sya’rawi Wisma Baitul Rahman dengan ucapan daripada Pengarah Sambutan Jubli Intan 60 Tahun KPIPM Ustaz Muhammad Naqib Salam bin Ahmad Yusri dan Yang Dipertua KPIPM sesi 2023/2024 Ustaz Muhamad Naqib Ajwad bin Ismail. Majlis telah dirasmikan oleh Ustaz Faiz Al-Hadi bin Saibatul Ehwan, Penyelaras Utama MG BKAN sesi 2024. Seterusnya, majlis juga telah diserikan lagi dengan gimik perasmian pelancaran media baharu KPIPM iaitu media _Instagram_ dan persembahan nasyid daripada kumpulan Al-Wadi.

Antara aktiviti-aktiviti Program Sambutan Jubli Intan 60 Tahun KPIPM yang dapat dilaksanakan pada bulan April adalah Daurah Fiqh Waqi’ & Fiqh Taghyir, Daurah Fiqh Nusus dan Daurah Fiqh Aulawiyat & Fiqh Muwazanat. 

Di samping itu, pada bulan Mei pula Progam Jubli Intan 60 Tahun KPIPM telah mengadakan Majlis Kesyukuran. Antara akitiviti yang menarik ketika majlis kesyukuran adalah bacaan yassin dan doa selamat,  pelancaran _MV_ “ Keluarga Kita, Kita Jaga”,  acara memotong kek dan sedikiti pengisian bertajuk “Bual Bicara Permata KPIPM”. 
 
Program Sambutan Jubli Intan 60 Tahun KPIPM  tidak berakhir disini sahaja. Pada bulan Julai telah diadakan juga aktiviti _outdoor_ bagi ikhwah yang bertempat di Wafa Amal dan _indoor_ bagi akhawat di Wisma Perak Baitul Rahman pada tarikh 10 Julai  dan pada 11 julai pula, aktiviti _indoor_ bagi ikhwah di wisma baitul Rahman dan _outdoor_ akhawat di Hadiqah Dauliah Hayyu Sabiek. Antara aktiviti _outdoor_ yang dilakukan ialah Liga Bola Sepak bagi ikhwah dan aktiviti _indoor_ bagi akhawat ialah mewarna, _Explorace_, sukaneka, musical chair, dan debat pantun. Bagi aktiviti _indoor_ ikhwah ialah permainan catur, Gubahan buah, _flip bottle_ mengenai Sejarah KPIPM, teh tarik dan debat pantun. Manakala bagi _outdoor_ untuk akhawat ialah permainan _explorace_. Yang paling menarik, Program Sambutan Jubli Intan 60 Tahun ini juga mengadakan Jaulah Ke Matruh dan Siwa pada 13 hingga 17 Julai iaitu 3 hari bagi ikhwah dan 3 hari bagi akhawat. 

Program Jubli Intan ini berakhir dengan malam Kebudayaan dan malam penutup pada 28 Julai yang bertempat di Wisma Baitul Ridzuan.

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan Program Sambutan Jubli Intan 60 Tahun KPIPM untuk bulan April, Mei, dan Julai secara langsung atau tidak langsung. Semoga setiap gerak kerja yang dilakukan dicatat sebagai satu amalan kebaikan dan digandakan pahala disisiNya. Insya-Allah.

“Sejarah Dihayati, KPIPM Di Hati"

#60TahunSetiaBersama 
#KPIPMKeluargaKita
#KeluargaKitaKitaJaga
#BersamaBersatuJayakanUsulYDP
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
“MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN”

Disediakan oleh :
Ustaz Mohamad Arshad bin Mohd Nazri
Setiausaha (Unit Promosi) Program Sambutan Jubli Intan 60 Tahun KPIPM 
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2023/2024.

Friday, September 6, 2024

LAPORAN | URUS SETIA SAMBUTAN MAHASISWA BAHARU 2023 (USMB ‘23)



LAPORAN | URUS SETIA SAMBUTAN MAHASISWA BAHARU 2023 (USMB ‘23)
Biro Pelajaran dan Ilmiah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2022/2023

Rasulullah S.A.W bersabda: 
"من سلك طريقا يلتمس فيه علما سهل الله له به طريقا إلى الجنة " ، رواه مسلم ، وأصحاب السنن عن أبي هريرة.
Maksudnya: “Siapa yang menempuh jalan untuk mencari ilmu, maka Allah akan permudahkan baginya jalan menuju syurga.”
(Hadis Riwayat Muslim)

Kehadiran mahasiswa/wi baharu ke Pelembahan Nil ini merupakan satu perkara yang menjadi kelaziman pada setiap tahun. Oleh itu, peringkat Biro Pelajaran dan Ilmiah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2022/2023 telah menganjurkan satu program khas iaitu Urus Setia Sambutan Mahasiswa Baharu 2023 (USMB ’23) yang bermula daripada 17 September 2023 sehingga 25 November 2023.

Tujuan program ini diadakan adalah untuk menyambut kedatangan mereka ke bumi Mesir ini sekaligus menguruskan segala hal ehwal berkaitan dengan pengurusan tempat penginapan, kuliah, barang kendiri dan sebagainya. Dengan hadirnya bakal Azhari/ah ini, maka “Generasi Azhari yang Dinanti” sebagai tema yang bakal menempat di hati dan jiwa mereka selaku penuntut ilmu di bumi Ardhil Kinanah ini.

Terdapat 3 objektif utama yang menjadi tunjang sepanjang perjalanan program ini ; 
1. Menautkan hubungan silaturrahim antara mahasiswa baharu dan mahasiswa lama.
2. Mengukuhkan kebajikan mahasiswa melalui kualiti pengurusan KPIPM.
3. Pembentukan mahasiswa berthaqafah serta pengenalan terhadap Mesir dan seisinya.


Pada 17 September 2023 hari Ahad, peringkat penggerak USMB ’23 telah meyambut  ketibaan para mahasiswa baharu di Cairo Airport pada sebelah pagi dan petang. Pelajar seramai 44 orang dengan menaiki bas. Mereka ditempatkan di Wisma Baitul Rahman dan Baitul RIdzuan.

Pada 1 Oktober 2023, telah diadakan majlis perasmian program USMB’23 di Dewan Syeikh Idris al- Marbawi Wisma Baitul Ridzuan. Program yang bermula pada pukul 7 malam, dirasmikan oleh Ustaz Aiman bin Mohd Yusoff, mantan Setiausaha Badan Penasihat Keluarga Pelajar-Pelajar Islam Perak Mesir sesi 2022/2023. Antara yang menarik terdapat tayangan video dan dialek mesir.

Pada Rabu 11 Oktober 2023, telah diadakan Senat Fakulti pada pukul 6.30 malam bertempat di Dewan Syeikh Idris al- Marbawi Wisma Baitul Ridzuan. Senat Fakulti ini telah dikendalikan oleh Unit Pengisian yang telah memberikan penerangan serta pendedahan awal berkaitan syukbah masing-masing iaitu Syariah Islamiah, Usuluddin dan Bahasa Arab. Majlis diteruskan lagi dengan pengenalan pimpinan KPIPM sesi 2022/2023 serta Pengenalan KPIPM secara ringkas yang telah disampaikan oleh mantan Yang Dipertua KPIPM sesi 2022/2023, Ustaz Muhammad Syafiq bin Zahari.

12 Oktober 2023, telah berlangsung program Mengapakah Al-Azhar Pilihan Kita? Program telah disampaikan oleh Prof. Dr. Syeikh Atiyah Lasin, Pensyarah Fiqh dan Ahli Lembaga Fatwa, Universiti al-Azhar di Dewan Syeikh Idris al-Marbawi, Wisma Baitul Ridzuan.

Pada 25 November 2023, telah diadakan Majlis Penutupan USMB '23 Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2022/2023. Program yang bermula pada pukul 6.30 malam bertempat di Dewan Aqua House, Hayyu Thamin, Madinah Nasr. Majlis dimulakan dengan ucapan alu-aluan dan taklimat disiplin seterusnya para hadirin diminta berdiri bagi  nyanyian asmaul-husna serta lagu tema program. Majlis diserikan lagi dengan bacaan ayat suci Al-quran dari wakil salah seorang mahasiswa baharu. Pada pukul 7.40 malam, majlis diteruskan dengan slot pengisian yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Nur Ilham bin Shamsuddin, selaku mantan Timbalan Yang Dipertua KPIPM sesi 2022/2023. Tepat pada pukul 8.45 malam, dijemput pula wakil mahasiswa baharu bagi memberi ucapan seterusnya ucapan pengarah program dan Yang Dipertua KPIPM. Selesai sahaja ucapan diberikan, tayangan video sepanjang program USMB ‘23 dari awal program hingga akhir ditayangkan dan dimeriahkan lagi dengan persembahan nasyid dari ahli mahasiswa baharu sendiri terdiri daripada 5 orang. Pada pukul 9.45, tibalah waktu yang dinantikan semua mahasiswa dan fasilitator dimana, terdapat sesi pertukaran hadiah yang diketuai oleh Unit pengisian. Selesai sahaja sesi pertukaran hadiah, majlis diakhiri dengan jamuan makan dan sesi fotografi sebagai kenang-kenangan. Semua mahasiswa hadir dengan jayanya. 

Akhir kalam, bersyukur ke hadrat Ilahi di atas nikmatNya yang tidak terhitung terutamanya nikmat ukhuwah dan nikmat kesatuan yang dikecapi. Sekalung penghargaan dan terima kasih diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan program USMB ’23 secara langsung atau tidak langsung. Diharapkan setiap gerak kerja dan bantuan yang dihulurkan menjadi bekalan untuk dibawa di akhirat kelak dan diterima olehNya. Insya-Allah.

"Generasi Azhari Yang Dinanti"

#USMB ‘23
#KPIPMKeluargaKita
#KeluargaKitaKitaJaga
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
“MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN”

Disediakan oleh:
Ustaz Danial Iskandar Bin Zaini, 
Setiausaha (Promosi),
 Urus Setia Sambutan Mahasiswa Baharu 2023 (USMB ’23),
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2022/2023.

LAPORAN | PROGRAM SAMBUTAN RAYA HAJI DAN IBADAH KORBAN 2024 (AL-KAUTHAR ’24)


LAPORAN | PROGRAM SAMBUTAN RAYA HAJI DAN IBADAH KORBAN 2024 (AL-KAUTHAR ’24)
Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah & Jabatan Yang Dipertua KPIPM sesi 2023/2024

KAHERAH - Program Sambutan Raya Haji dan Ibadah Korban 2024 (AL-KAUTHAR ‘24) telah dianjurkan dengan bertemakan "Aidiladha, Pengorbanan Menuju Ketaatan” bermula pada 15 Jun 2024 bersamaan 9 Zulhijah 1445H sehingga 20 Jun 2024 bersamaan 14 Zulhijah 1445H. 

Program ini diadakan untuk meraikan hari perayaan yang tidak asing lagi bagi umat Islam di seluruh dunia umumnya serta menghidupkan suasana keramaian dalam kalangan anak-anak Perak agar menjiwai satiap pengorbanan yang dilakukan dan tidak dilupakan rasa kerinduan buat keluarga yang tercinta.

Objektif utama yang ingin dicapai adalah meraikan Sambutan Hari Raya Aidiladha bersama anak-anak Perak. Seterusnya, meningkatkan nilai thaqafah berkaitan ibadah korban dan haji . Objektif yang terakhir ialah mengeratkan tautan ukhuwah dalam kalangan anak Perak.

Pada malam 9 Zulhijah bersempena hari Arafah, peringkat program telah menyediakan Iftar Jamaie khusus buat anak-anak Perak. Tidak lengkap sesebuah program tanpa dihiasi dengan malam perutusan dan majlis perasmian. Majlis dimulakan dengan ucapan daripada pengarah program AL-KAUTHAR ’24 iaitu Ustaz Muhammad Azib bin Azizan dan perutusan Aidiladha yang disampaikan oleh Yang Dipertua KPIPM sesi 2023/2024, Ustaz Muhamad Naqib Ajwad bin Ismail. Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan perasmian yang telah disempurnakan oleh Ustaz Muhammad Talhah bin Sharif selaku Anggota Lembaga Badan Penasihat KPKM sesi 2023/2024. Akhir sekali, majlis diserikan pula dengan gimik perasmian.

Pada keesokan harinya, pada tarikh 10 Zulhijah 1445H, 16 Jun 2024, anak-anak Perak telah menunaikan solat Aidiladha di sekitar Hayyu Sabik yang berhampiran dengan kediaman masing-masing seawal jam 5.30 pagi. Pada sebelah petang pula, pihak program telah mengadakan aktiviti Gotong Royong Perdana yang bertempat di Wisma Baitul Rahman, selepas itu, program membentangkan pelan tindakan kepada ahli KPIPM bagi bertujuan memberi pendedahan aktiviti yang akan dijalankan pada hari sembelihan diketuai oleh Ustaz Muhammad Safiuddin bin Shukri selaku Unit Sumbangan dan Sembelihan bagi melicinkan perjalanan pada hari sembelihan .

Pada hari Isnin, 17 Jun 2024 bersamaan 11 Zulhijah 1445H telah dijalankan aktiviti besar yang lazim dilaksanakan saban tahun di bawah program iaitu Hari Sembelihan dan Agihan. Sembelihan telah dilakukan oleh wakil yang akan menyembelih dan beberapa wakil  penggerak di peringkat KPIPM serta beberapa ahli KPIPM. Sembelihan tersebut telah dijalankan di kawasan penyembelihan di Suq Thamin manakala aktiviti menimbang, melapah dan  memotong daging telah dilaksanakan oleh ahli KPIPM di perkarangan Wisma Baitul Rahman. Aktiviti ini telah bermula jam 8.00 pagi sehingga 12.00 tengahari. Di sebelah petang pula, telah diadakan sesi agihan daging kepada wakil dan ahli-ahli KPIPM mengikut rumah sewa dan wisma. Setiap wakil rumah sewa diminta untuk mengambil daging di Baitul Rahman pada jam 3 petang. Bagi ahli yang tinggal di luar Hayyu Sabik, Unit Perhubungan dan Agihan telah menghantar daging kepada mereka.

Selepas solat asar bermulanya aktiviti merewang dan memasak daging hasil daripada sembelihan haiwan korban untuk disajikan buat anak-anak Perak dalam sebuah jamuan raya Aidiladha. Pihak program menyediakan sajian yang cukup menyelerakan kepada anak-anak Perak iaitu nasi, daging unta masak hitam, sup daging kambing, air asam, ayam masak merah dan air sirap.

Program diteruskan lagi dengan Majlis Penutup AL-KAUTHAR ’24. Dimulakan dengan Forum Zulhijah yang disampaikan oleh moderator dan barisan panel yang cukup hebat iaitu Ustaz Hafizuddin bin Taha selaku Unit Kesenian, Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2023/2024 sebagai moderator, Ustaz Muhammad Umair bin Muhamad Zakuan selaku Timbalan Yang Dipertua KPIPM sesi 2023/2024 sebagai panel pertama dan Ustazah Sti Raudhotur Rahmah binti Ahmad Daud selaku Timbalan Setiausaha (Bendahari) HEWI KPIPM sesi 2023/2024 sebagai panel kedua. Kemudian diteruskan dengan ucapan penutup oleh Yang Dipertua KPIPM sesi 2023/2024, Ustaz Muhamad Naqib Ajwad bin Ismail dan Ustaz Muhammad Azib bin Azizan selaku Pengarah AL-KAUTHAR ‘24. Seterusnya, majlis telah dimeriahkan lagi dengan penyampaian hadiah pertandingan kepada para pemenang dan disajikan dengan jamuan ringan.

Selepas selesainya Majlis Penutup AL-KAUTHAR ’24, maka berakhirlah Program Sambutan Raya Haji dan Ibadah Korban 2024 (AL-KAUTHAR ‘24). Alhamdulillah, program ini telah dijalankan selama seminggu dan berjalan dengan lancar. Semoga objektif yang telah dirancang ini dapat tercapai dengan sebaiknya. Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan AL-KAUTHAR ‘24 secara langsung atau tidak langsung. Semoga Allah SWT membalasnya dengan sebaik-baik ganjaran. Insya-Allah.
Sekian, terima kasih


" Aidiladha, Pengorbanan Menuju Ketaatan”.


#ALKAUTHAR24
#60TahunSetiaBersama
#KPIPMKeluargaKita
#KeluargaKitaKitaJaga
#BersamaBersatuJayakanUsulYDP
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"


Disediakan oleh:
Ustaz Muhammad Solihin bin Ahmad Azhari
Setiausaha (Promosi),
Program Sambutan Raya Haji dan Ibadah Korban 2024 (AL-KAUTHAR ‘24)
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2022/2023.

Tuesday, September 3, 2024

MINDA PIMPINAN | PEMERKASAAN ILMU, KESEDARAN BERSAMA


MINDA PIMPINAN | PEMERKASAAN ILMU, KESEDARAN BERSAMA  
Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024 

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِم
“Menuntut ilmu itu wajib atas setiap Muslim” 
(HR. Ibnu Majah No. 224) 

Ilmu menurut Islam secara umumnya di definisikan sebagai pengetahuan dan pemahaman yang berkaitan mengenai sesuatu sumber maklumat yang disusun secara bersistem menurut kaedah dan cara tertentu yang dapat digunakan melalui bidang ilmu tersebut. 

Tujuan ilmu adalah untuk dijadikan panduan yang boleh diguna bagi meneruskan kehidupan manusia. Jika digunakan untuk mencari redha Allah maka kebenaranlah yangg kita dapat dan juga sebaliknya. Inilah peraturan alam yang dikenali sebagai hukum Allah. 

Menuntut ilmu adalah kewajipan bagi setiap muslim. Hal ini kerana, banyak ayat al-Quran dan Hadis yang menyentuh dan menjelaskan tentang keutamaan menuntut ilmu. Menjadi satu perkara yang mustahil apabila melakukan amal ibadah tanpa secalit ilmu. 

Ilmu agama merupakan satu keperluan untuk memberikan kesan terhadap sesuatu amal. Ini tidak bermakna ilmu yang lain boleh diabaikan tetapi kita memberikan keutamaan sesuai dengan keperluan seorang muslim. 

Kehidupan di muka bumi ini mendorong kita untuk memiliki ilmu pengetahuan. Setiap perkara perlu kepada ilmu kerana dengannya kita mampu untuk meningkatkan kemampuan dalam diri. Tingkatan dalam mencari ilmu juga perlu dititikberatkan bagi menjamin kualiti ilmu tersebut. 

Qudwah kita Nabi Muhammad SAW pernah memberitahu sahabatnya: 
"Jikalau aku hidup pada satu hari, dan hari itu tidak bertambah sebarang ilmu yang mendekatkan aku dengan Allah, maka hilanglah keberkatan matahari terbit pada hari itu". 

Justeru, amatlah penting untuk kita tingkatkan ilmu pengetahuan dalam kehidupan seharian walaupun ianya dilihat sekecil-kecil perkara. 

Bukan sahaja ilmu yang perlu kita murajaah di kuliah sahaja, bahkan banyak cabang bidang ilmu yang perlu kita mahir seperti ilmu pengurusan, pentadbiran, kemahiran, kepejabatan dan banyak lagi. Dengan ini dapat memantapkan lagi penguasan kita di setiap cabang ilmu melalui pengalaman yang ada. 

Sehubungan dengan itu, peringkat KPIPM banyak mengadakan kelas pengajian yang dilakukan secara mingguan dan bulanan. Antaranya kelas Talaqqi Hadis, Tafaqquh Fiddin, Tafaqquh an-Nisa’, dan Halaqah Ilmiah. Dengan medium yang dilaksanakan dapat menambah baik thaqafah ahli di setiap bidang ilmu bagi segenap pihak. 

Kesibukan tidak lagi menjadi penghalang dan alasan untuk tidak menambah ilmu pengetahuan. Peluang keemasan yang ada dapat digunakan untuk meningkatkan kefahaman dalam setiap ilmu. 

Sahabat yang dikasihi, Satu peribahasa Melayu, mengikut resmi padi makin berisi makin tunduk. Begitulah manusia dengan ilmu yang dimiliki niat utamanya bukan untuk menyanjung diri tetapi menampung kelopongan yang diperlukan buat jasadi dan rohani. Ilmu mempunyai kedudukan yang sangat tinggi sehingga Allah memuliakan dan mengangkat darjat orang yang berilmu. 

Allah juga ada menyatakan perbezaan antara orang yang berilmu dan tidak berilmu. Antara ayat yang telah dirakamkan dalam al-Quran berkaitan kedudukan ilmu dalam Surah Mujadilah, ayat 11
يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُوٓاْ إِذَا قِيلَ لَكُمۡ تَفَسَّحُواْ فِي ٱلۡمَجَٰلِسِ فَٱفۡسَحُواْ يَفۡسَحِ ٱللَّهُ لَكُمۡۖ وَإِذَا قِيلَ ٱنشُزُواْ فَٱنشُزُواْ يَرۡفَعِ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ مِنكُمۡ وَٱلَّذِينَ أُوتُواْ ٱلۡعِلۡمَ دَرَجَٰتٖۚ وَٱللَّهُ بمَا تَعۡمَلُونَ خَبِيرٞ
Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diminta kepada kamu memberi lapang dari tempat duduk kamu (untuk orang lain) maka lapangkanlah seboleh-bolehnya supaya Allah melapangkan (segala halnya) untuk kamu. Dan apabila diminta kamu bangun maka bangunlah, supaya Allah meninggikan darjat orang-orang yang beriman di antara kamu, dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan agama (dari kalangan kamu) - beberapa darjat. Dan (ingatlah), Allah Maha Mendalam PengetahuanNya tentang apa yang kamu lakukan.  

Menjadi galakan dan dorongan buat diri dan para sahabat semua supaya sentiasa melibatkan diri dalam setiap aktiviti yang telah dijalankan di peringkat KPIPM, antaranya Talaqqi Hadis dan Tafaqquh Fiddin. 

Kelas-kelas yang disusun bukan hanya tertumpu kepada turathi sahaja, KPIPM juga ada menjalankan kelas-kelas berbentuk kontemporari seperti pengisian-pengisian dalam  Raudhatul Fatayat dan Muzakarah Berkelompok. 

Para sahabat yang dimuliakan Allah SWT, memetik kata-kata dari Imam Syafie :
"Singa jika tidak keluar dari sarangnya, ia tidak akan mendapatkan makanan. Begitu juga dengan anak panah, jika tidak meluncur dari busurnya, anak panah tersebut tidak akan mengenai sasaran."   

Teruskan mengutip ilmu melalui medium di sekeliling kita. Bekalan yang cukup perlu disediakan sepanjang permusafiran di negara asing supaya mampu memenuhi dada dengan ilmu yang bermanfaat. Ilmu dapat dikuatkan dengan dalil-dalil supaya menjadi satu hujah yang kukuh apabila berhadapan dengan pelbagai kelompok masyarakat. 

Mahasiswa/wi Azhari menjadi generasi harapan buat keluarga dan masyarakat di Malaysia. 
Wallahua’lam, semoga beroleh manfaat. 

"Pemerkasaan Ilmu, Kesedaran Bersama"

#60TahunSetiaBersama
#KPIPMKeluargaKita 
#KeluargaKitaKitaJaga 
#BersamaBersatuJayakanUsulYDP #BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM   

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS 
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"   

Nukilan daripada : Ustaz Mohamad Nor Ikmal bin Mohamad Suhaimi 
Ketua Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2023/2024

Thursday, June 13, 2024

MINDA PIMPINAN | BIAH SOLEHAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA


MINDA PIMPINAN | BIAH SOLEHAH TANGGUNGJAWAB BERSAMA
Unit Penerangan Dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024

بسم الله الرحمن الرحيم.
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.

Telah termaktub di dalam surat cinta-Nya, Di dalam surah al-Araf ayat 96,

وَلَوْ اَنَّ اَهْلَ الْقُرٰٓى اٰمَنُوْا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِمْ بَرَكٰتٍ مِّنَ السَّمَاۤءِ وَالْاَرْضِ وَلٰكِنْ كَذَّبُوْا فَاَخَذْنٰهُمْ بِمَا كَانُوْا يَكْسِبُوْنَ

Yang bermaksud, "Dan sekiranya penduduk negeri beriman dan bertakwa, pasti Kami akan melimpahkan kepada mereka berkah dari langit dan bumi, tetapi ternyata mereka mendustakan (ayat-ayat Kami), maka Kami siksa mereka sesuai dengan apa yang telah mereka kerjakan."

Biah solehah merupakan suasana dan persekitaran yang baik. 
Dan ia membawa kepada kebaikan dan keharmonian sepertimana digariskan dalam Islam.

Hendaklah seseorang itu menjaga dirinya dan orang sekelilingnya kerana seseorang itu mudah terpengaruh dengan persekitarannya atau teman rapatnya. 

Nabi SAW menyebut dalam hadis:
"Seseorang berada atas agama sahabat baiknya. Maka hendaklah dia memerhatikan, dengan siapakah dia jadikan teman rapatnya."
(Riwayat Ahmad)

Justeru, ini menunjukkan bahawa betapa pentingnya usaha untuk membentuk dan mewujudkan biah solehah ini. 

Allah juga menegaskan antara tanggungjawab bersama ialah memelihara diri dan ahli keluarga atau masyarakat dari azab api neraka sepertimana terdapat dalam Surah al-Tahrim, ayat 6.
 
Dalam hal ini jelas bahawa Allah telah menegaskan kepentingan memelihara ahli keluarga mahupun orang sekeliling daripada kemungkaran.
Proses memelihara itu akan berlaku apabila persekitaran kita dihiasi dengan perkara-perkara yang makruf dan dihindari dari kemungkaran yang mencemarkan masyarakat.

Cara terbaik agar biah solehah ini terjaga adalah dengan melazimi budaya tegur-menegur dan saling menasihati antara satu sama lain. 

Sepertimana yang diwahyukan kepada Kekasih Allah oleh Rabbul'Izzati sebagai peringatan untuk kita dalam surah al-Asr supaya kita perlu sentiasa berpesan-pesan dalam kebenaran juga berpesan-pesan dalam kesabaran agar tidak menjadi orang yang rugi.
Kerugian yang disebutkan termasuklah ke atas diri seseorang yang tidak menjadi soleh juga musleh kepada orang sekelilingnya. 

Memaknai Ukhuwah Islamiah yang sebenar-benarnya perlu ada pada sebuah persahabatan yang sentiasa mengingati antara satu sama lain untuk menjaga biah bersama. 

Kita haruslah berlapang dada dalam menerima nasihat juga memberikan nasihat dengan cara yang baik terutamanya sebagai seorang mahasiswa/wi azhari dalam menjaga biah.

Antara aktiviti yang dijalankan oleh KPIPM dalam menjaga biah solehah ialah membuat edaran takwim solat setiap bulan, mengadakan tazkirah khas berkaitan dengan 6 pembawaan Unit Biah Solehah, mengeluarkan poster-poster yang berkaitan peristiwa bulan-bulan Islam dan banyak lagi.

Akhir bicara,
ada satu doa yang boleh diamalkan bersama-sama agar biah solehah kita terus terpelihara dan dijaga olehNya. 

اللَّهُمَّ سَلِّمْ تَرْبِيَةً بِأَرْضِنَا الْبَرَاكَة وَسَلِّمْ بِئةً صَالِحَةً هُنَا

"Ya Allah, sejahterakanlah tarbiyah di bumi yang berkat ini, dan sejahterakanlah biah solehah di sini"

Semoga anak-anakPerak sentiasa dalam lindungan Allah SWT.  

"Biah Solehah Tanggungjawab Bersama"

#60TahunSetiaBersama
#KPIPMKeluargaKita
#KeluargaKitaKitaJaga
#BersamaBersatuJayakanUsulYDP
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM 

Nukilan daripada:
Ustazah Nur Najiah binti Mohd Azhar
Ketua Biro Dakwah dan Tarbiah HEWI KPIPM sesi 2023/2024

Monday, May 6, 2024

LAPORAN | PROGRAM TARBIAH RAMADAN DAN KEAGUNGAN SYAWAL 2024 (FARHAH ‘24)

LAPORAN | PROGRAM TARBIAH  RAMADAN DAN KEAGUNGAN SYAWAL 2024 (FARHAH ‘24)
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2023/2024

KAHERAH – Program Tarbiah  Ramadan dan Keagungan  Syawal 2024 (FARHAH ‘24) dengan bertemakan “Tarbiah Ramadan Dihayati, Kemenangan Syawal Dirai" pada kali ini bermula pada 29 Syaaban 1445 Hijrah bersamaan 10 Mac 2024. Walaubagaimanapun, FARHAH ‘24 pada kali ini dijalankan sama seperti tahun sebelumnya iaitu dengan menggabungkan program merangkumi bulan Ramadan dan Syawal dibawah satu program.

Antara objektif yang telah digariskan dalam program ini adalah untuk memperkukuhkan kefahaman Islam melalui tarbiah ramadan dalam diri mahasiswa/wi. Selain itu, menghidupkan aktiviti kerohanian melalui penghayatan tarbiah dalam bulan kebesaran islam. Seterusnya, mengeratkan tautan ukhuwah dalam kalangan anak-anak Perak dalam bulan ramadan dan bulan syawal. 

FARHAH ‘24 telah dibuka dengan Majlis Perasmian Program Tarbiah  Ramadan dan Keagungan Syawal 2024 (FARHAH ‘24) yang bertempat di Dewan Syeikh Idris al-Marbawi, Wisma Baitul Ridzuan dengan ucapan daripada Yang Dipertua KPIPM sesi 2023/2024 Ustaz Muhamad Naqib Ajwad bin Ismail. Majlis telah dirasmikan oleh Ybhg Dato’ Haji Mohd Yusop bin Haji Husin, Mantan Pengarah Jabatan Agama Islam Negeri Perak. Seterusnya, majlis juga telah diserikan lagi dengan gimik perasmian dan tayangan video pengenalan FARHAH ‘24.

Antara aktiviti-aktiviti FARHAH ‘24 yang dapat dilaksanakan pada kali ini ialah Syantah Ramadan, Sahur Jamaie, Iftar Jamaie, Solat Tarawih Berjemaah dan sebagainya. Selain itu, FARHAH ‘24 juga telah berjaya melaksanakan beberapa aktiviti mingguan seperti Raudhatul Muttaqin dan Kembara Dari Masjid Ke Masjid.

Pengisian Raudhatul Muttaqin pada FARHAH ‘24  ini telah membentangkan sebuah kitab iaitu kitab Maqasid As-Saum yang disampaikan oleh Ustaz Muhamad Aiman bin Zahari, Fasilitator KPKM sesi 2023/2024. Selain itu, telah diadakan juga Bengkel Tajwid dan Tahsin Bersanad Surah Al-Fatihah yang telah disampaikan oleh Al-Fadil Syeikh Muhammad Ali Al-Azhari, Pemegang Ijazah Sarjana Muda Usuluddin Syukbah Hadis Universiti Al-Azhar. 

Di samping itu, FARHAH ‘24 juga juga telah menjelajah beberapa buah masjid tempatan bagi aktiviti Kembara Dari Masjid Ke Masjid sebanyak dua kali khusus bagi akhawat. Antara masjid yang telah dijelajah untuk solat tarawih adalah Masjid Amru bin al-Asr dan Masjid Hassan El-Sharbatly yang bertempat disekitar Kaherah, Mesir.

Seterusnya, FARHAH ‘24 telah melaksanakan Iftar Jamaie pada setiap minggu hari Khamis dan Sahur Jamaie pada setiap minggu hari Jumaat dengan menjemput seluruh anak Perak untuk iftar dan sahur jamaie bersama-sama di perkarangan Wisma Baitul Rahman dan beberapa rumah sewa yang dikhususkan. Ini bertujuan untuk mengukuhkan tali silaturrahim antara anak-anak Perak serta mengambil peluang mengeratkan lagi ukhuwah bersama adik-adik USMB yang baharu.

Alhamdulillah, solat tarawih berjemaah juga dapat dilaksanakan di Wisma Baitul Rahman dan Wisma Baitul Ridzuan serta dimeriahkan lagi dengan jemputan Imam Tarawih dari Shoubra pada setiap hari Khamis.
 
Program Tarbiah Ramadan dan Keagungan Syawal 2023 (FARHAH  ‘24) diteruskan lagi  dengan Majlis Khatam Al-Quran dan iftar jamaie. Keesokan harinya, bersambung pula dengan  Malam Perutusan Aidilfitri yang berlangsung di Dewan Syeikh Idris Al-Marbawi pada 9 April 2024 selepas solat Asar. Majlis telah diserikan dengan sedikit ucapan perutusan Aidilfitri daripada Yang Dipertua KPIPM sesi 2023/2024, Ustaz Muhamad Naqib Ajwad bin Ismail.

Pada Hari Raya Pertama, 10 April 2024 seawal 7 pagi, seluruh mahasiwa/wi menunaikan Solat Sunat Aidilfitri di Dataran Hayyu Asyir yang telah ditetapkan sebagai tempat pengumpulan anak-anak Malaysia tahun ini. Setelah selesai solat, ahli KPIPM menyambut Hari Lebaran dengan saling menziarahi antara rumah-rumah sewa untuk mengeratkan silaturahim.

 Hari Raya Kedua, 11 April 2024 telah diadakan Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri dan Majlis Penutupan FARHAH ‘24 bermula jam 10 pagi sehingga jam 3.00 petang.  Majlis dimeriahkan lagi dengan slot ucapan pengarah dan ucapan Yang Dipertua KPIPM. Kemudian, diadakan juga penyampaian hadiah dan pengumuman tokoh FAWWAZ ’23. Majlis diakhiri dengan persembahan nasyid daripada Usrah al-Muhazzirun dan tayangan video penutup. Seterusnya, majlis diteruskan dengan aktiviti rumah terbuka bagi ikhwah dan akhawat di Dewan Masjid Al-Ansar, Akhir Sabik, Ikhwah ditempatkan di tingkat 2, manakala akhawat pula di tingkat 3. Terdapat  aktiviti yang menarik turut diadakan seperti cabutan bertuah, pertandingan kuiz dan tidak dilupakan juga penyampaian ucapan hari raya daripada ahli kepada ahli . Ketika majlis berlangsung, para DJ telah memainkan peranan yang besar dalam memeriahkan suasana hari raya.

Program FARHAH ‘24 telah pun berakhir dengan majlis rumah terbuka aidilfitri pada hari tersebut. 

Sekalung penghargaan diucapkan kepada semua pihak yang menjayakan FARHAH ‘24 secara langsung atau tidak langsung. Semoga setiap gerak kerja yang dilakukan dicatat sebagai satu amalan kebaikan dan digandakan pahala disisiNya. Insya-Allah.

“Tarbiah Ramadan Dihayati, Kemenangan Syawal Dirai"

#FARHAH ‘24
#KPIPMKeluargaKita
#KeluargaKitaKitaJaga
#BersamaBersatuJayakanUsulYDP
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
“MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN”

Disediakan oleh :
Ustaz Muhammad Hanzalah bin Md Yusoff
Setiausaha (Unit Promosi) Program Tarbiah Ramadan & Keagungan Syawal 2024 (FARHAH ‘24)
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2023/2024.

Sunday, March 24, 2024

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA

MINDA PIMPINAN | KEBAJIKAN AGENDA UTAMA
Unit Penerangan dan Penerbitan KPIPM sesi 2023/2024

Firman Allah SWT :

{ فَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةٍ خَیۡرࣰا یَرَهُۥ (٧) وَمَن یَعۡمَلۡ مِثۡقَالَ ذَرَّةࣲ شَرࣰّا یَرَهُۥ (٨) }

Maksudnya: 
“Barangsiapa yang melakukan kebaikan sebesar zarah maka akan diperlihatkan kelak (7) Dan barangsiapa yang melakukan keburukkan sebesar zarah akan diperlihatkan kelak (8)
(Surah Al-Zalzalah: ayat 7-8)

Menurut Kamus Pelajar Edisi ke-2 kebajikan membawa maksud perbuatan yang mendatangkan kebaikan dan jasa kepada masyarakat. Kebajikan ialah komponen utama yang seharusnya diterapkan dalam setiap keperibadian insan dalam membentuk sahsiah terpuji dan melahirkan masyarakat harmoni. Hal yang demikian kerana kebajikan merupakan salah satu sifat mahmudah yang dinyatakan oleh Allah SWT dalam Al-Quran sebagai satu penekanan terhadap manusia akan kepentingannya.

Seperti yang kita sedia maklum bahawa kebajikan merupakan tuntutan agama yang bukan sahaja memberi faedah kepada diri sendiri,  faedah tersebut dapat dirasai oleh masyarakat sekeliling.  Antara fitrah seorang manusia itu apabila saudaranya ditimpa sebarang musibah maka akan timbulnya belas kasihan dan rasa ingin membantu sesama mereka. Dengan demikian, maka beruntunglah kita sebagai manusia kerana dianugerahkan satu sifat yang mana tidak diberikan kepada makhluk lain.

Sahabat dan sahabiah yang dirahmati Allah sekalian,
Menjadi kewajipan terhadap kita semua yang bergelar mahasiswa dan mahasiswi untuk menitikberatkan serta menjaga kebajikan diri sendiri dan orang di sekeliling kita. Jika dilihat dari sudut yang lain tidak wajar bagi seorang mahasiswa itu mengambil enteng terhadap isu kebajikan kerana perbuatan tersebut akan melahirkan sifat pentingkan diri sendiri dan tidak mahu untuk membantu saudara mereka. Janganlah kita mencari alasan yang tidak munasabah seperti sibuk terhadap pembelajaran sebagai satu sebab kita tidak mahu mengambil berat terhadap kebajikan orang lain.


Oleh itu, izinkan saya untuk berkongsi sedikit tentang kepentingan terhadap penjagaan kebajikan sepanjang kita bergelar sebagai mahasiswa dan mahasiswi:
1. Menyemai perasaan cinta dan kasih sayang sesama kita.
2. Meningkatkan tahap kecaknaan individu terhadap keadaan seseorang.
3. Meringkan beban sahabat kita yang ditimpa musibah dan kesusahan. Natijahnya, kita dapat memperkukuhkan lagi ikatan persaudaraan dan membina kesefahaman.
4. Menunaikan hak kita terhadap orang lain iaitu tolong-menolong antara satu sama lain. Setiap individu mempunyai hak dan tanggungjawab yang perlu dilunaskan agar dapat membangunkan keharmonian dan keutuhan sesebuah masyarakat atau kesatuan.


Ikhwah dan akhawat yang dikasihi sekalian,
Maka yang demikian saya berbesar hati untuk mengutarakan satu kalam daripada Nabi S.A.W : 
“Barangsiapa yang memudahkan urusan orang yang kesusahan, Allah akan mudahkan urusannya di dunia dan akhirat” (H.R. Muslim).
Sehubungan dengan itu, maka jelaslah di sini bahawa Baginda S.A.W sangat menggalakkan umatnya untuk membantu saudaranya dalam meringkan bebanan dan kesusahan. Jika diteliti dengan lebih mendalam, kalam Baginda tersebut amat berkait rapat dengan soal kebajikan kerana dengan asbab kita menjaga kebajikan orang lain maka secara tidak langsung kita dapat memudahkan urusan mereka.

Walau bagaimanapun, hal tersebut bersangkutan dengan soal pengorbanan kita terhadap orang lain. Cuba kita fikirkan sejenak sejauh mana pengorbanan yang telah kita curahkan kepada sahabat-sahabat demi keselesaan mereka? 
Sekiranya tidak wujud dalam jiwa seorang insan itu rasa ingin berkorban untuk orang lain maka tidak terhasil kebaikan individu tersebut dan kebajikan tidak dapat diuruskan dengan sebaiknya. Justeru, saya ingin menegaskan bahawa setiap mahasiswa mestilah mendalami erti pengorbanan yang sebenar sebelum ditanam ke dalam hati setiap insan.

Lantaran itu, pengorbanan dan kebajikan merupakan dua elemen utama yang wajib bergerak seiring dalam diri mahasiswa. Setiap daripada kita haruslah berkorban dalam setiap aspek seperti masa, tenaga dan harta kerana hal tersebut tidak lain dan tidak bukan untuk memelihara kesejahteraan kita dan kebajikan mahasiswa akan lebih terjamin.

Mahasiswa dan mahasiswi yang disegani sekalian,
KPIPM merupakan wadah kesatuan anak perak yang bertanggungjawab dalam mengekalkan penjagaan kebajikan seluruh anak Perak khususnya yang sedang menuntut ilmu di bumi Mesir ini. Di samping itu, kita juga mestilah memahami bahawa KPIPM tidak tertumpu kepada aspek akedemik dan kesatuan semata-mata, akan tetapi di sini juga adalah medan untuk kita membina sahsiah keperibadian yang mulia dan melahirkan seorang pendakwah yang berkualiti dalam seluruh aspek. Setiap usaha dan gerak kerja yang dipraktikkan dalam kesatuan ini merupakan satu rantaian yang berhubung dengan gerak kerja dakwah islam yang pernah dibawa oleh Baginda Nabi S.A.W bersama para sahabat suatu ketika dahulu. Maka yang demikian, dengan wujudnya kesatuan ini dapat memberi peluang sebesarnya-besarnya kepada seluruh anak Perak untuk menaburkan bakti dan jasa dalam memastikan kebajikan anak-anak Perak terus berkekalan. Tidak dilupakan juga, KPIPM pada sesi kali ini akan berusaha sedaya upaya dalam menjayakan pembawaan YDP KPIPM sesi 2023/2024 iaitu “Kebajikan Agenda Utama”.

Berdasarkan sabda Nabi S.A.W yang membawa maksud: “Sesiapa yang tidak mengambil berat di atas urusan orang muslimin lain maka bukanlah dia dari kalangan mereka. Dan sesiapa yang pada hari itu mengutamakan perkara selain daripada agama Allah maka bukanlah dia daripada golongan orang yang diredhai Allah.” (Riwayat At-Tabrani).


Kesimpulannya, marilah kita bersama-sama berganding bahu dalam melaksanakan gerak kerja Islam yang telah diperjuangkan oleh para asatizah terdahulu. Jadikanlah KPIPM sebagai batu loncatan dalam meneruskan perjuangan dakwah baginda. Sehubungan dengan perkara tersebut, janganlah kita menjadikan soal pembelajaran sebagai alasan untuk kita tidak mengambil berat tentang kebajikan orang di sekeliling kita. Selain itu, tanamkanlah dalam hati dan nurani kita akan sifat keprihatinan terhadap orang lain supaya kita dapat menghindarkan diri daripada sifat pentingkan diri sendiri serta mengutamakan kebajikan umum berbanding kebajikan diri sendiri.

'Kebajikan Agenda Utama'

#KPIPMKeluargaKita
#KeluargaKitaKitaJaga
#BersamaBersatuJayakanUsulYDP
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM 

Nukilan daripada:
Ustaz Hafizh Nurhaziq bin Husin
Ketua Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2023/2024

Friday, March 15, 2024

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024

LAPORAN | KEJOHANAN PIALA KPIPM DAN PIALA AN-NISA’ 2024
Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2023/2024

KAHERAH, 17 & 18 FEBRUARI 2024 - Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir telah menganjurkan Kejohanan Piala KPIPM dan Piala An-Nisa’. Kejohanan Bola Jaring Piala An-Nisa’ telah diadakan pada 17 Februari di Padang Nadi Syabab, Hayyu Sadis manakala Kejohanan Futsal Piala KPIPM telah diadakan pada 18 Februari di Padang Champion, Hayyu Safarat.

Kejohanan Bola Jaring Piala An-Nisa’ bermula jam 9:30 pagi selepas majlis perasmian.  KPIPM telah menghantar 2 buah  pasukan iaitu "One Hit-Wonder" dan “ Geng Kluster”.Kumpulan tersebut dikendalikan oleh Ustazah Nur Najiah binti Mohd Azhar selaku pengurus pasukan “One Hit-Wonder” dan Ustazah Husna Farzana binti Ismail bagi pasukan “Geng Kluster”.Selain itu, turut hadir kumpulan daripada wakil MGBKAN iaitu “Bidadari Solehah MGB” dan kumpulan daripada wakil BKAN TAAKHI iaitu “ALPHA”.

Seterusnya, kejohanan ini diteruskan lagi dengan perlawanan di peringkat kumpulan,perlawanan peringkat penentuan tempat ketiga dan perlawanan akhir. Pasukan yang mendapat tempat keempat ialah “Bidadari Solehah MGB”, dan tempat ketiga ialah “Geng Kluster”. Seterusnya, pasukan “One Hit-Wonder” dan juga “Alpha” telah berjaya masuk ke perlawanan akhir. Dan Johan bagi Kejohanan Piala An-Nisa’ pada tahun ini adalah pasukan “One Hit-Wonder”.

Kejohanan ini berakhir pada jam 1.30 dan diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada para pemenang,pengadil jemputan dan ahli medic.

Bagi Kejohanan Futsal Piala KPIPM pula bermula jam 8.30 pagi bermula dengan majlis perasmian. Kejohanan tersebut diteruskan dengan perlawanan peringkat kumpulan dan 8 pasukan berjaya mara ke peringkat suku akhir.

Perlawanan peringkat kalah mati disambung semula jam 1.00 petang.Terdapat 4 pasukan berjaya masuk ke peringkat separuh akhir iaitu DPM Tanta, Al Azraq,Al Ahly dan Salam City A.

Kemudian,perlawanan separuh akhir bermula jam 3.30 petang. Perlawanan pertama dimenangi oleh kumpulan Al Azraq. Perlawanan kedua dimenangi oleh Al Ahly. Kumpulan Al Azraq dan Al Ahly berjaya masuk ke peringkat akhir manakala kumpulan DPMT dan Salam City A bertemu di peringkat penentuan tempat ketiga. 

Selanjutnya,perlawanan penentuan tempat ketiga bermula jam 4.30petang. Perlawanan tersebut dimenangkan oleh kumpulan DPMT dengan sepakan penalti. Akhir sekali,perlawanan peringkat akhir antara Al Ahly dan Al Azraq berlangsung pada jam 5.00 petang. Kumpulan Al Ahly telah dinobatkan sebagai juara Piala KPIPM 2024.

Sehubungan itu,pihak KPIPM ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan Kejohanan Piala KPIPM dan Piala An-Nisa’ pada sesi ini.


#KPIPMKeluargaKita
#KeluargaKitaKitaJaga  
#BersamaBersatuJayakanUsulYDP 
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS 
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"


Tuesday, January 2, 2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-57 (MAT-57)

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-57 (MAT-57) 
KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2022/2023

KAHERAH:-  Program Mesyuarat Agung Tahunan kali Ke-57 (MAT-57) sesi 2022/2023   anjuran Jabatan Setiausaha Agung Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2022/2023 dengan bertemakan “Syura Tunjang Kesatuan Islam”.

Program Mesyuarat Agung Tahunan KPIPM kali ke-57 (MAT-57) ini bermula pada 14 Oktober 2023 bersamaan 29 Rabiul Awal 1444H sehingga 15 Oktober 2023 bersamaan 30 Rabiul Awal 1444H bertempat di Dewan Syeikh Idris al-Marbawi, Wisma Baitul Ridzuan. Program ini telah diadakan saban tahun tidak lain dan tidak bukan merupakan satu medium muhasabah dan cadangan dari ahli keluarga KPIPM bertujuan untuk menambahbaik segala kekurangan sepanjang tampuk kepimpinan ini bergerak.

Objektif utama yang ingin dicapai di peringkat program Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-57 (MAT-57) ini adalah menambahbaik penyusunan gerak kerja Ahli Jawatankuasa Tadbir KPIPM seperti menerima maklum balas antara pimpinan dan ahli mengenai gerak kerja yang telah dijalankan sepanjang tahun. Objektif seterusnya yang digariskan ialah mengeratkan Ukhuwah Islamiah antara pimpinan dan ahli dengan saling berinteraksi sepanjang program berlangsung dan saling bantu membantu meneruskan perjalanan majlis yang diadakan bersama-sama. Di samping itu, dapat memaksimumkan medium penerangan kepada ahli tentang perjalanan KPIPM dengan saling melontarkan idea yang bernas bagi meneruskan kelangsungan pergerakan persatuan ini.

Sebelum menunggu hari program Mesyuarat Agung Tahunan kali-57 (MAT-57) ini dilangsungkan, pihak penggerak program telah mengadakan Riadah  Ambang MAT-57 pada 6 Oktober 2023 bersamaan 21 Rabiul Awal 1444H bagi setiap ahli KPIPM menerusi Muzakarah Berkelompok Gabungan bagi ikhwah dan akhawat. Bagi belah ikhwah telah diadakan di Padang Champion Safarat. Antara aktiviti yang menarik yang telah diadakan ialah Speaker Corner yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Uzair bin Muhamad Zakuan, Ketua Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2023/2023 bagi menyemat utuh thaqafah dan ilmu pengetahuan ahli. Selain itu, pihak program juga mengadakan aktiviti sukan futsal bagi mengeratkan lagi hubungan sesama ahli selain melatih kemahiran dan teknik bagi meneruskan keberjayaan pasukan ahli KPIPM untuk menjuarai liga-liga yang akan diadakan nanti.

Bagi sebelah Akhawat, pihak program telah diadakan di Padang Nadi Alam Riyadi. Antara aktiviti yang menarik adalah Speaker Corner yang disampaikan oleh Ustazah Fatin Hakimah binti Marzlidin, Fasilitator KPIPM sesi 2022/2023. Selain itu, Aktiviti Sukan Rakyat juga diadakan bertujuan meningkatkan stamina para ahli di samping menggamit memori ketika kecil. Antara permainan yang dimainkan adalah Tuju Guli, Lompat Tikus dan Lompat Pepsi-Cola. Kita raikan bersama memori kecil ahli walaupun terdapat perbezaan kenangan dan zaman yang dilalui. Syukur kehadrat ilahi kerana aktiviti-aktiviti yang diadakan telah berjaya menambat hati dan disambut baik oleh mereka.


Seterusnya hari yang dinanti-nanti oleh ahli KPIPM ialah hari pertama Program Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-57 (MAT-57) pada hari Sabtu, 14 Oktober 2023 bagi melontarkan ucapan, muhasabah sepanjang sesi dan cadangan penambahbaikan untuk kelangsungan perjalanan KPIPM bagi sesi yang akan datang. Antara agenda besar mesyuarat yang dibawakan adalah Ucapan Yang Dipertua KPIPM sesi 2022/2023, pembentangan dan pengesahan Minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-56, pembentangan laporan gerak kerja Jabatan dan Biro KPIPM sesi 2022/2023, pembentangan dan pengesahan laporan kewangan KPIPM sepanjang satu sesi, penyampaian Wang Ithar kepada penerima yang layak, pembentangan dan perbahasan usul, dan seterusnya majlis bersurai selepas solat isyak secara berjemaah dan juadah ringan diagihkan kepada semua perwakilan dan pemerhati.

Program diteruskan lagi pada hari kedua Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-57 iaitu pada hari Ahad, 15 Oktober 2023, dimulakan dengan pengisian Sembang Santai yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Haziq bin Hussin yang digandingan dengan Ustaz Muhammad Anas bin Ahmad Sopuan. Seterusnya, majlis diteruskan lagi dengan pelancaran Kitab Terjemahan Biro Pelajaran Ilmiah KPIPM yang dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Syafiq bin Zahari, Yang Dipertua KPIPM sesi 2022/2023 diiringi Ustaz Muhammad Uzair bin Muhamad Zakuan selaku Ketua Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2022/2023. Antara Agenda besar hari kedua ialah sambungan perbahasan usul, muhasabah dan cadangan ahli kepada pimpinan, penyampaian hadiah bagi setiap biro dan anugerah khas KPIPM pada sesi kali ini, ucapan wakil Badan Penasihat KPIPM sesi 2022/2023, ucapan Ketua Hewi KPIPM sesi 2022/2023 dan ucapan penangguhan sesi oleh Yang Dipertua KPIPM sesi 2022/2023.

Majlis melabuhkan tirainya dengan pengisytiharan Ahli Jawatankuasa Tadbir dan Ahli Jawatankuasa  HEWI KPIPM sesi 2023/2024 oleh Jawatankuasa Khas Pilihanraya seterusnya ucapan Ustaz Muhamad Naqib Ajwad bin Ismail selaku Yang Dipertua KPIPM sesi baharu iaitu 2023/2024. Majlis diakhiri dengan jamuan ringan serta solat isyak.

Setinggi-tinggi penghargaan diucapkan oleh kepada para perwakilan, pemerhati serta seluruh barisan kepimpinan yang bantu melancarkan perjalanan program. Tiada daya dan tiada upaya melainkan Allah SWT yang menggerakkan hati-hati kita semua agar bersatu menegakkan kebenaran dan menentang kebatilan. Pihak program sangat berharap pelaksanaan mesyuarat pada kali ini dapat menuaikan hasil yang terbaik dan membuahkan natijah yang sempurna di mata sisi Islam. Di samping itu, kami juga mendoakan semoga pelayaran kapal yang akan dipimpin oleh Ahli Jawatankuasa Tadbirdan Ahli Jawatankuasa HEWI KPIPM sesi akan datang agar dapat berlayar dengan baik.



"Syura Tunjang Kesatuan Islam"
#KPIPMKeluargaKita
#KeluargaKitaKitaJaga
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM
 
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"
 
Disediakan oleh :
Ustaz Muhammad Basyir bin Nazri,
Setiausaha (Unit Promosi & Pendaftaran) Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-57 (MAT-57)
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2022/2023.

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...