Monday, October 10, 2022

LAPORAN | PROGRAM DAURAH SOIFIYYAH 2022 (SOIFIYYAH ’22)



LAPORAN | PROGRAM DAURAH SOIFIYYAH 2022 (SOIFIYYAH ’22) 
Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2021/2022 


KAHERAH – Program Daurah Soifiyyah 2022 (SOIFIYYAH ’22) ini di bawah seliaan Biro Pelajaran dan Ilmiah Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2021/2022 dengan bertemakan “Menjana Thaqafah, Membina Ummah".
 
Program SOIFIYYAH ’22 pada kali ini bermula pada 10 September sehingga 15 September 2022. Program Daurah Soifiyyah 2022 (SOIFIYYAH ’22) merupakan program daurah yang kedua pada sesi kali ini adapun daurah yang pertama kali diadakan adalah Daurah Ilmiah. 

Objektif utama SOIFIYYAH ’22 dianjurkan adalah untuk meningkatkan thaqafah ahli daripada sudut Ilmu turathi dan kontemporari, memaksimumkan suasana ilmu dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi Perak dan menigkatkan kualiti ilmu dalam diri ahli. Alhamdulillah dengan izin Ilahi, SOIFIYYAH ’22 pada kali ini telah berjaya merancang, menyusun dan melaksanakan pelbagai pengisian yang menarik khususnya buat semua anak Perak yang berada di Mesir.

Tirai Program Daurah Soifiyyah 2022 (SOIFIYYAH ’22) dibuka dengan ucapan pembukaan daripada Pengarah SOIFIYYAH ’22 iaitu Ustaz Ahmad Atiqullah bin Azizi. Program ini dimeriahkan lagi dengan sesi perasmian SOIFIYYAH ‘22 yang dirasmikan oleh Ustaz Muhammad Izzuddin bin Fakri, Timbalan Yang Dipertua Keluarga Pelajar-pelajar Perak Mesir sesi 2021/2022. Seterusnya, program diteruskan lagi dengan majlis Sama’ Hadis daripada Syeikh Dr. Rifaat Fauzi Abdul Mutalib, Ketua Jurusan Syariah Islamiah, Fakulti Darul Ulum, Universiti Kaherah.

Pada hari pertama, 11 September 2022 seawal 6.00 pagi telah diadakan kelas qiraat bertajuk “Pengenalan Asas Ilmu Qiraat” oleh Ustaz Muhamad Syakirin bin Ahmad, aktivis DPM (MAQAZ) Shoubro. Seterusnya pada waktu malam selepas maghrib, telah diadakan pengkhataman kitab “قول التام في أحكام المأموم والإمام” oleh Ustaz Abdul Latif bin Abdullah selaku Unit Tenaga Pelapis, Unit Tafaqquh, Biro Pelajaran dan Ilmiah KPIPM sesi 2021/2022.

Pada hari kedua, 12 September 2022 seawal 6.00 pagi telah diadakan kelas qiraat yang kedua bertajuk “Pengenalan Asas Ilmu Qiraat” oleh Ustaz Muhamad Syakirin bin Ahmad, aktivis DPM (MAQAZ) Shoubro. Seterusnya pada jam 7.45 malam, telah diadakan daurah kitab ulum hadis “تيسير مصطلح الحديث وعلومه” oleh Syeikh Ali Abdul Basit Muzid, Pensyarah Hadis Wa Ulumuhu, Universiti Al-Azhar.

Pada hari ketiga, 13 September 2022 seawal 6.00 pagi telah diadakan kelas qiraat yang terakhir bertajuk “Pengenalan Asas Ilmu Qiraat” oleh Ustaz Muhamad Syakirin bin Ahmad, aktivis DPM (MAQAZ) Shoubro. Seterusnya pada jam 7.45 malam, telah diadakan daurah kitab ulum hadis “تيسير مصطلح الحديث وعلومه” oleh Syeikh Ali Abdul Basit Muzid, Pensyarah Hadis Wa Ulumuhu, Universiti Al-Azhar.

Pada hari keempat, 14 September 2022 seawal 6.00 pagi telah diadakan daurah kitab ulum hadis “تيسير مصطلح الحديث وعلومه” yang terakhir oleh Syeikh Ali Abdul Basit Muzid, Pensyarah Hadis Wa Ulumuhu, Universiti Al-Azhar.

Pada hari kelima, 15 September 2022 telah berlangsung pengisisan “The Way You Speak, Matters” oleh Ustaz Munir Izzam Ilyas bin Azmi, Aktivis KPIPM pada jam 3.30 petang.

SOIFIYYAH ’22 kian melabuhkan tirainya seusai solat Maghrib secara berjemaah, program diteruskan lagi dengan Majlis Penutupan SOIFIYYAH '22 dan Majlis Penutupan PEMANDU ‘22 bertempat di Dewan Syeikh Idris Al- Marbawi, Wisma Baitul Ridzuan. Majlis diserikan dengan persembahan pidato bertajuk “Ilmu dan Dakwah” yang disampaikan oleh Ustaz Muhammad Azib bin Azizan selaku Unit Riadah Biro Tabung Kebajikan, Kesenian dan Riadah KPIPM sesi 2021/2022. Seterusnya, majlis dimeriahkan lagi dengan penyampaian hadiah bagi setiap pemenang. Antaranya, pemenang bagi pertandingan ringkasan daurah SOIFIYYAH ’22 dan pemenang bagi kuiz PEMANDU ‘22. Majlis diakhiri dengan tayangan video Penutup PEMANDU `22.

Setinggi-tinggi harapan pihak program agar objektif utama program yang dianjurkan iaitu meningkatkan thaqafah ahli daripada sudut Ilmu turathi dan kontemporari, memaksimumkan suasana ilmu dalam kalangan mahasiswa dan mahasiswi Perak dan meningkatkan kualiti ilmu dalam diri ahli tercapai. Semoga melalui pelaksanaan aktiviti-aktiviti SOIFIYYAH ’22 pada kali ini dapat mengeratkan lagi dan meningkatkan thaqafah ahli KPIPM serta merealisasikan pembawaan dan usul KPIPM, insya Allah.

“Menjana Thaqafah, Membina Ummah”

#KPIPMKeluargaKita 
#Keluargakitakitajaga
#BersamaBersatuJayakanUsulYDP 
#BersamaBersatuJayakanPembawaanKPIPM 

BERILMU, BERAMAL, IKHLAS 
"MEMURNIKAN PEMIKIRAN, MELESTARIKAN KESATUAN"

Disediakan oleh :
Muhammad Naqib Salam bin Ahmad Yusri,
Setiausaha Program Daurah Soifiyyah 2022 (SOIFIYYAH ‘22),
Keluarga Pelajar-pelajar Islam Perak Mesir sesi 2021/2022

No comments:

Post a Comment

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELAJAR ISLAM PERAK MESIR SESI 2023/2024

LAPORAN | MESYUARAT AGUNG TAHUNAN KALI KE-58 & MESYUARAT TAHUNAN HEWI KALI KE-36(MAT-58 & MTH-36) KELUARGA PELAJAR-PELA...