Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir (KPIPM) merupakan satu-satunya persatuan yang menaungi dan memelihara serta mengambil berat tentang kebajikan anak-anak Perak yang menuntut ilmu di bumi Mesir, sama ada bidang Pengajian Islam atau Pengajian Sains Kesihatan.
Saturday, December 31, 2022
LAPORAN | PROGRAM URUS SETIA SAMBUTAN MAHASISWA BAHARU 2022 (USMB ’22)
Wednesday, December 14, 2022
MAKLUMAN | PEMBUKAAN PEMBAYARAN WANG ITHAR
Friday, December 9, 2022
کڽاتاءن راسمي | معلومن ڤنڠݢوهن ڤروݢرم KPIPM فاسا ١
Tuesday, November 22, 2022
MAKLUMAN | DIREKTORI BARISAN AHLI JAWATANKUASA
Jabatan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2022/2023
Firman Allah SWT:
إِنَّ ٱلْأَبْرَارَ لَفِى نَعِيمٍ
#KPIPMKeluargaKita
#KeluargaKitaKitaJaga
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"
Sunday, October 30, 2022
LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-56 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-35 DAN MALAM KESYUKURAN AKADEMIK (MUNAWWAR ‘22)
Jabatan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2022/2023.
KAHERAH - Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-56 & Mesyuarat Tahunan HEWI kali ke-35 dan Malam Kesyukuran Akademik (MUNAWWAR '22) ini di bawah anjuran Jabatan Setiausaha Agung Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2021/2022 dengan bertemakan "Syura Disepakati, Kejayaan Dirai".
Program MUNAWWAR '22 pada kali ini telah berlangsung selama 5 hari bermula pada 16 Oktober 2022 sehingga 20 Oktober 2022 bertempat di Dewan Syeikh Idris al-Marbawi, Wisma Baitul Ridzuan. Tema yang dibawa pada program ini adalah berkonsepkan kesenian dan kebudayaan.
Antara objektif utama MUNAWWAR '22 pada kali ini adalah untuk menambahbaik penyusunan gerak kerja Ahli Jawatankuasa Tadbir KPIPM. Selain itu, medium ini dapat mengukuhkan ukhuwah islamiah antara pimpinan dan ahli KPIPM. Seterusnya, ia juga merupakan medium kepada seluruh anak-anak Perak di bumi Mesir untuk mengetahui perjalanan KPIPM sepanjang satu sesi. Tidak dilupakan juga, antara yang menjadi tarikan MUNAWWAR '22 pada kali ini adalah untuk meraikan kejayaan anak-anak Perak dalam pencapaian akademik masing-masing.
Tirai program MUNAWWAR '22 dibuka dengan Mesyuarat Tahunan HEWI kali ke-35 yang mana ianya merupakan medium khusus bagi akhawat melontarkan muhasabah dan cadangan demi penambahbaikan keluarga KPIPM akan datang. Seterusnya, Mesyuarat Tahunan HEWI kali ke-35 juga telah dirasmikan oleh AJK Badan Penasihat BKPPPM sesi 2021/2022, Ustazah Nur Syamsina binti Zahid.
Program diteruskan pada hari kedua dengan pembentangan Kertas Kerja Fiqh Ikhtilaf yang disampaikan oleh Ustaz Mohd Syamsuzzaman Ikmal bin Mohd Shahrul Rizal dan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-56 yang telah dirasmikan oleh Encik Hashim bin Zaini selaku Setiausaha Pertama (Pendidikan) Kedutaan Besar Malaysia Kaherah.
Seterusnya, kemuncak bagi program MUNAWWAR '22 adalah pada 18 Oktober 2022 & 19 Oktober 2022 di mana telah berlangsungnya Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-56. Antara agenda besar mesyuarat yang dibawakan adalah pembentangan & pengesahan minit Mesyuarat Agung Tahunan kali ke-55, pembentangan gerak kerja sepanjang satu sesi oleh Ahli Jawatankuasa Tadbir KPIPM sesi 2021/2022, pembentangan laporan kewangan KPIPM sepanjang satu sesi dan ucapan dasar oleh Yang Dipertua KPIPM sesi 2022/2023, Ustaz Muhammad Syafiq bin Zahari yang diterima pada sesi kali ini dan diakhiri dengan sebuah aktiviti menarik iaitu pelancaran Lagu KPIPM dan persembahan nasyid daripada Usrah al-Muhazzirun.
MUNAWWAR '22 melabuhkan tirainya pada hari Khamis bersamaan 20 Oktober 2022 iaitu dengan berlangsungnya Malam Kesyukuran Akademik bagi meraikan seluruh anak Perak di bumi Mesir yang telah berjaya dalam peperiksaan baru-baru ini.
Setinggi-tinggi harapan pihak program agar objektif utama program yang dianjurkan pada kali ini tercapai. Semoga melalui pelaksanaan mesyuarat pada kali ini menatijahkan satu keputusan yang baik dan diberkati serta melicinkan segala gerak kerja KPIPM di masa akan datang.
"Syura Disepakati, Kejayaan Dirai"
#KPIPMKeluargaKita
#KeluargaKitaKitaJaga
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM
BERILMU, BERAMAL, IKHLAS
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"
Disediakan oleh :
Ustaz Danial Iskandar bin Zaini,
Setiausaha (Unit Promosi) Mesyuarat Agung Tahunan Kali ke-56 & Mesyuarat Tahunan HEWI Kali ke-35 dan Malam Kesyukuran Akademik (MUNAWWAR '22),
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2022/2023.
MAKLUMAN | DIREKTORI AHLI JAWATANKUASA TADBIR, AHLI JAWATANKUASA HEWI & ANGGOTA BADAN PENASIHAT KPIPM SESI 2022/2023
Jabatan Setiausaha Agung KPIPM sesi 2022/2023
Siruu 'Ala Barakatillah.
#KeluargaKitaKitaJaga
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"
Thursday, October 20, 2022
KENYATAAN RASMI | PERMOHONAN KELAS TUTORIAL MAIPk
Monday, October 10, 2022
LAPORAN | PROGRAM DAURAH SOIFIYYAH 2022 (SOIFIYYAH ’22)
Wednesday, September 28, 2022
KENYATAAN RASMI | TAHNIAH ATAS KEJAYAAN DAN MAKLUMAN KEPUTUSAN PEPERIKSAAN AL-AZHAR 2021/2022
Saturday, September 24, 2022
LAPORAN | JELAJAH MATRUH SIWA 2022 (JELAJAH ’22)
Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah KPIPM sesi 2021/2022
KAHERAH – 23, 24 dan 25 Ogos 2022 bersamaan 23, 26 dan 27 Muharam 1444 Hijrah, bersempena cuti semester penggal kedua Universiti Al-Azhar, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir telah mengadakan jaulah yang dinamakan sebagai Jelajah Matruh Siwa 2022 (JELAJAH ’22) khusus bagi ahli akhawat dibawah anjuran Ketua Hal Ehwal Wanita Islam KPIPM seliaan Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah HEWI KPIPM sesi 2021/2022.
Sedikit laporan berkaitan tentatif perjalanan program pada hari pertama. Seawal jam 10 malam, semua peserta diminta berkumpul di Markas Sementara KPIPM bagi semakan nama pendaftaran, taklimat ringkas beserta solat sunat Musafir secara berjemaah oleh Unit Pendaftaran, Disiplin dan Keselamatan. Antara yang dititik beratkan ialah mengenai etika, maklumat peribadi dan keselamatan sepanjang jaulah berlangsung. Bilangan keseluruhan peserta jaulah ini seramai 48 orang termasuk penggerak, Musyrif Mutazawijin dan Musyrif AJKT. Pada jam 12 malam, bas mula bertolak ke tempat yang dituju.
Pada jam 3.30 pagi, bas berhenti sebentar di perhentian R&R Master bagi memberi laluan kepada peserta untuk menunaikan solat fardu Subuh. Kemudian, meneruskan perjalanan dan para peserta menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. Seterusnya di sepanjang perjalanan, Unit Pengisian dan Cenderahati telah mengadakan aktiviti perasmian JELAJAH ’22 yang telah dimulai dengan ucapan Pengarah iaitu Ustazah Norhafizah binti Ahmad Zanuri dan disempurnakan dengan ucapan Perasmi oleh Ketua Hewi KPIPM , Ustazah Siti Suriah binti Dahari.
Seterusnya, para peserta diberikan sarapan pagi beserta beberapa pengisian iaitu sesi taaruf peserta dari BKAN Kedah dan kuiz yang mencuit hati serta penerangan awal berkaitan lokasi jaulah yang bakal diziarahi oleh Ustazah Noor Raihana Zawani binti Johari selaku Musyrifah Pemerangan.
Alhamdulillah sejurus tiba di Marsa Matruh pada jam 9 pagi, para peserta menziarahi destinasi yang pertama iaitu Hammam Cleopatra dan mengadakan sesi tangkap gambar untuk kenangan. Sedikit penerangan berkaitan destinasi tersebut, peserta dapat melihat batu besar yang terdapat lubang dimana air laut boleh masuk dan keluar tatkala ombak datang membadai, dan dikatakan disitu antara tempat mandi puteri Cleopatra.
Kemudian, JELAJAH ’22 diteruskan lagi dengan bergerak ke destinasi yang kedua iaitu Pantai Ajibah. Ia dianggap sebagai pantai yang tercantik di Mesir dengan pelbagai jenis warna biru yang berbeza pada air lautnya dan pemandangan yang cantik dan memukau para pengunjung yang melihatnya. Dikatakan pantai ini mempunyai 7 warna air laut yang berbeza saat tenggelamnya matahari. Para peserta melakukan aktiviti bebas iaitu bergambar dan bersiar-siar disekitar pantai tersebut.
Seusai itu, perjalanan diteruskan lagi dengan melawat Pantai Abyadh. Para peserta diberikan pengisian yang menarik dan aktiviti ukhuwah antaranya bergambar, mandi-manda, bola beracun dan makan tengahari. Kemudian, para peserta menunaikan solat jama’ taakhir zohor dan asar di masjid yang berdekatan sejurus selesai aktiviti di pantai.
Kemudian, jaulah ini diteruskan lagi dengan bermusafir ke tempat yang kedua iaitu Siwa yang mengambil masa selama 6 jam jarak dari Marsa Matruh. Alhamdulillah, seluruh peserta selamat tiba di Siwa tanpa menghadapi sebarang permasalahan sama ada di setiap checkpoint polis ataupun kesesakan lalu lintas. Selepas itu, peserta dibahagikan penempatan, makan malam serta menyelesaikan solat jama’ taakhir di tempat penginapan masing-masing.
Keesokan paginya, sejurus selepas solat fardu Subuh, JELAJAH ’22 meneruskan perjalanan ke Jabal Dakrur dan bergambar disitu sebagai kenangan. Ia merupakan sebuah bukit yang besar yang mempunyai banyak sejarah tentang qabilah-qabilah disini. Seterusnya, perjalanan diteruskan lagi ke Bahru Malah, sebuah tasik garam semulajadi yang cantik dan mempunyai keunikan tersendiri. Peserta diberi peluang untuk merasai pengalaman terapungkan diri dengan mandi-mandi disitu.
Kemudian, peserta kembali ke tempat penginapan untuk sarapan dan kendiri sebelum meneruskan perjalanan ke Kolam Cleopatra. Jaulah diteruskan dengan bersiar-siar di kolam tersebut dan mendengar sejarah berkaitan destinasi tersebut dari Musyrifah Penerangan. Antaranya, kolam tersebut menjadi salah satu sumber air utama kepada masyarakat setempat sekitar Siwa dan pertanian di kawasan tersebut. Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Kota Siwa Lama yang juga dikenali sebagai Kota Sarang Semut. Para peserta diberi peluang untuk menaiki kota sarang semut tersebut dan dapat melihat pemandangan dari atas sekitar Siwa.
Sebagai penutup pada hari yang kedua, peserta berpeluang mengikuti aktiviti Safari sekembali ke tempat penginapan sejurus selesai menunaikan solat jama’ taqdim zohor dan asar. Antara aktiviti yang menarik ialah menelusuri padang pasir dengan menaiki jeep, melawat kawasan oasis semula jadi, minum teh serta melakukan aktiviti sandboarding. Alhamdulillah, aktiviti ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah dikalangan peserta dan melihat pemandangan semula jadi dan unik yang Allah ciptakan disini. Sebelum maghrib, para peserta selamat kembali ke tempat penginapan dan makan malam yang disediakan oleh Unit Makanan. Pada malamnya selepas melakukan solat jama’ taqdim, peserta berpeluang membeli cenderahati di sekitar Kota Siwa Lama sebelum kembali ke tempat penginapan untuk berehat.
Alhamdulillah pada hari ketiga, JELAJAH ’22 diteruskan dengan perjalanan pulang ke Marsa Matruh, sebelum keluar dari Siwa, JELAJAH '22 telahpun singgah di jabal Maota. Peserta menunaikan solat jama’ taqdim di R&R sebelum tiba Souq Libya. Sekembalinya, peserta berpeluang untuk membeli-belah di Souq Libya yang menjual pelbagai barangan, pakaian dan cenderahati sebagai kenangan sebelum pulang ke Kaherah.
Sebelum sampai ke Kaherah, beberapa aktiviti telah dijalankan dibawah pengendalian Unit Pengisian & Cenderahati iaitu acara tukar hadiah, kalam penutup daripada Ustazah Siti Suriah binti Dahari dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan caption dan gambar yang menarik beserta cenderahati kepada Unit Masakan, Musyrifah Penerangan dan Musyrif Mutazawwijin sebagai tanda penghargaan.
Alhamdulillah, pada jam 12 malam, bas pun selamat tiba ke kawasan mahkamah Sabik, Kaherah. Akhir sekali, besarlah harapan diperingkat program agar para peserta dapat menjayakan tema yang dibawa dalam JELAJAH ’22 iaitu bertemakan ukhuwah sesama peserta dan memahami sejarah disebalik destinasi yang dikunjungi.
“Eksplorasi Sejarah, Ekspedisi Ukhuwah”
“MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN”
Setiausaha (Unit Promosi) JELAJAH ‘22
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2021/2022
LAPORAN | JELAJAH MATRUH SIWA 2022 (JELAJAH ’22)
Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah KPIPM sesi 2021/2022
KAHERAH – 21, 22 dan 23 Ogos 2022 bersamaan 23, 24 dan 25 Muharam 1444 Hijrah, bersempena cuti semester penggal kedua Universiti Al-Azhar, Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir telah mengadakan jaulah yang dinamakan sebagai Jelajah Matruh Siwa 2022 (JELAJAH ’22) khusus bagi ahli ikhwah dibawah seliaan Biro Perhubungan, Sambutan dan Rehlah KPIPM sesi 2021/2022.
Sedikit laporan berkaitan tentatif perjalanan program pada hari pertama. Seawal jam 2 pagi, semua peserta diminta berkumpul di perkarangan Baitul Rahman bagi semakan nama pendaftaran, taklimat oleh Unit Pendaftaran, Disiplin dan Keselamatan. Antara yang dititik beratkan ialah mengenai etika, maklumat peribadi dan keselamatan sepanjang jaulah berlangsung. Bilangan keseluruhan peserta jaulah ini seramai 29 orang. Pada jam 3 pagi, coaster mula bertolak ke tempat yang dituju.
Pada jam 5.00 pagi, coaster berhenti sebentar di perhentian R&R bagi memberi laluan kepada peserta untuk menunaikan solat fardu Subuh. Kemudian, meneruskan perjalanan sambil para peserta menikmati pemandangan sepanjang perjalanan. Seterusnya di sepanjang perjalanan, Unit Pengisian dan Cenderahati telah mengadakan aktiviti perasmian JELAJAH ’22 yang telah dimulai dengan ucapan Pengarah iaitu Ustaz Amir Hamzah bin Abdul Talib dan disempurnakan dengan ucapan Perasmi oleh Yang Di-pertua KPIPM , Ustaz Meor Amin Nurrasyid bin Meor Azhar.
Seterusnya, para peserta diberikan sarapan pagi beserta beberapa pengisian iaitu sesi taaruf peserta dari BKAN lain dan kuiz yang mencuit hati serta penerangan awal berkaitan lokasi jaulah yang bakal diziarahi oleh Ustaz Abdul Latif bin Abdullah.
Alhamdulillah sejurus tiba di Marsa Matruh pada jam 9 pagi, para peserta menziarahi destinasi yang pertama iaitu Hammam Cleopatra dan mengadakan sesi tangkap gambar untuk kenangan. Sedikit penerangan berkaitan destinasi tersebut, peserta dapat melihat suatu batu yang besar yang terdapatnya lubang dimana air laut boleh masuk dan keluar tatkala ombak datang membadai, dan dikatakan disitu antara tempat mandi puteri Cleopatra.
Kemudian, JELAJAH ’22 diteruskan lagi dengan berkunjung ke destinasi yang kedua iaitu Pantai Ajibah. Ia dianggap sebagai pantai yang tercantik di Mesir dengan pelbagai jenis warna biru yang berbeza pada air lautnya dan pemandangan yang cantik dan memukau para pengunjung yang melihatnya. Dikatakan pantai ini mempunyai 7 warna air laut yang berbeza saat tenggelamnya matahari. Para peserta melakukan aktiviti iaitu bergambar dan bersiar-siar disekitar pantai tersebut.
Seusai itu, perjalanan diteruskan lagi dengan melawat Pantai Abyadh. Para peserta diberikan pengisian yang menarik dan aktiviti ukhuwah antaranya bergambar, mandi-manda, bola beracun dan makan tengahari. Kemudian, para peserta menunaikan solat jama’ taakhir zohor dan asar di masjid yang berdekatan sejurus selesai aktiviti di pantai.
Kemudian, jaulah ini diteruskan lagi dengan bermusafir ke tempat yang kedua iaitu Siwa yang mengambil masa selama 6 jam jarak dari Marsa Matruh. Alhamdulillah, seluruh peserta selamat tiba di Siwa tanpa menghadapi sebarang permasalahan sama ada di setiap checkpoint polis ataupun kesesakan lalu lintas. Selepas itu, peserta dibahagikan penempatan, makan malam serta menyelesaikan solat jama’ taakhir di tempat penginapan masing-masing.
Keesokan paginya, sejurus selepas solat fardu Subuh, JELAJAH ’22 meneruskan perjalanan ke Jabal Dakrur dan bergambar disitu sebagai kenangan. Ia merupakan sebuah bukit yang besar yang mempunyai banyak sejarah tentang qabilah-qabilah disini. Seterusnya, perjalanan diteruskan lagi ke Bahru Malah, sebuah tasik garam semulajadi yang cantik dan mempunyai keunikan tersendiri. Peserta diberi peluang untuk merasai pengalaman terapungkan diri dengan mandi-mandi disitu.
Kemudian, peserta kembali ke tempat penginapan untuk sarapan dan kendiri sebelum meneruskan perjalanan ke Kolam Cleopatra. Jaulah diteruskan dengan bersiar-siar di kolam tersebut dan mendengar sejarah berkaitan destinasi tersebut dari Musyrif Penerangan. Antaranya, kolam tersebut menjadi salah satu sumber air utama kepada masyarakat setempat sekitar Siwa dan pertanian di kawasan tersebut. Selepas itu, perjalanan diteruskan ke Kota Siwa Lama yang juga dikenali sebagai Kota Sarang Semut. Para peserta diberi peluang untuk menaiki kota sarang tersebut dan dapat melihat pemandangan dari atas sekitar Siwa.
Sebagai penutup pada hari yang kedua, peserta berpeluang mengikuti aktiviti Safari sekembali ke tempat penginapan sejurus selesai menunaikan solat jama’ taqdim zohor dan asar. Antara aktiviti yang menarik ialah menelusuri padang pasir dengan menaiki jeep, melawat kawasan oasis semula jadi, minum teh serta melakukan aktiviti sandboarding. Alhamdulillah, aktiviti ini dapat mengeratkan lagi ukhuwah dikalangan peserta dan melihat pemandangan semula jadi dan unik yang Allah ciptakan disini. Sebelum maghrib, para peserta selamat kembali ke tempat penginapan dan makan malam yang disediakan oleh Unit Makanan. Pada malamnya selepas melakukan solat jama’ taqdim, peserta berpeluang membeli cenderahati di sekitar Kota Siwa Lama sebelum kembali ke tempat penginapan untuk berehat.
Alhamdulillah pada hari ketiga, JELAJAH ’22 diteruskan dengan perjalanan pulang ke Marsa Matruh. Peserta menunaikan solat jama’ taqdim di R&R sebelum tiba Souq Libya. Sekembalinya, peserta berpeluang untuk membeli-belah di Souq Libya yang mana menjual pelbagai barangan, pakaian dan cenderahati sebagai kenangan sebelum pulang ke Kaherah.
Sebelum sampai ke Kaherah, beberapa aktiviti telah dijalankan dibawah pengendalian Unit Pengisian & Cenderahati iaitu acara tukar hadiah dan penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan caption dan gambar yang menarik beserta pemberian cenderhati kepada Musyrif Penerangan dan Tukang masak selaku tulang belakang program sebagai tanda penghargaan.
Alhamdulillah, pada jam 11.00 malam, coaster pun selamat tiba ke kawasan mahkamah Sabik, Kaherah. Akhir sekali, besarlah harapan diperingkat program agar para peserta dapat menjayakan tema yang dibawa dalam JELAJAH ’22 iaitu bertemakan ukhuwah sesama peserta dan memahami sejarah disebalik destinasi yang dikunjungi.
“BERILMU, BERAMAL, IKHLAS”
“MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN”
Setiausaha (Unit Promosi) JELAJAH ‘22
Monday, August 8, 2022
LAPORAN | PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA AIDILADHA 2022 (SAADAH ’22)
Tuesday, July 5, 2022
MAKLUMAN | PEMANGKUAN JAWATAN AJKT KPIPM SESI 2021/2022
Sunday, May 29, 2022
LAPORAN | PROGRAM SAMBUTAN HARI RAYA AIDILFITRI 2022 (FAIZIN’22)
Monday, May 16, 2022
LAPORAN | PROGRAM IHYA' TARBAWI RAMADAN 2022 (IHTIRAM'22)
Thursday, May 12, 2022
KENYATAAN RASMI | MAKLUMAN : KELAS TUTORIAL MAIPK FASA 2 2021/2022 KINI BERMULA
Wednesday, May 11, 2022
KENYATAAN RASMI | MAKLUMAN PENANGGUHAN PROGRAM KPIPM FASA 2
LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024
LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...
-
SOLAT SUNAT HIFZI Disunatkan bagi mereka yang ingin menguatkan hafalan mereka, terutama yang menghafal al-Quran (golongan hu...
-
ROKOK ~ Asap yang keluar dari rokok mengandungi gas baracun. Antaranya : Amonia ( pencuci lantai ) : Karbon monoksida-menurunkan kemampuan ...